PART 21

17.7K 688 35
                                    

"Sepanjang aku tak ada, aku nak kau jaga diri kau tu,"

Ujar Rafael Marcus didalam kereta Ferari GT8 warna merah nya.

"Okay. Nanti kan abang, kalau Ariya nak bermalam kat sini boleh ke?," Ujar nya sepatah

"Tengok lah macam mana nanti. Aku nak pesan kau satu je, kalau kau rasa tak sedap hati ke apa ke, kau call aku terus," Kata Rafael Marcus.

"Ye saya tahu, okay saya turun dulu lah abang Kasihan tengok Liya dengan Tasya tunggu Ariya kat luar tu,"

Katanya lagi. Terus sahaja tangan besar suaminya dikucup sedikit. Pipi kanan dikucup, pipi kiri dikucup, dahi pun turut dikucup nya.

Itulah rutin harian nya jika Rafael Marcus hendak keluar. Macam anak nak salam dengan mak dah kan?

"Ariya turun dulu turun. Abang hati-hati tau bawa kereta. Tadi Ariya cakap tak payah hantar, abang tak dengar kata,"

"Ye, hati-hati tau. Aku risaukan kau,"

Ariya Marshanda hanya menganggukan kepala nya sedikit. Terus sahaja pintu kereta dibuka perlahan. Rafael Marcus hanya memerhati isteri nya keluar dari kereta itu.

Ternampak figura dua orang kawannya diluar rumah. Dua-dua sudah menanyang kan muka ulat bulu mereka.

"Amboi, macam lah tak jumpa lagi laki tu,"

Kata Tasya menyampuk . Ariya Marshanda hanya tersenyum sedikit. Diperhatinya kereta suaminya yang pergi meninggalkan perkarangan kampung itu.

"Ala, kau nie Sya. Biarlah tu laki dia,"

Segera Liya memback-up kawanya itu. Suka sangat di melihat agenda sepasang suami isteri itu.

Teringin juga dia merasa hubungan ramantic itu. Tapi apalah dia ada kan, boyfriend pun tak de macam mana nak ada suami pulak kan.

"Ish dah lah, aku panas nie. Jom korang naik ramai dah orang tu,"

"Jom-jom, aku nak tengok bakal bini dia nie, cantik ke idok, aku rasa aku cantik lagi,"

Ujar Liya dengan begitu bangga. Mereka tahu yang Liya menaruh harapan dengan Ziqri.

"Eleh kau nie, tak baik tau. Dah jom-jom aku nak jumpa kawan kita nie,"

Kata Ariya Marshanda. Mereka hanya mengenakan pakaian biasa sahaja tapi cukup cantik di mata orang luar.

Liya hanya mengenakan kebaya berwarna hijau dengan rambut nya yang panjang disanggulkan nya mengikut cara pramugari.

Begitu juga dengan Tasya tapi rambutnya di ubah style nya. Hanya tocang lekat dari tepi sahja. Ariya hanya mengenakan Baju Kurung moden disertakan dengan selendang berwarna biru tua.

Meraka sungguh cantik walaupun tidak mengenakan make-up dengan begitu tebal. Cukup lah guna baby powder, secalit gincu dan sedikit pemerah pipi. Muka dah cantik buat apa nak cantikan lagi kan.

"Hai korang! Kitaorang lambat ke?"

Ujar Liya yang menyentak sekumpulan rakannya itu. Terus sahaja meraka semua berpaling melihat Liya, Tasya Dan Ariya Marshanda.

"Eh Liya! Halamak lama tak jumpa. Makin cantik kau eh. Tapi tu lah, tak meninggi,"

Ujar seorang kawan laki nya. Liya sudah tersenyum kambing melihat dirinya dipuji sedemikian. Maklumlah dulu, pernah diejek orang jugak.

"Eh bila datang, nie Ariya ke?,"

"Ariya lah tu kenapa, Makin buruk eh?,"

Terus sahaja Ariya Marshanda memukul lembut tangan Liya. Terus ketawa mereka semua di situ.

Rafael Marcus  Where stories live. Discover now