ch. 8

41 1 0
                                    

Asha berhenti dari larinya tadi. Apa kena dengan aku?

Tiba-tiba satu memori yang pelik terbayang.

"anakku... Darah pahlawan sentiasa berada dalam diri kita... Tika kau membesar nanti... Kau akan kenal erti kehidupan yang kejam ini.... Kita perlu meraih. Menawan semuanya! Semua!" ujar seorang lelaki dengan muka yang samar-samar.

Besi yang telah panas gara-gara diletakkan di bara api itu diambil lelaki itu. Terasa rambutnya di alih mendedahkan belakang lehernya yang putih.. Tidak semena-mena besi panas itu melekap di lehernya.

Asha menjerit dan menangis. Dia menggenggam rambutnya. Tidak ubah seperti orang yang kematian anak.

Satu pegangan dirasakan kuat dilengannya. Dia menolak dan menepis tangan itu. Takut. Itu yang dirasakan.

"syy... Hei. Ni akulah. Huzir!" tegah suara itu.

Asha tetap menjauhi dirinya dari Huzir. Badannya menggeletar teruk.

Huzir memeluk kepala Asha dan mengusap belakang badan Asha. Tanda memujuk.

Sedikit demi sedikit, Asha menjadi tenang. Huzir melepaskan pelukannya dan menjauhi Asha.

"kau okay? Kenapa kau menangis ni? Jerit pula tu! Mujur senang saja mahu pujuk kau ni"

Asha diam. "aku.. Penat. Aku nak jumpa nenek. Aku nak nenek. Aku rindu.. " pinta Asha dan menangis teresak-esak seperti bayi.

Huzir dah kalut dah. Tangisan ganas tadi tu dia bolehlah tenangkan Asha, tetapi entah kenapa.. Apabila tangisan Asha teresak-esak seperti bayi ini.. Sesungguhnya sangat melemahkan hati lelakinya.

"hoi. Weh. Jangan nangis weh. Aku dah arr tak pandai pujuk-pujuk ni" arah Huzir sambil menggaru kepala.

Asha terus-menerus menangis seperti tiada lagi hari esok.

"okay! Aku bawa kau jumpa nenek kau. Berhenti nangis please!..." putus Huzir.


"nenek!!" jerit Asha sambil menangis dan berlari ke arah wanita tua yang sedang menjemur kain.

Huzir mendekati. Serta merta wanita tua itu tunduk hormat.

"kenapa cucu nenek ni?" tanya wanita tua itu sambil mengusap kepala Asha.

"nenek... Memori tu datang lagi.... " jelas Asha.

Wanita tua itu tersenyum. "ingat seperti yang nenek ajar... Kofcplog mutt dingger" jelas wanita tua itu.

Huzir sedikit terkejut. Kerana ayat yang dilontarkan wanita tua itu adalah sejenis seperti mantera penenang dan menggunakan mantera memerlukan kemahiran selama bertahun-tahun melainkan jika mempunyai darah keturunan itu. Nampaknya wanita tua ini juga bukan biasa-biasa.

Asha mengulangi ayat itu dan serta merta gigilannya berhenti. Dia tampak lebih tenang dari tadi.

Asha melepaskan pelukan kepada neneknya dan tersengih.

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now