FINAL CHAPTER

1.7K 32 9
                                    

SENYUM Darwina menyediakan makan malam buat anaknya Wawa Safiyah dan cucu lelakinya. Darwina menanti saja Wawa masuk ke ruang dapur kerana tidak mahu mengganggu anaknya dengan berfikir Wawa mungkin sedang tidur.

Dari pukul 8.00pm sampai 10.00pm, Wawa belum juga muncul di ruang dapur. Makanan pun sudah menjadi sejuk. Sedih Darwina di meja makan tetapi, dia mengambil dari sudut yang baik saja. Pada saat Darwina mula mengemas ke semua makanan yang sudah sejuk di atas meja makan, Wawa akhirnya memunculkan diri di ruang dapur.

" Selamat malam nak, Wawa nak makan? "

Wawa berpaling melihat Darwina pada saat meneguk minuman sejuk. Senyum Darwina serta merta memudar bila melihat Wawa berpakaian yang tidak mempunyai lengan.

" Kalau awak nak makan, makan je sorang-sorang tak payah panggil saya "

Kata Wawa, segera berpaling kembali mahu meninggalkan ruang dapur. Tetapi, pantas Darwina menghampiri dia dan menarik pergelangan tangan Wawa. Darwina sehabis daya, cuba memusingkan tangan Wawa untuk melihat belakang pergelangan tangan anaknya.

" Apesal dengan kau ni! "

Wawa melepaskan tangan Darwina dengan kasar lalu menampar wanita itu serta menolak keras badan Darwina hingga tersandar paksa ke dinding.

" Jangan disebabkan Adam izinkan kau tinggal di sini, kau boleh buat sesuka hati kau! Kau ni memang perempuan tua bodoh! Dah miskin! Hina lagi! "

Wawa menengking Darwina dan berkali-kali menolak keras badan wanita itu. Darwina mengalirkan air mata kecewa. Dan pada saat Wawa memusingkan badan, mahu meninggalkan ruang dapur, Darwina bersuara. Sesuatu yang membuatkan langkah kaki terhenti.

" Awak... Awak bukan anak saya. Awak bukan Wawa Safiyah... Siapa awak? Kenapa awak guna nama anak saya? "

Wawa kembali berpaling menatap Darwina. Tatapan sayang Darwina sekelip mata berubah menjadi benci. Dia mendekat pada Wawa, tajam pandangan matanya.

" Siapa awak? Kenapa awak guna nama anak saya? "

Kali ini, mereka bertukar peranan. Darwina tolak-tolak badan Wawa dan menampar Wawa disitu. Pada saat Wawa mahu menampar Darwina, pantas dia menahan tangan Wawa dari singgah ke pipinya.

" Awak perempuan yang sungguh biadab tak punya adab! Saya bersyukur yang awak bukan anak saya! Sekarang awak bagitau saya, mana anak saya Wawa yang asli? Mana dia? "

Jerit Darwina, membelasah Wawa. Bila Darwina sudah hilang kesedaran diri, tiada kesempatan untuk Wawa menepis semua pukulan dari Darwina.

" Saya bersumpah! Awak, Arwin dan Baizura takkan pernah terselamat! Allah pasti akan menunjukkan kebesaranNya. Binasalah kamu semua! "

Langsung Darwina mengorak langkah meninggalkan Wawa di situ. Wawa menangis, bukan kerana dipukul oleh Darwina. Tetapi sesuatu yang membuatnya tahu dan tersedar, dia bukan anak Arwin dan Zila. Meronta hati Wawa.

" Ni bukan rumah anak ku. Untuk apa lagi aku berada di sini. Dia bukan Wawa "

Darwina menyeka air mata sendiri, langsung pergi meninggalkan perkarangan rumah itu. Sempat dia menoleh berulang kali, sebelum benar-benar pergi. Darwina menaiki teksi, menuju ke Shopping Compleks untuk mencari Dania. Hati Darwina sudah menemukan jawapan bahawa gadis yang mempunyai tanda lahir di tangan itu adalah anaknya.

Tetapi, pusat membeli belah itu sudah tutup dan Darwina tidak berpeluang untuk menemukan Dania di sana. Dia memutuskan untuk bermalam berdekatan Shopping Compleks itu agar tidak terlepas lagi untuk berjumpa dengan Dania.

///

BEBERAPA jam sebelum Adam datang ke rumah Opahnya. Datin Seri Baizura menerima satu panggilan dari Wawa Safiyah. Agak terkejut juga bagi Datin Seri Baizura apabila menerima panggilan itu buat yang pertama kali.

Suami Yang HilangWo Geschichten leben. Entdecke jetzt