ch. 18

36 2 0
                                    

Asha membuang pandangannya di luar tingkap. 

Asha kemudiannya mendekati laci meja kecil di sebelah katilnya. 

Dibuka laci itu dan kelihatan rantai yang diberi Adam. 

Matanya berkaca.  Teringatkan nasibnya.  Walau nampak selamba,  Asha sebenarnya manja dan senang menjatuhkan air mata. 

Dicapainya rantai itu.  Dibelek seketika.

"sayang...  I love you.. "

Dahi Asha dikucup lembut oleh Adam.  Penuh kasih sayang. 

Asha menitiskan air mata. "jangan tinggalkan saya" pinta Asha sayu.

"never"

Asha mula menitiskan air mata.  Merindui saatnya bersama Adam.  Dia yang meninggalkan Adam.  Adam tidak pernah meninggalkannya. Asha diserbu rasa bersalah.  Dan kini hatinya tertaut pada Huzir. 

Satu tangan menyentuh lembut tangan Asha. Segera Asha mengesat air matanya dan memandang ke arah Huzir. 

"awak okay?" tanya Huzir. Mukanya masih lagi pucat. 

Asha tak dapat menahan air matanya.  "siapa diri saya sebenarnya?" tanya Asha.  Dia benar-benar ingin tahu.  Rasa sedih ini seperti dikhianati. 

Ya.  Dikhianati oleh diri sendiri dan orang sekeliling. 

Huzir kehilangan kata-kata.  Perempuan nangis depan dia.  Mana dia tahu nak buat apa!...

"bulan depan Adam dan Aryan akan datang ke sini lagi.  Mereka sedang mencari awak." jelas Huzir. 

Asha terdiam.  Dia merindui Ayahanda, Aryan dan Adam.  Tetapi dia juga tidak mahu kehilangan Huzir.  Hatinya berbelah bagi. 

"awak rehatlah.  Muka awak pucat lagi tu" arah Asha dan segera keluar dari biliknya. 

Dia perlu berjumpa dengan neneknya.  Wanita tua itu pasti tahu sesuatu!

Langkahnya dilajukan. 

.....

"nenek!!" panggil Asha kuat dari luar rumah. 

Tiada sahutan.  Asha pilih untuk merempuh! Asha terus memasuki rumah itu. 

Bau hanyir yang semestinya tidak menenangkan terus menusuk hidung.  Spontan Asha menutup hidungnya. 

Asha mula rasa ada yang tak kena.  Suis lampu ditekan.  Maka terang benderanglah rumah itu. 

Pandangannya diluaskan ke seluruh pelusuk rumah.  Sepah! Macam kena rompak! Haihh.  Pandangannya kemudian jatuh ke satu jasad yang terbaring di atas lantai bersama darah yang banyak.  Terdapat segelintir darah yang sudah mengering.  Tanda sudah lama. 

Asha tergamam.  Mengharap itu hanya mimpi.

Asha mula menggeletar.  Dia segera menuju ke arah wanita tua yang terlantar itu. 

"nek... " panggil Asha sambil menggoncangkan tubuh itu.  Mengharap ianya hanya gurauan neneknya itu. 

Panggilannya tidak berjawab.  Mata Asha mula berkaca. 

"nek..  Tak elok buat Asha macam ni...  " pinta Asha lemah. 

Dia mencari punca pendarahan itu berlaku.

Mengharap ianya gurauan.

Dan...  Satu pisau kelihatan tertusuk di perut wanita itu. 

Asha menggeletar.  Terus dicapai telefonnya.  Tiada yang lain untuk di-call selain huzir. 

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now