ch. 10

34 1 0
                                    

"itu tidak akan berlaku. Sekiranya perjumpaan semula antara aku dan adikku itu.. Keadaannya baik,  pihak kami akan menghadiahi kamu dengan ganjaran lumayan.  Dan.  Jika keadaannya bercalar, berluka,  walau setitik darahnya tumpah disini...  Kamu berdua tahu apa yang akan dilakukan oleh pihak kami.. "

Senyuman misteri dipamirkan.  Huzir menelan liur. 'mulai hari ini,  aku perlu pastikan keselamatan dan keberadaan Asha'

"adakah sebarang tanda pada leher atau anggota badan gadis itu yang menunjukkan gadis itu berasal dari pihak kamu?" tanya Huzir inginkan kepastian. 

Lelaki berkot biru tadi mengeluarkan pedang dan diacukan kepada Huzir.

"bagaimana kau mengetahui soal tanda di lehernya?!" tanya lelaki itu dengan suara yang agak kuat. 

"aku meneka.  Apa betulkah apa yang aku teka?" jawab Huzir dengan nada mendatar. 

'overla ini tunang! Pelik-pelik!' getus hati Huzir geram.

Abang gadis itu menurunkan pedang yang diacukan itu. 

"bertenang Adam.  Kanda tahu kau risau"

Pedang disimpan dan cuba bertenang. 

Siapa tak gelabah weh! Tunang hilangg kottt!

"jika benar ada sebarang tanda itu di lehernya,  pihak kami akan mengerahkan pengawal untuk mencari gadis itu. Bunuh atau penjarakan sesiapa sahaja yang melukai gadis itu.  Bagaimana?" cadang Huzir tenang.  Asha adalah masalah besar sekarang.  Dan masalah ini akan selesai jika Huzir segera menyerahkan penyelesaian. 

"bagus juga.  Aku beri tempoh masa sebulan.  Kau harus temui dia.  Sehabisnya tempoh itu,  kami akan datang ke sini.  Jika gadis itu tiada,  kami tidak akan mengganggu kerajaan kamu kerana cubaan pertolongan kamu."

Huzir tersenyum manakala Luqman menguap kecil kerana mengantuk. 

"para maid sila hidangkan makanan di dewan makan! Segera! Teliti!" arah ketua pengurus. 

Asha menghantar sup panas,  minuman,  desert dan membantu menyusun atur kedudukan makanan. 

Setelah itu,  kerjanya selesai. 

Di dewan makan,  semua maid menunggu di tepi dewan. Jika berlaku pertumpahan atau apa-apa,  mereka boleh terus segera mencuci atau membersihkan. 

Asha menunggu dengan penuh bosan. 

"memandangkan matahari sudah hampir melabuhkan senja,  apa kata kamu bermalam di istana kami.  Kesemua keperluan akan disediakan." cadang Raja Michelin. 

"elok juga.  Boleh kami mengenali dan menikmati suasana di sini" ujar Raja Graham. 

Asha mengerutkan dahi.  Mengapa terasa kenal dengan suara itu? Asha mengurut dahinya sembunyi-sembunyi. 

Kepalanya berdenyut.  'apa jadi ni?' getus hati Asha menahan sakit kepalanya. 

Tiba-tiba terasa air menuruni matanya.  Asha segera menyentuh air di pipinya. 

Dia menangis? Asha mengelap air mata itu.  Tetapi air mata semakin melebat. 

Dadanya terasa sesak.  'apa yang berlaku?'

Asha memandang wajah Huzir yang kini memandang wajahnya.  Huzir seperti terkejut dengan keadaan Asha yang tamlak seperti seksa. 

Huzir menjatuhkan sudu.  "Asha tolong ambilkan sudu baru.  Malang sekali sudu saya terjatuh" arah Huzir.  Asha segera mengelap matanya dan menuju ke dapur. 
'terima kasih Huzir' ucapnya dalam hati.

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now