ch. 4

56 2 0
                                    

"mulai hari ini,  kamu akan bekerja di istana.  Jadi ini semua adalah barang dan pakaian yang kamu harus gunakan. Sekarang,  kamu ambil barang kamu, bawa ke bilik dan kemas apa yang patut.  Pukul 10.30 nanti,  Tuan Muda Huzir nak jumpa di bilik membaca. Okay,  bersurai" jelas Ketua Pengurusan Istana. 

Asha mengangguk faham dan lantas mengambil barang-barang yang diperkatakan tadi.

"makk aihh! Baju dia,  kalah pramugari.  Seb baik pendek paras lutut. Klau peha? Naya aku nak cover dengan surat khabar!" rungut Asha pada pengawal yang mengawalnya di sisi. 

Tanpa sedar,  pengawal itu tergelak kecil mendengar rungutan kecil milik Asha.  Seumur hidupnya menjadi pengawal istana,  ini adalah perkara yang baru baginya apabila mengetahui bahawa hanya Asha yang merungut apabila baju yang akan digunakannya sexy.  Selama ini,  setiap gadis yang melihat baju itu,  mesti menjerit gembira.  Konon dengan berpenampilan sexy, Tuan Putera tertambat hati. 

"encik pengawal.  Termenung apa? Jom hantar saya ke bilik saya" tegur Asha sambil barangan yang tadi berada di meja telah bertukar tempat ke tangannya. 

Lantas itu pengawal itu tersengih kecil sebelum bergerak mengiringi Asha ke biliknya.

.

.

.

Asha membuntang mata apabila melihat bilik barunya itu. 

Sebesar ini?!

"er...  Saya salah bilik ke ni?" tanya Asha kekok.

"tidak.  Ini memang bilik cik" jelas pengawal itu.

Asha lagi sekali membuntangkan matanya.  Mustahil.  Sangat besar baginya.  Seperti gelanggang bola sepak! Siap ada toilet persendirian lagi!! Bilik persalinan baju yang ditutupi langsir sutera itu juga amatlah besar baginya.  Katil yang ada juga bersaiz queen.  Boleh muat 5 orang yang kurus sepertinya. 

Asha segera meletakkan barang di atas katil.  Segera dia mencapai baju maid diraja.  Muka Asha berkerut apabila mendapati satu kain putih yang seperti sepender tetapi talinya cuma satu. 

Segera Asha keluar dari biliknya dan mendekati pengawal tadi.

"encik pengawal. Apa benda ni? Macam sepender zaman batu punya je? Tapi pelik sebab tali cuma satu.  Yang 'bawah' nak tutup macam mana?" tanya Asha sambil mukanya jelas berkerut seribu.

Pengawal itu tampaknya cuba untuk menahan diri dari gelak.

Apa daaa? Scarf tuh dipanggil sepender zaman batu? HaihTak patuttak patut.

"Itu scarf. Pakainya di kepala.  Bukan di bawah.  Senang cerita,  pukul 10.30 nanti,  cik akan berjumpa dengan Tuan Huzir bukan? Jadi bawa Scarf itu bersama.  Dan Tuan Muda Huzir akan selesaikannya." jelas pengawal itu. 

Asha mengangguk.  Faham sangatlah tu! Segera Asha kembali masuk ke biliknya.  Asha mengambil tuala yang disediakan dan menuju ke bilik mandi.  Terkejut bukan kepalang, mana tak nyaaa? Bilik mandinya teramat besar! Mungkin sebesar ruang tamu rumahnya! Asha menggeleng kepala. 

"best betul jadi kaya ni! Ini belum aku tengok dapur lagi! Entah-entah besarnya seperti kandang badak sumbu!"




10.30...

Dimana?! Uwaaaa!! Sesatt!!!

" mana nak pergi ni?" tanya Asha sendirian.

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now