ch. 5

46 1 0
                                    

... Sedang Asha sibuk mengelap tingkap...  Tiba-tiba dia merasakan dirinya diperhati dari jauh.  Seraya itu dia memandang ke sekeliling. 

Seram sejuk menyerbu.  Seperti ada magnet yang menarik bulu-bulu romanya.  Seperti hendak tercabut rasanya.

Dia kembali mengelap tingkap.  Terdengar derapan tapak kaki.  Serta merta dia mencapai spray sabun khas cucian tingkap dan menyemburnya ke sekeliling.

"arghhhhh!!!!!" jerit seseorang.  Asha terkejut dan melihat siapakah gerangan yang menjerit itu. 

Berkot..

Takkanlah...

Memakai jam silver..

Oh my god.......

Tangan yang menutupi muka itu perlahan-lahan turun menunjukkan muka yang merah

Tu...  Tuan Huzir...

" Tu.. Tuan...  Maaf,  saya ingat penjahat tadi!" lantas Asha mencampak spray dan kain lap tadi segera mendapatkan Huzir. 

Muka itu kemerah-merahan. 

"pedih.. "

Asha blur. 

"mata saya,  pedih!"

Seketika Asha meng-oooo-kan kata-kata lelaki itu. Selepas itu barulah dia kelam kabut mengambil botol airnya yang berada di trolley pembersihan. 

Segera penutup botol itu dibuka.. 

Haus pulak...

Asha minum air itu seketika.  "Asha!" marah Huzir. 

Asha tergelak dan segera memberi air itu kepada Huzir.  Segera Huzir menuang air itu sehingga habis dan menyapu air itu ke muka. 

"Tuan okay?" tanya Asha. 

"please..  Lepas ni jangan buat macam tu lagi. Buta mata saya ni macam mana?" tegur Huzir tegang. 

Asha hanya tersengih.  "Asha..  Lepas lunch, saya nak jumpa awak di laman.  Ini satu arahan." arah Huzir. 

Asha menyengetkan kepalanya.  Dah kenapa? Baru kena sembur.  Takkan dah kena pecat kot? Lagipun itu salah Huzir sendiri sebab menghendap dari belakang.  Asha sebagai perempuan memang patut berbuat begitu sebagai langkah berjaga-jaga!



"Asha.  Baik kau bagitahu aku.  Apa tujuan kau datang Andalusia?" tanya Huzir serius. 

Lain macam benor soalanBukan dia panggil ni sebab nak pecat Asha ke?

"apa Tuan merepek? Saya memang lahir kat sinilah pon!" jawab Asha apabila mendapati pertanyaan Huzir amatlah pelik. 

"baik kau jujur.  Kau tak payah berahsia dengan aku!" tanya Huzir dengan nada yang semakin tinggi.  Marah benor gayanya.

"woi! Aku memang lahir kat sinilah pon! Nak buat apa lagi kat sini? Hiduplah! Apa lagi?" marah Asha tanpa sedar. 

Huzir membuntangkan matanya.  Berani sungguh gadis ini berlaku biadab. 

Huzir memandang wajah Asha dengan tepat. 

"habis tu,  boleh kau jelaskan apa maksud simbol belakang leher kau?" tanya Huzir sinis. 

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now