PART 33

15.6K 648 14
                                    

Kelihatan seorang lelaki sedang ralit melihat gambar seorang wanita di dalam fail nya. Diperhatinya dengan lama.

Tattoo di tangan dan ditengkuk nya itu menggerunkan sesiapa sahaja melihat nya. Air arak ditangannya diteguk perlahan sambil mata menatap gambar.

"Tak sangka cantik jugak bini kau eh,"

Dia berkata sendirian. Terukir satu senyuman yang susah ditafsir dibibir lelaki tersebut.

"Habis kau nak buat apa, Zouni?,"

Zouni sudah tersenyum sinis. Inilah peluangnya untuk menjatuhkan bekas kawannya itu. Disebabkan iri hati terhadap Rafael Marcus dia rela menjadi musuh kepada kawan rapat nya itu.

"Kau tahu kan apa aku nak buat. Aku nak kau bawak anak buah kau dan awasi setiap pergerakan perempuan tu,"

Bentak nya dengan tegas. Memang tak dapat dinafikan kecantikan Ariya Marshanda. Dengan alis yang teratur. Mata hitam yang bulat, bulu mata yang lentik. Ditambahkan pula dengan badannya yang comel itu.

"Kau jangan risau. Macam lah tak kenal aku. Esok aku suruh budak aku ikut perempuan tu,"

Anggukan kecil dikepalanya. Senyuman tidak lepas dari bibir nya. Putang rokok dikeluarkannya dan dinyalakan api dihujung rokok tersebut. Ketulan asap memenuhi segenap ruang bilik tersebut.

-------------

Kebelakangan ini, Ariya Marshanda berasa berat badan sahaja. Mutah tidak ulang sahaja. Baginya mungkin perut nya masuk angin, tapi bukan suaminya. Rafael Marcus berkeras mengajak isterinya itu pergi ke hospital.

"Kau nie degil lah. Aku tak kira jom kita pergi hospital,"

Tangan isterinya diulas lembut. Ariya Marshanda mengelengkan kepala.

"Ariya tak suka nak duduk hopital,"

Rafael mengeluh sedikit. Badan isterinya diusap sedikit.

"Kalau kau macam nie, macam mana nak baik. Kita pergi cek je, tak tidur kat hopital,"

Ujar nya dengan lembut. Nanti kalau dikasar menangis pulak kang.

"Kalau diorang paksa Ariya macam mana?,"

Ujar Ariya Marshanda lagi sambil memerhati mata coklat muda suaminya itu.

"Siapa diorang nak paksa isteri abang yang comel nie,"

Kedua-dua pipi isterinya dipicit. Lepas itu dia sendiri yang ketawa terbahak-bahak selepas melihat isterinya kesakitan.

"Abang nie," Ujar nya meleret.

"Yelah-yelah sayang. Pakai tudung, aku tunggu kau kat bawah,"

Sebelum dia melangkah keluar tangan isterinya itu dicium lembut. Naik senyum Ariya Marshanda. Tak sangka mamat handsome nie jugak yang jadi suaminya.

5 minit Ariya Marshanda berkemas. Dia tiba di ruang tamu rumahnya. Rafael Marcus yang sedang raut memaikan handset nya dihampirinya.

Tangan lelaki itu disapa nya sedikit. Rafael Marcus perasan akan kehadiran isterinya itu, lantas berdiri dan merangkul leher isterinya.

Terdorong kebelakang sedikit badan Ariya Marshanda. Masam sudah muka isterinya. Dah tahu kita nie sakit. Masih juga buat perangai bodoh dia.

Rafael Marcus  Where stories live. Discover now