11 : Date?

1K 84 9
                                    

Taekook
.
.
.

"Tundukkan Playboy itu Mr. Jeon!"

.
.
.

-Date?-

Jk POV

Setelah selesai mandi. Aku berjalan menuruni tangga. Telinga aku mengangkap sebuah suara. Iya, suara mak aku dengan taehyung. Yang kini sedang berbual di bahagian dapur.

Aku curi-curi dengar apa yang mereka bualkan.

"Wah, Masak apa tu?!"
tanya mak aku. Aku boleh nampak yang taehyung sedang menyediakn makanan. Aku kembali skodeng apa yang diorang gosipkan. Entah sejak bila agaknya aku jadi Makcik Makcik Bawang nih.

"Ouh, eomma. Tae masak Nasi Goreng Kimchi dengan kuih muffin perisa oreo dan susu pisang untuk Jungkookie-hyung!"

Aku terkejut. Susu pisang? Nasi goreng kimchi. Kuih Muffin perisa oreo? Weyh tu semua makanan kegemaran aku. Kenapa aku rasa tiba-tiba terliur pulak nih.

Dah lama aku ngidam nak makan kuih muffin perisa oreo. Ya tuhan!

"Wah, dapat info semalam terus buat untuk harini ye?"

"Eheheh.. apasalahnya!"

"Baguslah tae. Tapi eomma harap sangat tae dapat bertahan dengan sikap jungkook. Jungkook memang sedikit kasar dan dingin. Tapi cubalah ambil hatinya. Sabar je dengan dia tu."

"Baiklah eomma!"
Balasnya dengan teruja. Aku menatap senyuman taehyung yang penuh dengan ketulusan. Baru pertama kali aku nampak bertapa tulusnya seseorang itu.

Entah.. selama aku mendirikan rumah tangga aku dengan dia. Aku boleh nampak yang dia nih jenis tak melawan kata kata aku. Tak mintak apa apa pun dari aku.

Duit? Pakaian? Harta? Kereta? semua dia ta pernah mintak. Kadang-kadang aku nak bagi dia duit. Yelah, dia tk kerja jadi mana nk datangnya duit kalau bukan aku yang bagikan?

Entah malas aku nak fikir..

"Tae pergilah kejutkan jungkook, biar eomma yang hidangkan."

"Eh, boleh ke? tak susahkan eomma ke?"

"Alah takpe! Pergilah.."

"Ah, okeylah kalau macam tu."

Aku nampak yang dia tengah bukak apron miliknya. Yang aku tunggu apa lagi belarilah berdesup ke atas balik. Pura pura tidur dan berselubung dalam selimut. Entah saja je nak suruh dia kejutkan aku.

Tak lama selepas itu, Aku dapat dengar bunyi pintu bilik aku terbuka. Aku pura-pura pejamkan mata.

"Hyung..bangun?"
Aku diam. Saja je kononya macam susah nak bangun.

"Hyung.."

"ugh.."
Aku kononya mengeliat. Yelah aku ni kalau bab berlakon memang nombor satu. Kalau join anugerah pelakon terbaik. Aku mesti menang punya.

𝐓𝐮𝐧𝐝𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐥𝐚𝐲𝐛𝐨𝐲 𝐢𝐭𝐮, 𝐌𝐫. 𝐉𝐞𝐨𝐧!Where stories live. Discover now