CHAPTER 17

810 18 0
                                    

ADAM sedang bersiap di dalam bilik untuk membawa Darwina menemui Wawa Safiyah, anaknya. Entah mengapa Adam rasa berat hati untuk mempertemukan Darwina dengan Wawa. Ketika Adam siap mengenakan pakaian ditubuh, Pijoy datang menerjah masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci, Pijoy menghampiri Adam.

" Asal dengan kau ni? " Soal Adam, pelik. Lalu, sepucuk sampul berwarna coklat, Pijoy hulurkan pada Adam.

" Kau tengok ni "

Ujar Pijoy, sampul sudah silih berganti ke tangan Adam. Sampul tidak bergam itu Adam buka, sehelai kertas ditarik keluar perlahan. 'Surat tuntutan penceraian'. Adam senyum sinis, tak percaya setelah membaca isi surat tersebut.

" Aku nak jumpa Wawa, nak bagitau dia soal mama kandung dia " Ujar Adam, menggenggam surat tersebut.

" Auntie Zila macammana? Auntie Wina kan dah kata, Uncle Arwin bencikan dia "

" Aku dah Whatsapp Wawa, minta dia datang jumpa aku "

" Kau yakin? "

Angguk Adam, keluar bilik bersama surat itu. Darwina menatap benci ke wajah Adam bila mereka saling berpandangan di ruang tamu itu. Surat itu pindah ke tangan Pijoy, Adam mahu rahsiakan perkara ini dari Darwina dahulu.

" Saya dah siap " Kata Adam pada Darwina.

" Kalau awak tipu saya, saya takkan maafkan awak sampai bila-bila! "

Tegas Darwina memberi peringatan pada Adam. Diam saja Adam disitu, mengorak langkah pergi meninggalkan apartment itu. Ketika dalam perjalanan hendak menemui Wawa Safiyah, Darwina tiba-tiba bersuara.

" Sebelum tu "

Darwina mematikan ayatnya sendiri. Adam dan Pijoy langsung tertanya. Adam memberi isyarat pada rakannya untuk memberhentikan kereta sebentar lalu Pijoy menurut.

" Sebelum tu kenapa auntie? "

Soal Adam, lembut nadanya. Masih segan mahu memanggil Darwina dengan panggilan mama kerana sikap Darwina yang berubah menjadi dingin terhadapnya. Darwina yang duduk dibahagian belakang, langsung menjeling tajam seraya berkalih pandang. Sedih Adam.

" Saya nak belikan sesuatu untuk anak saya Wawa. Tolong singgah sekejap, saya nak belikan baju untuk anak saya " Ujar Darwina.

" Okey. Kita singgah ke Happy Shopping, Q Global "

Kata Adam, Pijoy langsung berpaling melihat dia. Senyum kecil Adam lalu Darwina menganggukkan kepala. Sengaja Adam ke sana kerana mahu melihat Dania, meski sudah berhari-hari Adam tidak masuk ke office. Hanya menghantarkan surat MC saja yang dititipkan ke Pijoy.

Tiba di Shopping Compleks itu, langsung Adam membawa Darwina ke tingkat empat yang letaknya pakaian wanita.

" Anak saya macammana? "

Tanya Darwina pada Adam. Darwina membelai pakaian wanita yang ada dihadapan matanya. Ketika ini, Adam terlihat Dania sedang berjalan bersama beberapa ketua pengurusan, sedang meninjau di tingkat empat itu.

" Saya tanya! Anak saya macammana? Baju dia saiz berapa? Seluar, kasut? "

Bengang Darwina bila Adam hilang tumpuan pada pertanyaannya. Langsung Pijoy melanggar kecil bahu Adam dan barulah Adam dapat mendengar lebih jelas. Darwina mengulang semula kata-katanya.

" Saiz baju dia M. Seluar dia saiz 29. Saiz kasut dia 38 sebab kaki dia kecil, comel. Dia suka warna Grey, maksud saya kelabu. Dan dia... Sangat cantik "

Pijoy berkerut kening. Panduan saiz yang Adam sebutkan itu bukanlah tentang Wawa tetapi tentang Dania, gadis yang sedang berjalan mengarah ke arah mereka. Senyum Darwina, mula memilih barangan wanita dengan mengikuti panduan kata-kata Adam.

Suami Yang HilangWhere stories live. Discover now