PART 4

28.3K 1.1K 11
                                    

"Apa yang dia nak dari kau?" tanya Liya dengan segara apabila Ariya memasuki kedai.

"Aku tak tahu apa yang perlu aku buat sekarang." Ujarnya dengan kepala diletakkan di atas meja. Sakit otak memikirkan tentang perkara yang tidak bernas.

"Apa yang lelaki itu nak dekat kau?" kini Tasya pula bertanya.

"Macam ini. Dia bagitahu aku..."

Flashback

"Encik saya betul-betul minta maaf pasal apa yang terjDi semalam, saya tak sengaja. Saya akan ganti balik baju encik." Ujar Ariya dalam keadaan terdesak.

"Setakat baju murah itu, bukan itu yang aku nak." Sinis Rafael.

Ariya seperti dapat mengagak apa yang diinginkan oleh Rafael.

"Kalau niat encik lain, saya rela bekerja keras bayar balik baju encik." Ujar Ariya dengan tegas.

Rafael tersenyum sinis mendengar penyataan daripada Ariya.

"Well, kalau itu yang kau nak. Ganti balik baju aku, 85 ribu satu pasang dan 11 ribu untuk tali leher. Deal?"

Terasa ingin pitam mendengar harga yang diberikan oleh Rafael. Ini gila! Sudah kenapa mahal sangat! Sah lelaki dihadapannya ini mengambil kesempatan atas dirinya.

"Tak akan baju dan tali leher itu semahal itu!  Encik tak ada hak nak ambil kesempatan atas saya. Walaupun saya miskin, saya tak akan benarkan lelaki macam encik sentuh saya."

Ariya membuka langkah. Cuba untuk pergi dari banglo itu.

"Dan kau jangan ingat kau akan terlepas dari aku. Aku akan pastikan apa yang aku inginkan, aku dapat. You can't run from me, Ariya Marshanda. Never!"

Ariya tersentak.

Macam mana lelaki itu tahu namanya?

"Saya pilih untuk bayar baju encik. Encik tak ada hak nak pertikaikan apa keputusan saya. Saya tak akan sesekali jual maruah saya untuk perkara yang tidak berfaedah ini. Tak akan sesekali!"

"Aku tak kuat Liya, Tasya. Kalau aku ingkar dia akan buat benda yang diluar pemikiran dia,"

Tubir mata nya dari tadi tidak berhenti mengalir. Kenapa dia perlu lahir di dunia ini hanya untuk melihat kesangsaraan. Dia terus menekup muka nya di atas meja kafe itu. Otaknya tak dapat berfungsi. Dia hanya mampu menangis untuk menghilangkan keperitan.

"Dah-dah tak payah nangis. Aku nak kau bahagia Ariya. Aku tak nak kau jadi macam dulu lagi,"

Ujar Tasya memujuk hati yang sudah pecah dari dulu lagi. Di sebabkan peristiwa yang lama dulu dia menjadi yang lemah.

"Aku tak nak Sya. Aku tak nak. Aku tak nak orang cakap aku gila,"

Ujar nya sambil mengesat laju air mata yang kian tumpah di pipi mulus milik nya. Peristiwa itu sungguh sakit baginya. Dirinya bagai hilang roh.

"Kalau kau tak nak kau kena kuat. Kitaorang sentisa ada dekat kau. Aku tak nak kau lemah di mata dia orang Ariya,"

Sambung Liya lagi. Sekarang dia hanya mahu gadis kecil itu gembira macam dulu lagi. Tidak mahu peristiwa itu menghantui nya macam orang gila.

"Aku akan cuba,"

Ujar Ariya Marshanda dengan memenangkan dirinya yang sudah lecun di basahi air mata yang tidak bersalah itu.

"Kalau lah dunia ini adil untuk aku, akan ku pergunakan nya dengan betul. Tapi dunia ini sungguh tidak adil! Dari kecil hingga ke besar aku hanya di layan dengan kesangsaraan. Sungguh perit hati ini. Jikalau aku dunia ini adil untuk aku, akan ku cari kebahagiaan untuk ku sendiri,"

Rafael Marcus  Where stories live. Discover now