ch. 30

28 0 0
                                    

2 minggu kemudian...

"abang... Mari makan, Bella suap"

Tiada juga tanda-tanda Huzir akan membuka mulut menerima suapan daripada Bella.

Huzir kelihatan tidak terurus.

Rambutnya memanjang. Diwajahnya, mula tumbuh jambang tanda tidak cukup tidur dan penat.

"abang nak Asha.." jawab Huzir lemah.

"abang.. Kenapa abang tetap kejar perempuan itu?! Sebab dia, abang jadi cacat begini!"

Huzir berang. Dia menolak kasar mangkuk bubur yang dipegang Bella. Dia sangat tidak suka dan sensitif apabila Asha diburuk-burukkan dihadapannya.

"jangan kau mengata dia!"

Bella menangis kecewa dengan abangnya yang mengutamakan cinta yang tidak kesampaian lebih dari keluarga.

"Asha akan tetap jadi milik Aku"

........................................................................

Asha termenung di buaian khas miliknya sejak kecil.

"sayang?" panggil Adam yang kini sudah menjadi suaminya.

"ya?"

"mari makan. Ayahanda dan abang sudah pun menunggu"

Asha mengeluh perlahan dan bangun meninggalkan buaiannya.

"sayang..." panggil Adam dan meraih lembut tangan Asha.

Asha menoleh memandang Adam.

"saya sayangkan awak. Awak tahu kan? Kasih sayang dan cinta saya, selamanya untuk awak, dari dulu sampai sekarang. Saya harap awak pun rasa apa yang saya rasa.."

Asha tersenyum nipis dan menyentuh pipi Adam sebelum berlalu pergi.

Adam kaku. Adakah itu bermaksud, Adha tidak lagi menyayangi dan mencintai dirinya seperti dulu? Air mata Adam menitis.

Dia...

Dia terlalu mencintai Asha...

Asha mendekati meja makan yang panjang dan besar, dihiasi taburan emas yang mengujakan. Dia kemudiannya memilih untuk duduk di sebelah Ayahandanya.

Kerana, hanya Ayahandanya yang menghargai Usaha Huzir dalam menyelamatkannya.

Berbeza dengan Adam dan Aryan yang mencacatkan Huzir. Selepas meninggalkan Andalusia, rasa sayang pada Huzir mengembang dan sekarang bertukar kepada cinta! Walaupun setelah berkahwin dengan Adam.

"Asha... Habis makan, jumpa Ayahanda di Pejabat." arah Raja Graham yang mengesan perubahan Asha.

Asha hanya mengangguk. Aryan memerhati Asha dengan rasa geram.

"rasanya yang butanya Huzir, kenapa adik pula bisu?" sindir Aryan sengaja.

Asha berhenti menyuap makanan ke mulutnya. Dia merenung makanan itu.

"emm, tukang masak dah tukar ya? Kenapa Asha hilang selera ni?" tanya Asha hambar.

"ayahanda, Asha minta diri dulu ya?"

Raja Graham sekadar mengangguk.

Aryan mahu menjerit saja supaya adiknya melupakan Huzir.

"Ryan... Macam mana Ryan boleh lagi berkata begitu setelah apa yang berlaku ini atas salah Ryan sendiri?" soal Raja Graham.

Aryan kembali tersedar. Ya. Salahnya. Dia yang salah faham. Dia yang menuduh Huzir. Dia yang mengemukakan ketidakpuasan kepada Raja Michelin.

"dan Adam juga.. Kenapa Adam mengerjakan Putera Huzir sedangkan Adam juga tidak pasti apa yang dilakukannya benar atau tidak?" soal Raja Graham lagi.

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now