PART 18

20.8K 792 14
                                    

Terkejut mereka semua apabila melihat Liya tiada di dalam bilik tersebut. Lantas Daniel mengetuk pintu tandas yang siap sudah terkunci.

"Liya kau ada kat dalam ke?! Liya!,"

Tanpa amarah apa-apa, terus Daniel memecah pintu tandas tersebut. Ariya Marshanda dan Tasya hanya mengutuk perbuatan bodoh Liya itu.

"Ya Allah Liya!,"

Lantas sahaja Daniel mengangkat Liya ke udara apabila melihat Liya sudah berendam di dalm tab mandi. Dengan badan yang masih lagi sempurna dengan baju.

Terlihat Liya sedang tercungap-cungap. Pandangan nya pelik melihat semua orang berkumpul di dalam bilik mandi tersebut.

"Korang apahal nie?,"

Ujar Liya yang dalam blur. Nasib lah dia pakai baju hitam kalau tak mesti malu sebab kena tayang body basah depan laki.

"Kau tu yang pahal!? Kau gila nak bunuh diri! Bukan macam nie cara nak lepaskan geram perempuan!,"

Kedengaran Nada Daniel turun naik turun naik sahaja memarahi Liya. Liya hanya membuat muka tidak bersalah.

"Ala tadi saya nak berendam je, tiba-tiba pandai mengantuk tidur pulak dalam tab nie, mujur awak ada tadi. Hihihi kenapa korang nie?,"

Ujar Liya dengan nada yang sederhana. Takut dia untuk menatap mata helang milik Daniel. Rafael Marcus dan Rayyan hanya menjegul kepalanya di hadapan pintu tandas itu sahaja.

"Kau kalau nak buat keputusan fikir betul-betul jangan sampai kau hilang siapa diri kau, ingat kata-kata aku,"

Daniel terus menapak keluar dari bilik tersebut bersama dengan Rayyan dan Rafael Marcus. Liya hanya buat derk face aje ditunjuk nya.

"Weyh Liya kau nie bodoh lah, kau tahu tak kitaorang risaukan kau tadi. Kau sedap-sedap tidur dalam tab eh. Kalau kau mati lemas tadi macam mana aku nak cakap dengan mak kau nanti,"

Ujar Tasya dengan muka yang penuh kerisauan ditambahkan pulak dengan Si bodoh Liya nie.

"Ala korang nie buat-buat lupa pulak, tak ingat ke aku athlet menyelam dulu. Setakat dalam tab air nie je memang kacang lah bagi aku,"

Kata nya dengan penuh keangkuhan. Tangan siap mengatur rambut yang kusut akibat terendam lama sangat dalam air.

"Kau patut bersyukur tau! Tak pasal-pasal Daniel risaukan kau,"

Terkejut Liya. Jejaka kacak tu risaukan dia? Wow biar betul! Mustahil lah!

"Daniel? Dia?.. risaukan aku?... Jap-jap Daniel yang tinggi tu, yang kacak-kacak tu ke? Dia risaukan aku? Betul ke dia risaukan aku?! Wah! Oppa kacak tu risaukan aku lah!,"

Dengan perasaan yang teruja. Memang dia tak dapat hambarkan perasaan itu. Walupun dia tidak suka akan lelaki yang hadir dalam kehidupannya.

"Yelah, kau kenapa angau! Dah-dah. Kau pergi mandi sekali lagi, kemas-kemas. Dah macam hantu air je aku tengok kau,"

Bahas Tasya lagi dengan nada yang memerli. Ariya Marshanda hanya memerhati wajah kawannya itu. Tercalit senyuman nya. Bersyukur sangat sebab masih ada orang yang menghargainya.

"Ish! Nak mandi lah nie. Yang korang berdua masih kat sini lagi kenapa?! Nak mandi sama ke? Sini aku siramkan badan,"

"Sapa nak mandi dengan kau, dah-dah kita nak balik lagi lepasnie. Kak Emy cari dah sebab datang kafe lambat tu. Cepat sikit kau, nanti aku tinggal,"

Ujar Tasya sebelum kaki nya dan Ariya Marshanda melangkah keluar dari bilik mandi tersebut. Terdengar Liya riang menyanyi dengan riang. Langsung tidak rasa besalah atas apa yang jadi tadi.

Rafael Marcus  Onde histórias criam vida. Descubra agora