ch. 21

35 3 0
                                    

Raja Michelin meraup mukanya.

'apakah berita yang disampaikan oleh keluarganya sendiri ini benar?' soal hatinya.

Buntu. Asha adalah Puteri Gothen Derry yang hilang? Sukar bagi Raja Michelin untuk percaya.

Dia merenung Asha yang kini berada di hadapannya.

Tenang sahaja gadis itu. Seperti tidak mengetahui, dia sudah menjadi isu terhangat di sekitar kerajaan Andalusia!

"kamu tahu kenapa saya memanggil kamu?" tanya Raja Michelin. Test sahajaaa..

Asha terdiam. Berfikir sejenak.

"ohh... Kak Nana kata, Tuanku mahu berjumpa kerana ingin memberi ganjaran kerana bekerja keras? Saya pun tak tahu, sejak bila saya bekerja keras. Rasanya saya yang paling banyak curi tulang"

Raja Michelin ternganga sebentar. Sesiapa pun Hana itu, dia memang mahu makan kayu balak! Apa yang dimerepekkan itu sangat tak masuk akal. Ramai lagi yang bekerja keras, mengapa tidak adil betul cakap dia kasi ganjaran dekat Asha je.

'nampak macam aku jahil betul!' desis hati Raja Michelin.

"saya panggil kamu kemari... Kerana.. Penyebaran identiti kamu."

Senyuman Asha mati. Apa pula ni..

"siapa kamu sebenarnya.. Asha? Atau.. Patutkah saya gelar... Puteri Gothen Derry?"

Asha menggigit bibir. "masing-masing tuduh saya dari Gothen Derry ni kenapa? Ada bukti kukuh ke?!" tanya Asha marah. Konon tak tahu apa-apa padahal dah tahu semua.

Raja Michelin mengeluh. Biadab betul gadis ini.

"pengawal.. Cek" arah Raja Michelin. 2 pengawal berperisai mendekati Asha.

"ehhhh.. Apa nii?!" tanya Asha takut. Main cek-cek pula.

"takut?" tanya Raja Michelin sinis.

'kau tunggu kau tayar! Aku pancitkan kau nanti! Seb baik kau Raja!' getus hati Asha geram.

2 pengawal tadi makin mendekat. Tiba-tiba Asha berasa sesak. Memorinya dikejar kumpulan berpakaian serba hitam muncul di kepala.

Dia bagai dikawal oleh orang lain. Dia pantas merampas lembing daripada pengawal itu dan menghalakannya kepada pengawal itu.

"jangan dekati aku"

Seorang dari 2 pengawal itu tidak mengendahkan arahan Asha dan terus menyerang Asha.

Asha merasakan seperti kemahiran berlawan itubtelah bersemadi lama dalam dirinya. Dirinya kini toada rasa takut. Asha menghayunkan lembing itu kepada kepala pengawal itu dan serta mertas pengawal itu tumbang. Lagi sekir pengawal nih pula tak puas hati kawan dia kena pukul, dia pun serang Asha. Asha meletakkan lembing tadi ke tepi. Dia menahan tumbukan pengawal tadi dengan satu tangan. Dirinya kini seperti gian dengan kemenangan. Pengawal itu kemudiannya menghayunkan penumbuknya yang satu lagi kepada Asha.

Baru Asha hendak membalas tumbukan itu, satu tangan menghalang tumbukan pengawal itu. Asha tersedar kembali. Apa tadi tu? Adakah diri dia yang lama, macam tu?

"cukup." arah Raja Michelin. Mukanya serius. Asha pucat. Apalah nasib.

.....

Asha dikurung di suatu bilik. Asha mendengus. Apa salah dia sampai kena kurung?

Lama-kelamaan Asha tertidur di dalam kamar kosong itu.

........................................................................

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now