4: That girl

1.1K 77 7
                                    

Taekook

.
.
.
.

"Tundukkan Playboy itu, Mr.Jeon!"

.
.
.
.

Episode 4

-That Girl-

Jeon's Crop🌼

;

Jk POV

Macam biasa kalau satu hari kepala aku tak pecah tak sah. Hari-hari nak hadap tumpukan fail fail ini.

Aku memicit kepala aku terasa dahi ini berdenyut-denyut nyeri. Sakit. Pening kepala aku, satu satu masalah yang datang.

Dahlah dengan problem syarikat lagi, then pasal parents aku yanh desak aku untuk berkahwin.

Dia tahu aku memang tak nak berkahwin pun tapi dia paksa juga. Zaman sekarang ni masih ada lagi ke yang mak bapak kenenkan anak dengan anak orang tu.

Kuno sangatlah.

Zaman bila agaknya ada marriage arrangment. Entah dah abad yang keberapa ntah.

Aku jenis tak suka kalau papa dengan mama aku masuk campur tentang private life aku. Sibuk nak ambil tahu dengan siapa aku bersama dan macam macam lagi.

Aku ni tak suka dengan relationship. Entah terikat sana sini bagi aku membosankan. Sebab tak dapat bebas apa yang aku nak.

Walaupun aku ni seorang playboy. Well, tak ada yang menarik hati aku langsung untuk menjalankan sesuatu hubungan yang serius.

Geli bila cakap soal perkahwinan. Sebab aku nak cintakan orang pun tak reti. Inikan nak kahwin. Macam orang bodoh je.

Tak kisahlah siapa pun, yang aku tahu diorang ni suka sebab harta yang aku ada. Dan rupa yang aku miliki.

Kalau yang hensem semua dia nak. Tak kisah sanggup gadaikan apa apa. Tapi kalau tak hensem mulalah memilih. Confirm dia tak ingin nak bersama aku kalau muka dah macam pecah pintu.

Kalau tak pada rupa,

Sudah semestinya pada harta aku. Aku ni memang kaya. Paling kayalah juga. Aku ada syarikat sendiri. Dan juga semua sendirilah. Malas nak describe nanti kata aku takbur pula.

Ramai pompuan keliling pinggang aku. Sanggup menadah simpati dengan aku. Ada juga yang sanggup gadaikan maruah depan aku.

Sumpah aku cakap bodoh betul orang macam tu. Dan itulah kenapa aku tak ingin nak ada hubungan yang serius.

Ada je yang minta dengan aku untuk bersama diorang. Kononya, pasangan yang akan bahagia. Saling menyintai antara satu sama lain.

Tolonglah, istilah apa agaknya yang korang guna.

Setahu aku, cinta tu tak memberikan apa apa manfaat. Entahlah. Aku sendiri pun tak tahu.

𝐓𝐮𝐧𝐝𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐥𝐚𝐲𝐛𝐨𝐲 𝐢𝐭𝐮, 𝐌𝐫. 𝐉𝐞𝐨𝐧!Where stories live. Discover now