ch. 29

24 0 0
                                    

Huzir terjaga apabila bunyi pagar besi dibuka.

Matanya mengalami luka teruk, gara-gara dibelasah Aryan, Adam dan Ayahandanya sendiri. menyukarkan dirinya untuk mengetahui siapa yang datang.

Dia buta. Dia hanya dapat mendengar.

Terdengar esak tangis seseorang.

"siapa?" tanya Huzir lemah. Tanganya kini sedang digari. Kakinya juga digari. Bajunya koyak-koyak dan jelas sekali kesan sebatan di tubuhnya.

"kenapa tak bagitahu cerita sebenar?" tanya Asha sedih melihat orang yang menyelamatkan dirinya kini dikurung seperti pesalah besar dan tiada yang selamatkan dirinya.

"Asha? Apa awak buat dekat sini? Awak okay? Kaki awak macam mana? Mujur saya sempat. Hehe"

Asha terdiam.

"Asha? Awak ada dekat situ ke?" tanya Huzir setelah Asha diam terlalu lama.

Huzir mengeluh. Dia berkhayal.

Tiba-tiba satu sentuhan lembut terasa dipipinya. Wajahnya diangkat perlahan-lahan.

"Asha?" tanyanya lagi. Tak mungkin dia masih berkhayal!

Asha memberikan satu kucupan lembut di pipi Huzir.

"terima kasih selamatkan saya"

Huzir terdiam. Entah kenapa, air mata lelakinya keluar. Terharu barangkali?

"saya..."

"saya suka awak Asha" ucap Huzir perlahan.

Tanpa Huzir sedar, semuanya didengari Asha dan Aryan.

Asha tersenyum sayu. Selepas balik dari Andalusia, dia bakal dikahwinkan oleh Adam. Kucupan tadi hanyalah kucupan perpisahan.

Asha pergi meninggalkan bilik tahanan yang sayu itu.

Aryan memandang Huzir. "kau tak boleh miliki dia walau sebanyak manapun yang kau mahu.. Dia milik Adam. Maafkan aku Huzir... Maafkan aku kerana aku menghukum kau tanpa berfikir. Maafkan aku yang telah berlaku jahil dan jauh sekali adil kepada insan yang menyelamatkan adik aku... Tiada yang mampu aku buat jika balasan yang kau mahu adalah Asha"

Huzir terkesima. Baru dia faham. Kucupan tadi hanyalah kucupan perpisahan.

Kini Huzir meronta. Menangis semahu-mahunya. Di sekali lagi kehilangan cinta!

Aryan membuka gari di tangan dan kaki Huzir.

Aryan juga menangis sayu melihat Huzir dalam keadaan begitu kerana salahnya sendiri!!

"Yan.. Aku nak jumpa Asha. Aku nak tengok dia senyum. Buat kali terakhir. Tunggu aku sampai bengkak mata aku ji sembuh, aku nak tengok Asha" rayu Huzir sambil tangannya tergapai-gapai mencari tubuh Aryan.

"kau... Kau buta Huzir.. Maafkan aku! Ini salah aku! Aku yang membuatkan kau berada dalam keadaan begini! Mata kau mengalami kecederaan yang sangat teruk sehingga membuatkan kau tidak lagi boleh melihat. Maafkan aku Huzir..."

Huzir terdiam. Matanya merembeskan air mata yang banyak, tetapi tidak juga dia dapat melihat.

"aku nak tengok Asha.. Benarkan aku untuk melihat Asha!"

Aryan menangis. Rasa bersalah sungguh menyerbu dirinya.

Dia membantu Huzir untuk bangun. Aryan membawa Huzir keluar dari bilik tahanan itu dan membawanya berjumpa Asha.

Di hadapan Mahligai Raja dan Permaisuri, Huzir dibawa menghadap.

Raja Michelin sebak melihat anaknya dalam keadaan begitu. Ya. Salahnya sendiri!

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now