ch. 13

33 2 0
                                    

"tanpa cintamu...  Ku merasakan hidup tak lagi bererti... Tanpa dirimu....  Aku rapuhhh! Huuuuu!!" Asha menyanyikan lagu itu sepenuh hatinya sambil melakukan aksi petikan gitar bagi rockers. 

Tak kena langsung.  Sekali pandang macam terencat pun ada. 

"err..  Asha..  Awak buat apa ya?" tanya Huzir awkward.  Mana taknyaaaa? Seorang gadis cantik yang mana merupakan maidnya sedang menggoyangkan kepalanya serupa dirasuk jin!

Asha memberhentikan aktivitinya sambil membetulkan rambutnya. 

"ohh kau.  Ha masuklah! Buat macam rumah sendiri" ajak Asha sambil membetulkan duduknya. 

Huzir kelihatan ragu-ragu untuk mendekati Asha.  Sedikit demi sedikit dia menghampiri katil itu.  Risau gadis itu kembali dirasuk jin gamaknyaa.

"ish! Memang tempat saya pun.  Awak je yang menyemak" balas Huzir dan masih lagi berdiri.  Risau untuk duduk.

Asha tersengih.  "kau yang letak aku kat sini.  Aku mintak kerja kat tempat lain.  Kau bagi aku kerja kat tempat lain"

"alah suka hati sayalah" Huzir nak menang. 

Asha mencebik.  "duduklah ponn! Berdiri tu macam aku tuan kau je" ajak Asha.

Huzir memuncung.  "kang awak kena rasuk macam tadi kang saya juga yang pitam!"

Asha tergelak dan menarik tangan milik Huzir. Huzir terkedu sebentar.  Akhirnya Huzir duduk di katil Asha. 

"ha ada apa?" tanya Asha sambil membuka earphonenya.

"saya.... Err...  sekarang... "

"betul-betulaa. Nak mula dari mana ni? Kau ke..  Sekarang?" marah Asha.

Huzir menggigit bibir.  "sekarang ni... saya nak ajak awak keluar..  Teman saya ke pasar."

Asha terdiam memandang Huzir.  Lama.  Huzir dah panas punggung. 

"kalau tak boleh,  saya boleh ajak maid lain"

"okay aku teman.  Dengan syarat,  aku nak kau belanja ice-cream dan bawak aku jalan-jalan sekitar tasik 'bu peri'

(just nak cakap yang...  Pembaca memang akan menjumpai pelbagai nama tempat atau orang yang pelik-pelikTasik bu peri tu pun saya ambik dari perkataan indon yang mana berbunyi 'ibu pari-pari' . Haa Raja Gothen Derry yang bernama Graham tu pun saya ambil nama dia dari nama gigi belakang yang dipanggil 'geraham'. Hahah.  Life must go on.  Hantammm!)

"deal!"





Asha mengiringi Huzir yang berjalan dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. 

Semua yang ada kat pasar tu terbeliak tengok Huzir.  Masing-masing naikkan harga pasaran.  Mana taknyaa? Orang kaya pergi pasar!

"Huzir..  Nak pergi mana sebenarnya?" tanya Asha boring.  Dari tadi dok jalan-jalan tak ada pun dia nampak Huzir macam mencari-cari!

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now