CHAPTER 19

1.1K 18 0
                                    

ADAM mengunjungi rumah Neneknya iaitu Opah Baizura untuk mencari sesuatu di rumah itu. Tetapi, ianya bukanlah suatu perkara yang mudah. Adam harus membuat rancangan yang sempurna agar tidak pecah tembelangnya.

" Assalamualaikum Opah "

Ucap Adam memberi salam sebaik melangkah masuk ke dalam rumah yang indah dan megah itu. Datin Seri Baizura senyum sampai telinga pabila melihat Adam.

" Cucu Opah. Walaikumsalam. Apa mimpi Ayie ni datang rumah Opah? "

Kata Datin Seri Baizura, menjawab salam Adam. Adam menemui wanita itu diruang tamu, sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen.

" Tau-tau je Opah ni Ayie bermimpi " Mereka tertawa bersama. Adam duduk disamping Datin Seri Baizura.

" Yeke? Ayie mimpi apa sampai datang ke rumah? Pelik Opah tau "

" Ayie mimpi, Opah masakkan sesuatu yang sedap untuk Ayie " Adam menyengih.

" Yeke tu? "

" Ayie rindu masakan Opah. Dah berapa tahun Ayie tak merasa masakan Opah "

" Betul tu, dah lama Opah tak masakkan makanan untuk Ayie. Jom, Opah masakkan sesuatu buat Ayie "

" Ayie bantu Opah "

Adam mempelawa diri untuk membantu Datin Seri Baizura memasak. Tiba diruang dapur, Adam menekan sesuatu pada jam tangannya. Seperti satu isyarat. Pijoy yang sejak tadi berada di dalam kereta langsung menerima isyarat itu dan bergegas melaksanakan tugas seperti yang sudah mereka rancangkan.

Dengan langkah yang penuh berhati-hati, Pijoy menyelinap masuk ke dalam rumah Datin Seri Baizura dan membuka pintu bilik Arwin. Seperti yang diduga, bilik itu berkunci. Maka Pijoy dan Adam sudah menyediakan semuanya terlebih dahulu. Pijoy berhasil membuka pintu bilik itu dan langsung masuk ke dalam, mencari benda penting.

" Harumnya masakan Opah, tak sabar Ayie nak makan "

Puji Adam, melirik ke pintu ruang dapur. Tertanya-tanya kalau Pijoy sudah menemukan benda penting di dalam bilik tidur Arwin. Senyum lebar Datin Seri Baizura mendengar pujian ikhlas dari cucunya.

Pijoy menemukan sesuatu di bawah tilam pada saat tilam tebal itu berhasil di angkat. Pijoy melihat sepucuk sampul surat berwarna putih, segera Pijoy mengambil sampul tersebut. Tanpa mengemas kembali barangan di dalam bilik itu, Pijoy langsung beredar pergi. Jam tangan milik Adam bernyala hijau, menandakan keadaan Pijoy saat ini selamat.

" Opah, kejap ye? Ayie nak ke toilet " Pinta Adam, berbohong.

" Hah yela. Nanti pergi sini semula, kita makan sama-sama "

" Baik Opah "

Adam mempercepatkan langkah kaki, keluar dari rumah Datin Seri Baizura. Tiba di halaman depan, langsung Adam berlari menuju ke kereta Pijoy. Bila Adam sudah masuk ke dalam kereta, Pijoy langsung memecut meninggalkan perkarangan rumah itu. 'Maafkan Adam Opah' Bisik hati Adam.

Tiba di satu tempat yang sangat sunyi, Pijoy berhenti. Menghulurkan sepucuk sampul yang dia temui itu pada Adam. Serta merta Adam buka sampul tak bergam itu bila sudah sampai ditangannya.

Adam berkerut kening memandang gambar lama yang menampilkan wajah anak perempuan di dalam gendongan Darwina. Adam teringat tentang album lama di rumah Dato Qabeel, wajah anak perempuan itu sangat mirip dengan anak perempuan yang berada di dalam dakapan Dato Qabeel.

" What is this? "

Gambar itu terlepas dari tangan tanpa disedari. Adam sangat terkejut. Tiga helai kertas bertinta hitam itu, Adam baca perlahan-lahan.

Suami Yang HilangWhere stories live. Discover now