PART 11

26.4K 1K 22
                                    

"Woi bro! Mana kau nie aku lapar!,"

Bergemar sahaja suara Radifan Marcus di dalam rumah banglo milik Rafael Marcus.

"Emm abang dah balik. Ehh siapa pulak nie,"

Percakapan Ariya Marshanda terhenti apabila melihat lelaki dihadapan nya ini seiras dengan wajah suami nya, tetapi raut muka dan mata dia je lain. Suami mempunyai mata berwarna Coklat yang sangat muda. Manakala lelaki tersebut coklat terang.

Bila masa suami aku ada kembar nie?

"Ehh awak nie siapa cik adik?,"

Ujar Radifan Marcus apabila melihat wajah kecil wanita dihadapannya ini. Bini abang aku ke? Or Wanita simpanan abang aku? Kalau orang gaji, takkam secantik bidadari ini.

"Woi bini aku woi, kau buat apa kat sini,"

Tersentak Ariya Marshanda dan Radifan Marcus apabila suara garau yang datang dari pintu utama menyentak mereka berdua .
Rafael Marcus pun berjalan menuju ke arah adik dan isterinya.

"Wow, sedap hati kau ye dah ada bini. Cantik pulak tu,"

Ujar Radifan Marcus dengan nada yang dibuat-buat. Sungguh dia terpukau dengan kecantikan kakak ipar dia nie. Tanpa berbuat apa apa, Rafael Marcus terus meluku kepala adiknya itu. Cakap langsung tak bertapis.

"Kau gila ke!,"

"Kau tu yang gila! Haah kau buat apa kat sini,"

Ariya Marshanda masih terpinar melihat jejaka yang kacam dihadapan nya ini. Pening kepalanya. Setahu dia, hari tu masa kat rumah mertua nya mana ada lelaki lain selain bapa mertua nya dan suaminya ini. Otaknya ligat memikirkan apa yang sedang terlayar di fikirkan nya itu.

"Tak lah lama tak datang rumah kau. Tup-tup kau dah kahwin. Hmm rugi tol lah aku tak dapat tengok kau kahwin. Haah satu lagi, nape tiba-tibe je nak kahwin? Kemaruk sangan ke bro,"

Ujar Radifan Marcus sambil mengangkat sebelah keningnya. Dulu kemain lagi abang nya ini pernah kata dengan nya yang dia tak kan pernah buka hati kat sesiapa lagi. Tanpa dia tahu dah kahwin dah abang dia.

"Mind your own business,"

Dingin sahaja. Malas nak layan budak tak cukup bulan nie. Walaupun adik nya sudah 26 tahun, tapi adiknya itu sangat tidak matang.

"Ala kau nie, dahlah kahwin senyap-senyap, tak nak bagitahu aku. Bang... aku nak tidur rumah kau malam nie boleh tak? Sementara tunggu ulang tahun perkahwinan mama dengan papa esok. Boleh tak?,"

Kata Radifan Marcus dengan nada memujuk abangnya itu. Tahu pun nak tumpang rumah orang.

"Acah lah kau nie. Yelah tapi sehari je. Aku nak spend time dengan bini aku. Aku takut kau tu cemburu tengok aku bermesraan dengan bini aku. Yelah kau tu dah lah single, alone,"

Sempat lagi Rafael Marcus mensmirk  kepada adik nya. Sempat lagi adik nya membuat muka 'whatever'. Radifan Marcus melangkah menaiki tangga untuk pergi ke bilik lama nya. Ini lah rumah dia dan Rafael Marcus. Tapi tak tahu pulak yang abang nya sudah mendirikan rumah tangga.

"Emm awak siapa tu,"

Tanya ariya marshanda dengan muka yang penuh tanda tanya.

"Siapa, tu. Ohh tu adik kembar aku. Mesti kau tertanya tak pernah nampak kah?,"

Kata Raafael Marcus dengan matanya masih menatap seluruh muka isterinya. Rafael marcus pun menjelaskan dari A to Z. Ariya marshada hanya mengangguk faham.

"Jadi mama dan papa tahu tak?,"

Soal Ariya Marshanda. Tangan kekar milik Rafael Marcus sedang erat memeluk tubuh kecil milik Ariya Marshanda.

"Tak. Esok kan, ulang tahun perkahwinan mama papa, so dia nak buat kejutan. Aku takut lah, mama dengan papa tu terkejut sampai mati,"

Ujar nya lagi dengan ayat nya yang tidak bertapis itu. Mendoakan betul .

"Hesy, awak nie tak baik cakap macam tu tau. Jadi esok awak pergi rumah mama tak?,"

Tamparan halus hinggap di tangan kekar milik Rafael Marcus. Rafael marcus hanya membuat muka kosong sahaja. Tak sakit pun macam tamparan angin je .

"Pergi lah kita tidur sana dalam 2 malam lah . Kau okey tak?,"

Tanya Rafael Marcus lagi untuk meminta kepastian isterinya. Ya, dalam hati sudah berkata dia sudah sedia membuka hatinya untuk sang isteri nya itu.

Tapi dia EGO!

"Saya okey je lah. Lagipun ada lah teman pakai borak saya nanti. Kalau nak harapakn awak,memang tak layan lah saya walaupun seinci,"

Ujar Ariya Marshada lagi sambil membuka tombol bilik mereka. Tadi tu kat mana? Tadi tu diroang bercakap sambil berjalan. Si Rafael Marcus nak sangat masuk balik. Katanya takut adiknya itu melihat kemesraan nya, cemburu pulak budak tu nanti.

"Ooo dah pandai melawan kau eh,"

Dengan pantas Rafael Marcus merebahkan Ariya Marshanda di atas katil bersaiz King milik mereka.

"Aw--awak sa--saya datang bu--bulan,"

Dengan tergagap-gagap sahaja Ariya Marshanda menyatakan dia sedang dalam bendera jepun. Lantas dia mendakapan tangan nya menjadi penghalang di dada suaminya supaya tidam datang dekat.

"Aku gurau je lah tadi. Nanti lepas je kau kering aku tuntut boleh? Tak lama 1 minggu je pun darah kau tu,"

Terpampar senyuman gatal di bibir suaminya itu. Merembang tubuh badan milik Ariya Marshanda mendengar percakapan Rafael Marcus tadi. Sempat lagi dia mengucup bibir mungil milik isterinya itu dan berlalu ke tandas.

"Aduh selamat aku. Nasib lah aku tertiba datang bulan hari nie. Tapi aku benci sakit perut!,"

Ujar Ariya Marshanda dengan nada yang kecil selepas melihat Rafael Marcus yang sudah masuk kedalm tandas. Tangan nya juga turut berkerjasama mengurut perlahan bahagian ari-ari nya. Baju turut disingkap atas.

Rafael marcus kelihatan pelik melihat raut isterinya sedang menahan sakit. Tanpa membuang masa dia terus ke closet dan mengenakan seluar pendek sahaja. Dia memang tidak biasa tidur menggunakan baju semenjak dia bujang dahulu. Jadi terpampang lah tattoo dia.

Tentang tatoo dia? Mama dia pun dah tahu. Hancur dia dan Radifan Marcus kena marah oleh mama nya. Sampaikan 1 bulab mereka tidak bertegur. Tinggi betul ego mama ye.

"Kau kenapa?,"

Tanya Rafael Marcus yang baru sahaja mendaratkan pungunggung nya di tepi isterinya itu. Diperhati lama isterinya itu .

"Kesan sampingan period,"

Balas ariya marshanda dengan ringkas. Dia malas nak jawab banyak banyak. Nanti makin sakit.

"Ala kesian bini comel aku nie. Sakit ye, meh aku tolong urutkan,"

Kata Rafael Marcus sambil mengambil minyak yuyi cap limau di tangan isterinya. Patutlah dia hairan melihat isterinya membeli minyak angin tempoh hari. Nak kata ada anak baru je buat? Haih...

"Eh tak payah lah awak. Awak tidur je lah. Awak kan penat. Kasihan saya tengok jadi awak---,"

Ayat nya lantas sahaja dipotong oleh Rafael Marcus. Ada sahaja isterinya ini nak menjawab.

"Tak payah nak mengada. Meh sini, singkap ke atas sikit baju kau,"

Ujar Rafael Marcus lagi sambil tangan nya menuangkan sedikit minyak yuyi itu. Dia mengurut perlahan perut isterinya dan belakang badan isterinya.

Tanpa dia sedar, dia memerhati isterinya itu sudah nyenyak tidur di dalam baju masih tersingkap. Tak sejuk ke? Tak payah tanya dia tanya rafael marcus. Tak sejuk ke?

"Haih dah tidur pun. Comel lah kau nie, bulu mata panjang, mata bulut, hidung kecil, bibir kecil perfect lah."

Ujarnya lagi sambil menurunkan baju Hello Kitty milik isterinya. Isterinya banyak menyimpan baju kartun. Baju Frozon pun dia simpan. Pernah sekali Rafael Marcus ajak dia pergi ke mall untuk membeli baju sebab dia tengok isterinya banyak sangat baju budak-budak. Dah bawa pergi mall, baju budak-budak lagi dibelinya.

Rafael Marcus  Where stories live. Discover now