29 : ℂ𝕣𝕦𝕖𝕝

66 6 0
                                    

..
╔════ ≪ ❈ ≫ ════╗
Voodoo ℒℴνℯ
╚════ ≪ ❈ ≫ ════╝
..

___________________________________________
Before;
.
"Sakit bukan?"

"Sakit yang kau rasakan itu sementara sahaja Taeyoung-ahh... Ia akan pulih seiring dengan pergerakan waktu. Aku tahu ia sukar kerana si tiang itu adalah yang pertama untuk kau"
.
"Mimpi tidak selamanya indah Taeyoung. Begitu jua dengan hari yang tidak selamanya cerah mempamerkan keindahan."
.
"Kau tahu, tempat yang paling tidak dicurigai adalah tempat persembunyian yang paling bagus"
___________________________________________

.

.

Note : Jalan cerita murni dari imaginasi pelangi Nz yang Nz cuba untuk kaitkan dengan peristiwa sebenar. And abaikan segala typo. Hahahahaha
.

.

SM Ent.

Mereka berkumpul di ruang latihan itu sebelum bertolak ke Incheon dan menuju ke Amerika setelahnya. Kai melirik ke arah Baekhyun yang masih lagi bergerak tidak nyaman dengan iPhone di tangannya. Entah kenapa. Dia tidak tahu. Dan tidak mahu ambil tahu. Kerana sekarang dia kesal.

Malam kau tidur dalam pelukan hangatnya dan saat kau bangun kau sendirian di atas katil besar. Kosong, terasa hilang bersama hilangnya hangat tubuh kekar itu di sisinya. Melihat sekeliling dan lebih memilih untuk merehatkan tubuhnya pada sofa hitam di sudut ruangan itu.

Dia bersandar pada sofa di belakangnya, menutup matanya dan mungkin tidur singkat tidak akan buruk rasanya. Tubuhnya terlalu lemah untuk seminggu ini, entah kenapa dan dia tidak rasa untuk ambil tahu. Hanya kelelahan kerana jadual dan latihan mungkin? Ya, itulah yang berada di dalam fikirannya. Bahkan suara bising yang di hasilkan mereka di hiraukan olehnya. Hinggalah ada tangan kasar menyentuh pipinya dan bermain dengan bibirnya. Aroma itu, dia kenal. Kedua matanya terbuka, di sana wajah Chanyeol hanya berjarak beberapa cm darinya.

"Kau lelah baby? Humm?" Soalnya perlahan dan anehnya dia mengangguk.

"Sorry... Sesuatu berlaku dan aku pergi tanpa mengejutkan kau" kedua iris hitam itu bertemu. "Kau tahu, eomma terjatuh tangga dan aku membawanya ke klinik. Appa tidak boleh memandu dalam keadaan gelap" lagi dia mengangguk faham.

"Kau tak marah denganku bukan?" Soal Chanyeol lembut dan lagi hanya di balas dengan gelengan dari Kai. Lelaki itu tersenyum tipis dan mengucupnya lembut di bibir mungilnya.

"I'll miss you" gumamnya perlahan dan menarik Kai berdiri di hadapannya, membawa tubuh rapuh itu ke dalam pelukannya. Menarik pinggang ramping itu mendekat ke arahnya, membenamkan wajahnya pada ceruk leher jenjang Kai.

"I'll miss you too my King" balas Kai akhirnya dan di akhiri dengan semburat tipis di pipinya.

Tuhan, dia bahagia. Tiada apa lagi yang dia inginkan setelahnya. Tiada lagi, cukup hanya seorang Park Chanyeol tetap di sampingnya.

Dari sorot matanya, dia dapat tangkap sorot kecewa dan sedih di mata lelaki itu. Biarkan dahulu, dia akan mengurusnya nanti. Dia membiarkan Chanyeol membawanya menuju ke arah kumpulan SuperM dan Do KyungSoo? Ahh mungkin ada juga akan merindukan kekasihnya.

𝑽𝒐𝒐𝒅𝒐𝒐 ℒℴνℯ [COMPLETE] Where stories live. Discover now