ch. 12

36 1 0
                                    

Terasa dirinya tidak menyentuh lantai. "aikk?"

Asha mengelipkan matanya berkali-kali tanda tidak percaya akan apa yang dilihat di hadapannya. 

"Adik nii...  Hati-hatilah pun!"

Matanya membuntang.  "Tuan Aryan..."

Pada waktu yang sama Bella dan Permaisuri melalui perkarangan itu. 

"Asha! What are you doing?!" tanya Permaisuri dengan suara yang meninggi. 

Aryan membantu Asha bangun.  Asha menunduk.  Seram.  Takut.  Gigil. 

"wahai Permaisuri..  Maafkan saya.  Saya yang terlanggar adik.  Dan adik tidak boleh mengimbangi badan.  Jadi saya pun tangkap adik.  Hehee.. " bohong Aryan. 

Luqman terpinga-pinga.  'adik?'

Bella menatap wajah Aryan dengan penuh minat.  'siapa dia?'

"engkau siapa?! Dan jika ini adik kau,  sila didik dia supaya tidak mendekati anak-anak aku.  Aku jijik bermenantukan orang gaji!" lancang mulut Permaisuri berkata-kata.  Sedang dia tidak tahu siapa Aryan sebenarnya. 

Disebabkan Permaisuri dan Bella baru pulang dari luar kerajaan,  jadi mereka tidak mengetahui apa yang terjadi pada kerajaan mereka. 

(kalau tak faham ayat...  Silalah fahamkan sendiri.)

Luqman start takut-takut.  Bondanya silap orang untuk dimarahi. 

"bonda.... Dia... " Luqman cuba untuk bercakap tetapi rasa takut makin menyerbu diri apabila Adam menuju ke arah mereka. 

"apa yang sudah berlaku?" tanya Adam dengan tegas. 

Asha dah menggigil.  Takut yang teramat. 

Aryan tersenyum.  Dia melepaskan genggaman tangannya di lengan Asha.  Dia kemudiannya tunduk. 

"salam perkenalan dari saya...  Putera dari Gothen Derry" ucap Aryan dengan merendah diri. 

Permaisuri Razia bagai baru tersedar kesilapannya yang boleh mengundang kehancuran kerajaannya. 

"Go... Gothen Derry?" tanyanya menginginkan kepastian. 

Aryan mengangguk.  "dan ini adalah Adam. Bakal adik ipar saya" jelas Aryan sambil menunjuk ke arah Adam.  Adam mengangguk tanda perkenalan. 

"dan..  Ini Asha...  Adik angkat saya sekarang.  Walau tidak rasmi lagi" jelas Aryan dan tersenyum menunjuk ke arah Asha yang galak menunduk. 

Bella melopong besar.  Menyesali dirinya yang melayan Asha seperti penjahat yang mahu mencuri gula-gulanya. 

"maafkan saya....  Kerana bertindak kasar.  Saya dan anak saya baru pulang dari luar negara. Jadi kami tidak mengetahui perkara yang terjadi di sini.  Dan perkenalkan juga.   Ini anak saya... Bella dan yang itu Luqman" jelas Permaisuri dengan nada yang dirasakan bergetar. 

"saya tahu semua tentang kerajaan Permaisuri yang indah ini.. "

Entah mengapa ayat itu dirasakan seperti ancaman. 

"Asha..  Benarkah dia abang angkat awak?" tanya Permaisuri Razia sambil cuba untuk tersenyum. 

Asha memandang wajah Aryan yang tersenyum.  Dia mengeluh kecil sebelum mengangguk.

Permaisuri menggigit bibirnya.  "ohh kalau begitu,  teruskan aktiviti awak ya."

Adam tersenyum sinis.  "ya kami akan sambung jika tiada yang mengacau" ayat sinis yang dilontarkan.

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now