PART 16

21.4K 805 20
                                    

Sampai sahaja di hadapan rumah banglo milik kawannya itu, terus Tasya menekan lonceng rumah yang berada di tepi pintu.

DING DONG !

DING DONG !

DING DONG !

"Assalammualaikum...! Ariya ada rumah tak, Kami datang nak makan,"

Ujar Liya dengan volume suaranya yang lantang. Tidak lama kemudian, keluar figura kecil Ariya Marshanda yang sedang memakai baju blouse berwarna biru tua disertakan dengan tudumg bawal berwarna hitam.

"Waalaikummussalam, amboi cantik baju akak dua orang nie,"

Ujar Ariya Marshanda sambil matanya melihat segenap tubuh dua kawan nya itu. Hanya disimple tapi cukup menarik. Liya mengenakan style Ariana Grande. Maklumlah peminat tegar Ariana Grande. Dari atas sampai kebawah nak ditiru nya.

Tasya punla hanya mengenakan Baju T-Shirt hitam berserata dengan seluar getah (yang jenis jeans punya ) dan rambut ditocang nya lekat dua dari tepi. Rambut dia je pendek antara mereka bertiga yang paling panjang Liya. Hampir mencecah paha rambutnya.

"Of course ler, jarang makcik bawang tak cantik tau!,"

Ujar Liya lagi sambil memukul tangan Ariya Marshanda. Kaki mengorak langkah ke ruang tamu rumah tersebut. Semetara menunggu makana dihidangkan oleh Mak senah iaitu pembantu rumah Rafael Marcus semenjak dia bujang lagi.

Ariya Marshanda yang masak, tapi mak Senah yang hidangkan. Kesihan katanya tengok Ariya Marshanda buat kerja sorang-sorang.

"Kau je makcik bawang aku tak. Haah Ariya aku nak tanya nie, yang laki dua orang tu siapa pulak dah? Sebab yang pakai hoddie hitam tu, macam kenal je muka dia,"

Bisik Tasya kecil di telinga Ariya Marshanda, cukup hanya didengarkan oleh Ariya Marshanda dan si Liya.

"Oh, tu kawan suami aku. Macam kenal? Mana kau kenal?,"

"Yelah mana kau kenal? Kenapa tak cakap dengan aku yang kau jumpa laki kacak macam dia tu. Ada nombor dia tak?,"

Ujar Liya dalam keadaan berbisik lagi. Tak kan nak cakap terang-terang? Malu kot . Lain lah diaorang tu dekat lain, dekat depan sofa je pun.

"Ish kau nie dari dulu sampai sekarang tak habis- habis! Dulu laki Ariya kau nak cuba, sekarang? Mamat tu pulak?,"

Ujar Tasya lagi. Geram dia melihat perangai Liya.

"Ala kau nie, mana tahu melekat, kan dapat laki kacak aku. Nanti cemburu lah Jijot tengok aku dapat laki kacak dari laki dia tu,"

Ujar Liya dengan lantang sebaik sahaja menyebut nama Jijot. Sunggu dia geram apabila teringat peristiwa Jijot dan dia.

"Tak kau sorang je geram dengan si Jijot tu, dah lah rampas si Afiq dari kau! Tak kan dia tak tahu kot, yang kau dengan si Afiq tu bercinta 5 tahun kot,"

Ya meraka bertiga tidak suka dengan kawan sekampung nya dulu merangkap perampas kebahagiaan milik Liya. Gara-gara Jijot, hubungan dia dan Afiq terputus tanpa tali. Hampir 2 bulan Liya tidak keluar rumah. Sungguh hatinya sakit menerima balasan yang diberi oleh Afiq.

"Perempuan tu gila! Si Afiq tu pun satu bodoh, dia dulu bukan main lagi cakap dengan kau yang dia akan jaga hubungan korang sampai ke pelamin nanti. Tapi apa? Lepasan SPM pun dia tak sanggup tunggu kau,"

Disambung pula dengan coretan Tasya. Kalau nak diingatkan kan lagi memang broken heart habis dia masa tu. Hanya Tasya dan Ariya Marshanda je yang fahan perasaan nya.

"Dah lah, aku dah lupakkan Si anjing tu. Dia ingat dia tu handsome sangat sampai aku kemaruk sangat. Aku masa tu bodoh sangat percayakan dia bulat-bulat. Tup-tup kena batang hidung aku sendiri,"

Rafael Marcus  Where stories live. Discover now