PART 7

28.5K 1.1K 26
                                    

Jam handphone di sebelah Ariya Marshanda mengejutkan nya menandakan waktu subuh sudah berkumandang. Sedang dia membuka mata tiba-tiba di merasakan satu lingkaran tangan besar melekat dipinggang nya.

Tanpa berbuat apa apa...

"Arg! Siapa kau,"

Teriak Ariya Marshanda. Siapa laki kat sebelah dia nie!

"Oi perempuan, kau gila ke! Aku nie pael,"

Ujar Rafael Marcus dalam keadaan yang terkejut. Haih pagi-pagi dah buat hal. Tak kan laki sendiri dah tak kenal kot. Apa punya bini lah mcm tu!

"Eh so--sorry awak. Sa--saya ingat siapa ta--tadi,"

Kata Ariya Marshanda sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal itu. Memang memalukan betul lah.

"Ish! Bising lah kau nie. Aku nak tidur pun terganggu. Yang kau bangun pagi buta nie dah apahal,"

Ujar Rafael marcus dengan suara nya yang serak basah itu sambil mata masih tertutup rapat. Sungguh romantik di pagi hari.

"Saya nak solat. Awak jum kita solat sama-sama,"

Ujar Ariya Marshanda lagi sambil membetulkan getah rambut nya yang kedur itu dengan menyimpul kan rambutnya.

"Em aku nak tidur. Kau pergi lah solat sendiri,"

Ringkas sahaja jawapan diberi nya. Ariya Marshanda tanpa berbuat apa apa hanya mengeleng kan kepala nya. Dia mengorak langkah ke bilik air untuk membersikan badan nya.

Selepas habis solat subuh. Dia pun turun ke bawah untuk menyediakan sarapan pagi untuk suaminya. Tersentak dia mendengar seseorang menyapa nya dari belakang nya.

"Kau masak apa tu?,"

Soal Rafael Marcus lagi yang hanya beseluar pendek sahaja turun ke bawah. Dengan rambut nya yang sedikit messy itu dikuak nya kebelakang.

Dah lah semalam tidur tak pakai baju. Seram dengan badan dia tambah-tambah lagi seram tengok tattoo banyak kat badan dia.

"Masak nasi goreng je. Awak nak makan?,"

Ujar Ariya Marshanda yang sedang lincah menyiapkan makanan untuk suami terkacak nya itu.

"Em boleh lah. Sedap ke kau masak tu,"

Sempat lagi Rafael Marcus memerli nya. Ini memang tak reti bersyukur eh orang dah siapakan makanan bukan nak terima kasih .

"Eh awak tu asyik nak mengata je kan. Belum rasa belum tahu. Haah nie dah basuh ke belum muka,dah gosok ke gigi?,"

Bebel Ariya Marshanda. Dahlah badan kecil nak membebel jugak.

"Dah,"

Ringkas sahaja. Dia masih dingin lagi dengan isterinya itu. Malas nak dilayan sangat isteri atas kertas nya itu.

"Okay. Nah makan nie. Awak tak kerja ke hari nie?,"

"Daddy bagi aku cuti 2 minggu je,"

Kata Rafael Marcus sambil tangan nya menyupkan nasi goreng ke mulut nya.

"Sedap tak?,"

Soal Ariya Marshanda yang dari tadi menjadi peneman sahaja. Dia tak makan pagi sebab takit sakit perut. Bukan diet ye.

"Boleh lah,"

"Boleh je? Kalau boleh je, kenapa awak asyik tambah. Sedap sangat an,"

Balas ariya marshanda lagi sambil memerhati muka suaminya. Handsome nya... kadang-kadang malu jugak dia dah lah laki dia tu tak pakai baju. Hmm tak sejuk ke?

"Aku lapar so aku makan,"

Ariya marshanda hanya mengangguk kan kepala nya sahaja. Malas dia hendak melayan suaminya itu. Tanpa membuang masa, Ariya Marshanda pun pergi ke ruang tamu untuk mengemas apa yang patut. Dia nie tak suka kalau tengok benda yang tak teratur nie. Asyik nak kemas je.

∅∅∅∅

"Finally, oh may god. I miss my second country,"

Ujar gadis tersebut yang hanya mengenakan baju paras paha sahaja. Sungguh cantik dari segi tubuh badan dia. Sangat menggoda bagi pandangan lelaki.

"You jangan nak happy sangat. Kita datang sini pun bersebab so watch out your attitude,"

Kata seorang perempuan yang bernama Wildya Elsya. Dengan muka yang cantik, tubuh badan yang ramping, aset badan yang menarik juga mampu menarik minat setiap lelaki yang memandang nya.

"Ala you nie, you tahu tak dah 3 tahun I tak balik malaysia tau,"

Kata Jessica lagi sambil membuat muka merajuk. Wildya Elsya hanya memandang sinis sahaja kawan nya itu. Muka boleh tahan tapi perangai.

"Enough, Jess. So, you want to back up my plan?,"

Ujar wildya elsya lagi sambil memeluk tubuh.

"Anything for you babe. I sentiasa support you tau,"

Balas Jessica sambil menyedut air strawberry di hadapan nya itu. Dibuat-buat seperti diva. Ada jugak orang yang melimpas mereka berdua mengingatkan mereka Mat salleh.

"Okay, first at all...,"

Mula lah perbincangan yang serius antara mereka. Ternampak satu senyuman yang sinis terlakar di bibir Wildya Elsya.

∅∅∅∅

"Aaa awak-awak boleh tak saya nak pergi kafe. Saya bosan lah,"

Pujuk Ariya Marshanda dengan nada yang comel. Kalau tak comel confirm tak boleh pergi.

"Buat apa? Baik kau teman aku je... Duduk rumah,"

Kata nya lagi sambil mata nya ligat memandang handset nya itu. Sebab tu lah Ariya Marshanda bosan nak duduk rumah. Ada laki macam tak ada laki.

"Saya dah teman awak. Tapi awak tu, teman saya ke,"

Balas Ariya Marshanda dengan sinis lagi. Secara automatic berpusing badan Rafael Marcus menghadap wajah isteri kecil nya itu.

"Kau nak aku buat apa,"

Lantas sahaja Rafael Marcus meletakan tangan nya ditepi sofa sambil meng'lock' kan pergerakan Ariya Marahanda.

Ariya Marshanda sudah meneguk air liurnya. Gila ke apa laki aku nie. Seram sejuk je aku tengok dia nie.

"Ema... Aaa... Tak ja--jadi lah. Saya nak teman awak je,"

Tergagap sahja percakapan Ariya Marshanda. Malu dia menatap lama mata coklet muda milik suaminya itu.

"Pergi jelah. Aku tak marah pun. Aku tahu kau rindu kawan-kawan kau kan,"

Ujar Rafael Marcus lagi sambil membetul kan kedudukan nya itu. Tapi mata nya masih memandng isteri kecil nya itu. Terkebil-kebil sahaja isterinya itu.

"Awak biar betul! Yeke nie?! Terima kasih awak!,"

Lantas sahaja Ariya Marshanda mencium pipi Rafael Marcus. Dengan tiba-tiba muka nya kembali merah.

"Emm... serious lah kau,"

Soal Rafael Marcus. Sungguh tak percaya, nakal juga isteri nya itu.

"So--sorry awak. Sa--saya ha--happy sangat ta--tadi,"

Tergagap sahaja suara nya. Takut suami lah tu.

Rafael Marcus  Where stories live. Discover now