ch. 20

37 2 0
                                    

Asha berjalan di koridor. Menuju ke bilik bacaan.  Niatnya hanya mahu mengetahui tentang kerajaan Gothen Derry.

Tiba di hadapan bilik bacaan,  langkahnya terhenti apabila terdengar suara orang berbual.

Biasanya dalam drama,  bila jadi macam ni,  mesti kita dengar atau rekod apa yang mereka cakap kan?

Asha mengeluarkan phonenya dan merakam perbualan mereka.

"ayahanda tidak akan melarang sama sekali.. Apa-apa pun jawapan Huzir, Ayahanda akan terima." sambung suara itu lagi. 

Perlakuan Asha terhenti apabila dia mengecami pemilik suara itu.  Ya.  Itu Raja Michelin!

Dengan siapa Raja Michelin bercakap?

"Huzir... Dengan Asha.... Kami.... "

Terbuntang mata Asha.  Debaran dadanya terasa.

Asha tersenyum selepas mendapati Huzir mengambil masa lama untuk menyambung. Hatinya sayu.  Lantas dia masuk ke dalam bilik bacaan.

'sah.  Huzir tak pernah anggap kau lebih dari seorang yang dia selesa je.. Iaitu kawan.  Kau cuma kawan dia Sha!! Kawan!' amuk hatinya.  Benar-benar terluka. 

Langkah dicepatkan menuju ke Raja Michelin dan Huzir yang membelakanginya.

"kawan!!" sampuknya. 

Raja Michelin dan Huzir kelihatan terkejut.  Asha memandang wajah Huzir. 

"kami kawan sahaja"

Huzir memandang wajah Asha dengan terkejut.  'Asha takkan nak dekat kau Huzir.  Sedar diri.  Kau tak layak untuk dia.  Dia layak untuk Adam sahaja.  Lagipun dia puteri Gothen Derry. Kau..  Takkan pernah layak untuk dia Huzir!'

Asha tersenyum.  "maafkan saya wahai Raja yang Bijaksana..  Saya tak berniat untuk mengganggu Tuan Putera Huzir.  Saya dan dia tiada apa-apa.  Hanya teman rapat sahaja. Lagipun siapalah saya jika hendak digandingkan bersama Tuan Huzir.  Hanya seorang maid biasa.."

Huzir tergamam.  Matanya berkaca.  Rasa sakit.  Tidak tahu kenapa. 

"betul tak... Tuan?" soal Asha.

Huzir tersentak.  Kepala ditundukkan.  Tidak berani mengangguk mahupun geleng. 

Keadaan sepi. 

"tidak mengapalah jika begitu..  Tetapi jika kamu berdua mempunyai hubungan pun apa salahnya? Ayahanda takkan sesekali halang." ujar Raja Michelin dan berlalu pergi dari situ. 

Asha dan Huzir berpandangan sama sendiri. 

Asha menunduk.  Matanya berkaca.  Mula sedar ketidaklayakanmya untuk berdiri berdekatan dengan Huzir. 

Huzir mendekati.  "Asha...  Kenapa awak cakap macam tu?" tanya Huzir.  Matanya yang berkaca dibiarkan.

Asha diam. 

"saya ingat..  Awak ikhlas kawan dengan saya.  Tanpa mengira saya Putera sekalipun... Saya ingatkan awak lain..  Awak orang pertama yang saya selesa sangat,  sama ada semasa bercakap,  bergurau,  bersentuhan... Awak orang pertama yang melayan saya seperti orang biasa.  Awak orang pertama yang dapat mengubati luka hati saya selepas kehilangan saya dahulu...  Jangan pernah rendahkan diri awak.  Kerana disebalik kerendahan yang awak rasa itu...  Kedudukan awak lebih tinggi dari saya. "

Asha diam.  Dia perlu menjauhi Putera ini.  Entah mengapa rasa cinta ini menjadi semakin kuat seolah-olah mereka pernah membina hubungan.  Padahal tak pun. 

Asha tersenyum pahit. 

"saya suka awak.." luah Asha tanpa tapis lagi.

Huzir terdiam. Tergamam.  Seketika dia teringat Raisha.  Bekas kekasihnya dahulu pernah meluahkan perasaan seperti ini..  Dan akhirnya Raisha selingkuh.  Bersama adiknya Luqman! Seketika juga ingatannya beralih kepada asal usul Asha.  Dan tunangnya..  Adam.

I Need A SoulmateTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon