1. 𝕃𝕠𝕧𝕖 𝕆𝕟 𝕋𝕙𝕖 𝔽𝕚𝕣𝕤𝕥 𝕊𝕚𝕘𝕙𝕥

100 7 0
                                    

..

╔════ ≪ ❈ ≫ ════╗
Voodoo ℒℴνℯ
╚════ ≪ ❈ ≫ ════╝

..

Autumn, 2008.
SM Ent.

JongIn pov:

Aku hanya diam di sudut bilik. Menunggu tiga lagi hyeong-ku masuk ke dalam bilik latihan kami. Sungguh aku kepenatan. Pulang sahaja dari sekolah, aku harus berlari menuju ke SM untuk masa training aku yang dah ditetapkan oleh pengarah.

Sejak menang SM's Youth Best Contest tahun lepas, aku telah menandatangani kontrak dengan syarikat besar ini dan diperkenalkan dengan tiga lagi lelaki yang lebih tua. Bahkan kata Soo Man, founder of SM ini mengatakan bahawa aku akan satu kumpulan dengan mereka saat debut nanti.

Katanya sahaja. Hei! Demi tuhan, aku tahu betapa susahnya untuk debut itu. Dengan latihan yang menyiksakan. Tuhanku!.

"Yo! Kim JongIn!!"

"YiFan ge!" Baru sahaja aku mahu menunduk hormat, tiang itu sudah menyelitkan kepalaku di ketiak dan mengosok kepalaku kasar.

"Ah! Ge!! Sakit!!"

Ini Wu YiFan, hyeong paling menyebalkan! Oh! Dia masuk sekali denganku tahun lepas.

"Sudahlah YiFan..." dua lagi hyeong ku hanya tersenyum dan duduk di lantai. Sebaik sahaja YiFan gege melepaskan gengaman mautnya dengan pantas aku berlari kebelakang MinSeok hyeong.

Hei! Umurnya sama dengan YiFan ge, tapi kenapa wajahnya lebih muda dari si tiang itu.

"Jun dengar SooMan nak kenalkan 3 lagi trainee baru"

Aku melihat ke arah JunMyeon hyeong.

"Ada lagi? Berapa ramai?" Soal YiFan Ge dan JunMyeon hanya mengangkat bahunya.

Cklekk!!

Pintu bilik latihan dibuka, kami serentak bangun saat SooMan masuk dalam bilik latihan bersama 4 lagi manusia di belakangnya.

"Ini rakan kumpulan baru kamu berempat. YiFan, JunMyeon, MinSeok dan JongIn"

SooMan menunjuk setiap satu dari kami dan mendapat anggukan dari mereka.

Aku lihat JunMyeon hyeong tersenyum ramah dan menunduk di hadapan.

"Saya serahkan mereka pada kamu JunMyeon, berkenalan lah sebelum Mr.Choi masuk"

Aku hanya lihat SooMan berlalu pergi dan meninggalkan kami.

Jujur, aku masih malu untuk sekadar melihat ke arah mereka dan hasilnya aku masih lagi bersembunyi di belakang tubuh tiang YiFan Ge.

"Kenapa Nini? Kau malu?"

Serentak mata aku membulat. Sial!

"YiFan Ge!!" Serentak itu aku menumbuk kuat bahu YiFan Ge dan berlalu ke hujung ruangan.

Mereka? Entahlah. Aku masih lagi malu untuk melihat ke arah mereka. Dan lagi, aku bertatapan sekejap dengan mata dingin itu.

Hei! Merinding bulu roma ku!

Tap..

Siapa yang berani?!...

JongIn Pov End.

Perlahan JongIn berpusing dan kepalanya mendongak melihat gerangan yang menepuk bahunya tadi.

"Park Chanyeol imnida... it's nice to meet you JongIn-ah"

𝑽𝒐𝒐𝒅𝒐𝒐 ℒℴνℯ [COMPLETE] Where stories live. Discover now