6 : fluffy

1.1K 80 6
                                    

Taekook

.
.
.
.

"Tundukan Playboy Itu, Mr.Jeon!"

.
.
.
.

Episode 6

- Seduce -

;

TaePOV

Ketika dalam perjalanan, aku hanya membisukan diriku. Tak ada topik yang aku nak cakap dengan dia. Lagipun, dia pun macam tak layan aku je.

Aku curi-curi memandangnya dari sisi sahaja. Jujurlah aku cakap, dia hensem. Aku tahu, bukan aku je yang nyatakan dia ni hensem. Ramai lagi perempuan yang cakap dia macam tu.

Dia berpakaian kemas. Smart, keretanya juga aku nampak bersih je. Cara aku tengok dia bercakap dan cara dia layan aku tadi macam tak suka aku je.

Hm, mesti dia terpaksa datang jemput aku sebab parents dia yang desak. Mungkinlah, tak tahu betul ke tidak. Tapi kebiasaan macam tulah. Kalau marriage arrangment.

Aku bukan tak suka, cuma tak bersedia. Maklumlah aku muda lagi, perlukan kebebasan macam tu.

Aku boleh describe macam mana sikap dia. Dia jenis pembersih, kasar orangnya. Sedikit panas baran dan hensem. Itu jelah, aku tak pandai sangat nak menilai orang sebenarnya. Tapi itulah yang nampak pasif sangat pada dia tu.

"Kau nak makan kat mana?"
Aku tersentak, terkejut lalu melirik kearahnya. Walau dari sisi dia tetap nampak kacak. Aduhlah, apa yang aku merepek ni.

"Hm, saya tak kisah ikut awak je nak makan dekat mana." Kataku dengan nada yang lembut. Sebenarnya aku ni lembut je, tak suka nak cakap kasar kasar. Sebab tu aku terkejut bila dia macam tengking aku je tadi tuh.

"Kau sure ni? Yelah mana tahu kau tak biasa mewah-mewah ni." Ujarnya, entah kenapa aku rasa macam pedas je ayat tu. Dia perli aku ke? Macam ye je.. aku memang tak biasa makan makanan yang mahal dan lebih kepada western food ni. Tapi kalau dah bakal suami aku ni suka, aku kene belajar juga untuk masakan untuk dia.

"Takpe, saya makan je.. janji makanan yang boleh dimakan. Ikut awaklah selesa yang mana." Kataku lalu menundukan kepalaku semula. Memainkan jari jemari aku. Aku jenis kalau gugup mesti main main jari je. Entah itu cara aku hilangkan rasa kegugupan.

"Suka hati kaulah."
Katanya aku terdiam. Jauh dilubuk hatiku, aku rasa sedikit tercuit dihati ini. Bukan apa, tak boleh ke dia bercakap baik baik dengan aku. Kasar betul bahasa dia.

Aku mengeluh lalu membuangkan wajahku ke luar tingkap. Memandang pemandangan kota seoul yang cantik bila dilihat ketika malam macam ni.













;

JkPOV

Kini aku sedang duduk disebuah restoran yang biasa aku pergi. Mataku teralih pada sosok bakal isteri katakan.

Lagi tadi aku nampak dia ni tertunduk-tunduk, dia ni ada masalah sakit tengkuk atau apa ni? Sakit pulak aku tengok kepala dia macam tu.

"Kau dah kenapa? Tertunduk-tunduk cuba tegakkan sedikit badan kau tu." Kataku dia tersentak bila aku meninggikan nada suaraku. Aku dapat dengarkan suaranya yang meminta maaf lalu menengakkan tubuhnya.

𝐓𝐮𝐧𝐝𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐥𝐚𝐲𝐛𝐨𝐲 𝐢𝐭𝐮, 𝐌𝐫. 𝐉𝐞𝐨𝐧!Where stories live. Discover now