PART 52

8.5K 374 25
                                    

Sinaran matahari di luar jendela usang itu memasuki korena mata Ariya Marshanda. Perlahan-lahan Ariya Marshanda membuka mata nya.

Dia mencelik berapa kali mata nya. Benda pertama yang diperiksa nya adalah kandungan nya. Alhamdulilah, masih seperti biasa.

Tubuh badan suami nya dicari. Matanya tertatap pada satu susuk yang sangat dikenali nya.

"Awak! Ya Allah. Bangun awak!,"

Laung Ariya Marshanda yang sedang diikat diatas kerusi coklet itu. Kelihatan suaminya sedang diikat dengan tangan yang melintang.

Darah merah penuh dibaju kemeja putih suaminya. Pasti lelaki iti sudah dikerjakan oleh penculik yang mencuri mereka.

"Ya Allah macam mana nie. Tolong! Ada sesiapa tak kat luar! Tolong! Awak bangun lah!,"

Laung gadis itu dengan kuat. Pintu bilik itu terus dibuka oleh seseorang dengan kasar.

"Bising lah kau nie perempuan! Baik kau diam sebelum aku bunuh laki kau yang tak guna nie!,"

Ujar seorang lelaki berbadan tegap itu. Takut mula menguasai dirinya. Wajah suami nya yang sedikit membengkak itu ditatap nya dengan sayu hati.

Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki yang berpakain serba hitam menghampiri suami nya.
Terus rambut Rafael Marcus diterkam dengan kasar sebelum wajah lelaki itu disimbah nya air sejuk.

Terbatuk batuk Rafael Marcus apabila air memasuk rongga hidung. Ariya Marshanda menumpahkan air mata nya

Tidak direlakan suaminya dilakukan sebegitu dihadapan matanya.

"Bangun pun kau eh. Lemah! Baru pukul sedikit dah pengsan!,"

Ujar lelaki itu dengan wajah begis nya. Rafael Marcus membuka matanya perlahan-lahan.

"Kau siapa haah!,"

"Aku? Takkan tak kenal kot. Pillie, musuh lama kau. Wow, sekarang dah ada bini. Tak sangka lah. Iblis macam kau layak ke bergelar suami haah!,"

Satu tumbukan hinggap dipipi kiri Rafael Marcus. Terjerit kecil Ariya Marshanda apabila melihat agenda tersebut.

Lelaki bernama Pillie itu menghampiri Ariya Marshanda. Senyuman miang mula terukir di wajah lelaki itu.

"Jangan kau berani datang dekat isteri aku lah sial! Lepas argh!,"

Rafael Marcus cuba melepaskan dirinya tetapi tidak berjaya. Pillie tersenyum sinis melihat Rafael Marcus.

Kepala Ariya Marshanda yang bertudung itu diusap nya perlahan.

"Kenapa menangis nie sayang? Alolo, jangan nangis abang tak suka tau,"

"Lepaskan suami saya lah! Awak nak apa,"

Nyaring suara nya memenuhi ruang. Rafael Marcus cuba merungkai kan ikatan ditangan nya. Perlahan lahan ikatan itu kendur.

Perlahan lahan Rafael Marcus melonggarkan ikatan tersebut.

"Kau jangan sentuh bini aku lah sial! Kalau berani sini lah!,"

Pillie memusingkan kepalanya menghadap Rafael Marcus. Senyuman sinis terukir di wajah kacak lelaki itu.

"Kau mampu ke lawan aku?,"

"Setakat kau bawah kaki aku lah syaitan! Sini lah kalau berani, kau ingat aku takut ke dengan kau? Jangan nak jadi pengecut lah! Tak main lah dengan perempuan. Kalau berani laki lawan laki lah!,"

Laung Rafael Marcus dengan nyaring. Kemarahan Pillie melonjak naik apabila Rafael Marcus mempersendakan nya.

Lantas kaki Pillie menghampiri nya. Tangan nya sudah mengepal penumbuk. Belum sempat buku lima nya menghampiri muka Rafael Marcus, terus Rafael terus membuka langkah.

Rafael Marcus  Where stories live. Discover now