ch. 11

40 1 0
                                    

" ha! Ni perisa Strawberry campur orange! Tengok warna dia! Cantiknya!"

Asha menghela nafas.  "cepatla. Saya nak tido ni"

"kejap.  Bagi saya bayar ice-cream ni dulu"

Asha mendengus.  Gedik betulaa.  Macam perempuan! Entah apanya yang special sangat ice-cream tu!

Aku dan Luqman memasuki pintu gerbang istana. 

"awak suka istana?" tanya Luqman sambil leka dengan ice-creamnya. 

Asha tersenyum.  "suka" jawabnya. 

"heii.  Bukan awaklah! Saya tanya ice-cream ni" tegur Luqman dan gelak. 

Asha tersengih sambil tangannya memukul lengan Luqman. 

"awak suka istana ke?" tanya Luqman kepada Asha. 

Asha diam. Tersenyum lagi. 

"Asha.  Saya tanya ni"

"ohh.  Tanya saya? Ingatkan tanya bulu ketiak saya...  Tu yang saya tak jawab" sindir Asha. 

Luqman masam mencuka.  "tch.  Saya taknak kawan awak"

"macam saya kesah je"

"saya taknak bagi awak ice-cream!"

"macam saya nak je"

"saya taknak bagi awak gaji!"

"macam...  Ehh...  Alahh sorrylah Tuannnn"

"tau pun takut!"

Asha tersengih dan menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal. 

Kami turun dari kereta dan memasuki perkarangan istana. 

"Asha,  hari ni...  Tak payah kerja.  Saya akan beritahu kepada ketua pengurus.  Hari ni awak teman saya je.  Boleh kan?"

Asha angguk mamai.  Katil.  Itu saja yang berada di dalam kepalanya.

Asha memasuki biliknya.

Luqman seperti mahu menegur sesuatu tetapi Asha terlebih dahulu menutup pintu. 

"rasanya itu bilik..... Aku salah pandang kot" gumam Luqman dan berlalu dari situ. 

.

.

.

"bangun" arah seseorang. 

Asha menggeliat.  "bangun aku kata!" marah lelaki itu. 

Asha pantas mengubah posisi dari baring ke duduk gara-gara tersedar yang menyuruhnya bangun itu adalah lelaki!

Terlihat seseorang lelaki tidak memakai baju dan hanya bertuala dari pinggang hingga ke paras lutut.  Asha membuntangkan mata.  Dia kemudiannya meraba badannya. 

Dihela nafas lega.  Ya dia berpakaian seperti tadi.  "hoi.  Buat apa kat bilik aku ni?" tanya Asha sedikit kuat. 

Lelaki itu bercekak pinggang.  "bilik kau?! Look around!"

Asha segera memerhati sekelilingnya yang terasa lain. Pandangannya terhenti apabila mendapati bilik itu luas dari biliknya. Segera Asha bangun dan menunduk. 

Kesilapan terbesar!!! Dia kini berada di dalam bilik bersama adik ipar kepada pitera Gothen Derry!!!

"sekarang aku tanya kau.  Apa kau buat dalam bilik aku?" tanya lelaki itu perlahan. 

Asha diam. Tak berani bersuara. 

"kau tahu aku lelaki kan? Kau tak takut aku apa-apakan kau?" tanya lelaki itu dan membongkok meletakkan tangannya ke katil. Dan semestinya Asha terperangkap. 

I Need A SoulmateWhere stories live. Discover now