ch. 33

30 0 0
                                    

"macam mana boleh jadi macam ni? Awak ingat apa-apa tak?" tanya Asha.

"kenapa awak ada dekat sini? Jangan jaga saya kalau awak cuma kesiankan saya"

Asha memeluk tubuh.  "heh! Aku ingat,  orang perempuan je yang emosi tak stabil.  Kau period ke?" saja dia menguji.

Muka Huzir bertukar merah.  Apa tu?!

"kau keluarlah!"

Asha terkesima.  Seketika dia mendengus dan keluar dari bilik Huzir. 

Bella yang menunggu di luar terkejut apabila Asha keluar awal.

"apa jadi kak?"

"abang Bella tulah! Sejak buta ni emosi tak stabil! Entah kenapalah!" bentak Asha tak puas hati. 

Hatinya sakit. Ramai rupanya yang menganggap dia mengambil kesempatan!

"akak,  janganlah cakap macam tu.  Abang buta pun sebab akak" balas Bella tiada perasaan sebelum menapak masuk ke dalam bilik.

Asha terpana. 'Ya.  Dia memang jadi macam tu sebab akulah kan? Buat apa aku nak marah bila penduduk Andalusia ni mencaci maki aku? Ahahaha.  Memang aku yang salah'

Seketika dia merasakan bahawa dia perlu ke rumah neneknya. 

………………………………………………………………

Asha menyentuh perabot usang di dalam rumah itu. 

Baru dia teringat.  Dia mempunyai perniagaan Pet Vet tersendiri.  Agak-agaknya siapa yang ambil alih?

Telefon bimbit dikeluarkan. Segera nombor setiausahanya didail.  Yini Ashalah! Setakat nombot PA sendiri apalah sangat!

"Cik Asha?? Great! Kenapa tak bagitahu yang Cik Asha ni Tuan Puteri Gothen Derry?? Dahtu main tinggal kami dekat sini! Tak jenguk pun!! Huwaaaa!!" raung Via selaku personal assistant yang kamceng dengan Asha.

"eh,  sabola.  Saya pun tak tahu saya ni dari Gothen Derry. Sudahnya,  lepas ingat semua balik,  pasal ni pula saya lupa"

"hehehe.. Hukhuk,  kami rindu Cik Asha...  Baliklah nakk...  Mak rinduu"

Asha menjulingkan matanya.  "so,  macam mana business??"

"okay je.  Makin maju lagi"

"esok saya lawat.  Mu tunggu aku datang ha?"

"baik boss!! Dengan senang hatinya!"

Asha keluar dari rumah itu dan menutup pintunya erat.

………………………………………………………………

Asha menolak pintu kaca yang besar itu. Beg dibetulkan.

Powww!! Satu letusan kecil beserta reben dan pelbagai kertas aneh berwarna-warni turun menghujani Asha.

"welcome back Miss Asha!!!" sorak beberapa suara.

"apaan nih? Sapa nak kemas nanti?!" amuk Asha dan bercekak pinggang.

Masing-masing memuncung. "Cik Asha nih,  kami dah penat-penat sambut"

"tak ada penatnya pun! Bukan korang yang buat pun kek tuh.  Bnde sepah meletup ni pun korang beli je. Apa yang penatnya?"

"ku akui diriku tak sempurnaaa~"

"mesti sempurna kalau tambah perencah penyepak dari saya kan?"

"uish! Okay okay kami salah!"

Asha tersenyum puas.  Sama je macam dulu!

…………………………

"masa saya tak ada,  siapa yang handle?"

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now