ch. 3

63 4 0
                                    

Haikal menahan sabar. 

Serabut melihat minah di hadapannya yang sibuk menggali nasi gorengnya dan mengetepikan sayur. 

Tampak begitu tekun dalam mengasingkan sayur yang main hide and seek dekat celah butiran nasi-nasi itu. 

"siapa nama kau tadi?" tanya Haikal. 

"Asha"

"okay Asha,  please arr.  Aku serabut tengok kau dok asing sayur, asing ayam.  Nasib baik je kau tak asingkan nasi yang berlainan warna.  Pleasela mula makan.  Aku kena cepat.  Aku kena balik pejabat sebelum Tuan Huzir masuk pejabat." bebel Haikal. 

"kau tak faham.  Aku benci sayur. Tiada yang mampu menghalang kebencian aku terhadap sayur. Mak aku pun tak pernah tegur aku bila aku buat macam ni tahu?" balas Asha yang masih lagi mengasingkan ayam dan sayur. 

"dah tu.  Sayur je kau benci kan? Yang ayam tuh kau asing sekali dah kenapa?" tanya Haikal mula hilang sabar. 

"tiada sebab.  Dah dah.  Kau sambung makan.  Aku boleh jamin,  aku habis makan dulu sebelum kau"

Dan itulah yang terjadi. 

"yeay.  Menang! Haha! Macam perempuanlah kau ni.  Makan punyalah lambat! Kira butir nasi ke apa?" perli Asha dan gelak sakan.

"at least aku memang makan.  Betul-betul makan!"

"habis tadi aku joget sampai nasi kat pinggan aku habis ke acane?" sindir Asha lagi.

"aku makan.  Kau melahap.  Mana tak habis dulu? Haihh.  Aku tertanya-tanya siapa yang akan berkahwin dengan kau nanti.  Malang sungguh!"

"kahkahkah! Sekali Tuan Huzir yang kahwin dengan aku.  Uishhh-uishh! Kenyang sebulan.  Makan duit,  mandi duit,  gosok duit,  tengok duit.  Fuhhh!" seloroh Asha.

"macam-macamlah kau ni" Haikal menggelengkan kepala sambil tersenyum nipis. 

'memang dia lain dari yang lain' getus hati Haikal. 

Dalam cerita ni,  semua gadis di Andalusia,  masing-masing bergaya, bersuara manja, dan macam-macam lagi yang mampu mencairkan setiap hati lelaki. Tapi si Asha ni lain.  Perangai dia tak gedik macam tu.  Tapi beliau amatlah manja dengan orang rapat. 

.

.

.

"so,  Asha.  Jawatan apa yang awak inginkan selepas menjejakkan kaki di bangunan ini?" tanya Huzir sedikit angkuh.

"ha? Saya jadi apa-apa pun tak kesah.  Asal ada kerja sudah! Janji gaji kena on time! Tiada cepat dan tiada lambat!" jawab Asha sambil bermain dengan jarinya. 

Bukan kerana gementar, gemuruh atau segala macam perasaan itu. Malah kerana habitnya. Memang habitnya suka bermain dengan jari sendiri.  Nak-nak pula jarinya jenis runcing dan pendek.  Hahah.  Pendek.

"even saya suruh awak jadi cleaner?" tanya Huzir.

"don't  carelah.  Asalkan ada gaji. Well,  zaman sekarang,  orang tak boleh hidup kalau tak ada duit kan? So,  saya tak kesah"

Huzir angguk faham.  Tersenyum sinis seketika. 

"okay.  Awak akan bermula bekerja esok" Huzir beri kata putus seraya menutup dokumen peribadi milik Asha.

"sebagai?" tanya Asha.

"cleaner.."

Asha tersenyum.

"..istana" sambung Huzir dan tersenyum sinis.

Seraya itu senyuman Asha mati. 

"cleaner istana?! Saya mintak kerja dekat sini,  apahal dapatnya dekat istana?! Mana boleh! Mentang-mentang Tuan putera disana dan Boss disini... Prosedur tetap prosedur" marah Asha.

"Awak nak kerja tak? Kalau tak nak boleh berambus.  Ramai lagi nak bekerja dengan saya"

Asha mendengus.  " tch.  Baiklah! Saya terima! Akan tetapi,  saya nak jaminan yang saya boleh terus bekerja di sana dan mendapat gaji seperti biasa!"

"it's  not a big deal.  Selagi saya hidup, awak dalam jagaan saya"

Asha menelan liur yang terasa pahit.  Lain macam benor ayat dia. 

Huzir dan Asha berjabat tangan tanda setuju. 

"oh ya,  awak tahu dimana istana kan? Kalau tak tahu jalan,  boleh berhubung dengan saya dalam whatsapp."

"pikir saya bodoh sangat ke,  sampai tak tahu dimana istana? Saya tahulah kat mana.."

Huzir tersengih dan bermain dengan telefon pintarnya.

"tapi tulah..." sambung Asha tak habis.

Pandangan Huzir beralih kepada Asha. 

"saya tak tahu jalan"

Huzir mematikan senyumannya.  Budak ini memang enak ditampar begitu saja!

"haihh,  malam nanti saya chat awak and send location. Jangan lupa pack baju.  Awak akan tinggal di istana."

Ayat terakhir Huzir merentap jiwa Asha. 

"er...  Kalau saya tak tinggal dejat istana boleh? Saya kena jaga kucing saya dekat klinik" pinta Asha.

"klinik?"

"ya.  Saya ada klinik haiwan dan saya buka perniagaan pemuliharaan dan pemeliharaan kucing.  Semua atas nama saya.  Dan di hadapan klinik dan kedai telah terpapar nama saya... Asha's Pet Vet! Fuh!"

"ohh... Saya pernah dengar nama tu. Good.  Awak bukannya golongan miskin dan bawahan." ujar Huzir dengan angkuh.

"dah ada berapa cawangan dan dimana?" tanya Huzir ingin tahu.

"setakat ini,  baru 6 cawangan.  Di Zaragoza,  di Ewangkhinit,  di Hanselvania,  di Perthsya dan akhir sekali di Villiaville dan yang terbesar adalah di sini.  Andalusia." jelas Asha. 

Huzir mempamerkan riak kagum.  Dan rambut Asha terasa seakan kembang kerana mengetahui,  Putera Andalusia mengagumi dirinya. 

"tak sangka orang macam awak pandai uruskan haiwan"

Asha menjeling.  Mende dia ni.  Menyakitkan hati. 

"oh.  Saya ada pengalaman jaga baboon belagak tau. Bukan kaleng-kaleng!" ..

"oh ya?? Besar tak baboon tu?" tanya Huzir penuh minat. 

"err,  boleh tahan besar.  Tuan nak tengok?" pelawa Asha. 

"boleh juga" jawab Huzir.  Why not right?

Asha tersengih dan membuka sesuatu dalam phonennya dan ditunjukkan tepat ke muka Huzir. 

"awak,  kalau saya hantar pergi kandang harimau taulah!" marah Huzir.  Jelas dirinya sedang marah. 

Asha tergelak dan keluar dari pejabat milik Huzir.  ..

Huzir menghempaskan dirinya ke kerusi. ..

Boleh stress kalau hadap 50 orang lagi macam si Asha ni!

Huzir memikirkan cara untuk mengenakan Asha apabila sudah bergelar cleaner di istana nanti dan nampaknya senyuman misteri mula terukir di bibirnya. 

"habislah kau wahai Asha!" ucapnya sendiri.

Huzir mula tersengih jahat tatkala memikirkan rancangan jahatnya..

Tiba-tiba dia mendengus kasar.  Apa-apa pun,  dia tetap tidak berpuas hati tentang insiden tadi.  Apa yang ditunjukkan oleh Asha di phonenya ialah camera selfie yang menampakkan mukanya sendiri.  Nampak sangat di samakan aku dengan baboon!

Ikutkan hati,  mahu sahaja dicekiknya si Asha biar insaf dari berperangai sebegitu rupa!

Tunngu kau wahai Asha!

.

.

......

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now