PART 40

16.3K 570 39
                                    

Wildya Elsya bersiap sedia dengan pakaian paras paha nya. Tubuh kurus nya diperhatinya didalam cermin. Bentuk tubuh badannya itu sungguh cantik, langsing.

Rambut nya diikat tinggi, bibir dicalit sedikit bincu berwarna merah. Setelah berpuas hati dengan penampilan nya, dia segera mengambil kasut tumit tinggi nya dan dipakaikan ke kaki.

Rancangan pertama dia dan Zouni yang telah dirancang mereka semalam bermain-main dikepala otak nya. Tidak sabar melihat permainan yang bakal berlaku.

Kaki pantas memasuki kereta, minyak ditekan. Perjalanan nya tidak sunyi, didalam kepalanya bermacam macam sudah idea baharu.

"You tunggu je Pael, you akan tahu siapa I,"

Senyuman sinis terukir. Memang tepat keputusannya mengikut rancangan Zouni.

Kereta nya berhenti dihadapan bangunan Syarikat Marcus's Holding. Wajah ditilik sedikit dihadapan cermin. Kaki melangkah menuju ke bilik CEO iaitu bilik Rafael Marcus.

"Where Rafael? I nak jumpa dia," Ujar Wildya Elsya dengan angkuh dihadapan personal assistant Rafael Marcus.

"I'm sorry miss, you are not allowed to enter Mr.Rafael room unless you have an appoiment. It's a new rules,"

Tanpa mengeluarkan perkataan, dia lantas memasuki pintu pejabat Rafael Marcus. Kelihatan Rafael sedang menaip sesuatu diatas laptot nya terus terganggu

"I'm sorry Master. I can't ----,"

"It's okey Pilly, you can go out,"

Pembantunya yang bernama Pilly lantas menunduk hormat dan keluar dari bilik tersebut. Wajah Wildya Elsya diperhatinya.

"Kau nak apa lagi Wil. Aku dah cakap jangan masuk pejabat aku masa aku kerja,"

"I'm sorry, I nak ajak you pergi majlis party. Please, sekali nie je. I nak bertunang dah. I harap you pergi ye,"

Dengan rayuan dia memujuk Rafael Marcus . Diperhati nya lama muka Rafael Marcus. Tangan lelaki itu digengam nya .

"Please," Rayu Wildya Elsya

"Hmm tengok lah malam nanti. Kalau aku free aku pergi,"

Senyuman yang gembira diberikan kepada Rafael Marcus. Sebalik senyuman gembira itu dia tersenyum sinis, rancangan pertama nya sudah berjaya.

-------------

Rafael Marcus keluar dari kereta nya dan menuju ke arah kondo milik Wildya Elsya. Kelihatan ramai berpusu-pusu masuk ke dalam kediaman Wildya Elsya.

Rafael Marcus cuba mencari susuk tubuh milik Wildya Elsya. Matanya terhenti di hujung sudut dan melihat Wildya Elsya sedang elok berbual dengan kawan-kawannya.

Wildya Elsya perasan akan mata yang memerhati nya, lantas dia tersenyum riang menghampiri Rafael Marcus bersama lelaki disebelahnya.

"Oh my god, I ingat you tak dapat datang tadi,"

Rafael Marcus hanya tersenyum. Matanya beralih kepada lelaki disebelahnya.

"Oh lupa, nie I nak kenalkan you dengan tunang I. Zyn perkenalkan nie Rafael, Rafael nie Zyn tunang I,"

Zyn dan Rafael Marcus bersalam tangan.

Rafael Marcus  Where stories live. Discover now