PART 47

9.2K 417 30
                                    

"Kau?!,"

Ujar Rafael Marcus dengan nada yang terkejut. Lelaki itu. Lama dia tidak melihat.

"Awak,"

Suara Ariya Marshanda keluar dengan kecil.

"Apa hubungan kau dengan bini aku haah! Now, kau nak rosakkan hubungan aku dengan bini aku ke? Cakap lah Zouni?!,"

Ya.

Zouni.

Abang kandung nya.

"Aku? Kau siapa nak tahu? Kenapa kau tak jaga dia. Kau bodoh!,"

Tengking Zouni. Tetapi dia masih cool.
Rafael Marcus naik bengang.

"Aku suami dia! Kau tak perlu masuk campur hal rumah tangga aku lah sial! Aku bunuh kau,"

Zouni tersenyum sinis. Amaran Rafael Marcus lansung tidak mengetarkannya.

"Ingatkan dah berhenti jadi Mafia. Bini kau tahu ke kau Mafia? Bodoh,"

Ariya Marshanda terkedu. Mafia? Betulkah suami nya itu Mafia

Rafael Marcus menghampiri Zouni sebelum pipi Zouni ditumbuk nya.

"Awak!,"

Rafael Marcus terus berhenti. Zouni mengesat darah dihujung bibir nya.

"Why, sayang. Sayang tahu tak dia nie nak musnahkan hubungan kita,"

Dia mencengkam kedua-dua belah lengan Ariya Marshanda. Gadis itu hanya memerhati.

"Dia abang kandung saya,"

Dengan satu nafas sahaja dia mengeluarkan ayat itu. Rafael Marcus terkedu.

Abang? Zouni, abang Ariya?

Impossible!

Rafael Marcus memerhati wajah Zouni.

"How? Kenapa sayang tak bagitahu abang. Why , dear?,"

Raya Rafael Marcus, matanya kendur melihat gadis itu. Tetapi tiada secalit pun perasaan diwajah gadis kecil itu.

"Ariya is my biological younger sister. Kenapa kau ada masalah?,"

Ujar Zouni dengan nada yang sinis. Rafael Marcus memerhati Zouni ditepi isterinya itu.

Nak je tumbuk muka jantan tu.

"Kau diam ah setan. Kau jangan nak buat bodoh kat sini lah! Kalau dia adik kau, kenapa sampai nak hancurkan hubungan aku dengan Ariya, Haah! Abang jenis apa kau nie,"

Tengking Rafael Marcus dengan nada yang tidak puas hati. Hati nya membara melihat lelaki itu tersengih panjang.

"Kalau tak gara-gara bapak kau, aku takkan berpisah dengan adik aku lah sial! Kau tak tahu, bapak kau tu manusia bertopengkan syaitan! Huh, sama je dengan anak,"

Tersentak Rafael Marcus mendengar apa yang dikatakan lelaki itu. Begitu juga Ariya Marshanda.

Takkan lah bapa mertuanya berbuat demikian.

"Kau jangan nak buka mulut tanpa bukti lah, Sial!,"

"Aku? Buka mulut tanpa bukti? Itu kau bukan aku! Kau tahu tak, aku putuskan hubungan kita lepas aku tahu bapak kau dalang penculikan adik aku! Semuanya gara gara orang tua tu lah. Bullshit!,"

Buk!

Satu lagi tumbukan dikenakan diwajah Zouni. Zouni membuka langkah pergi ke belakang sambil menahan pipinya.

"Awak! Apa nie, dah-dah lah! Orang tengok tak malu ke?!,"

Dari tadi tidak bersuara, akhirnya Ariya Marshanda bersuara. Nafas ditarik laju. Hati berdegup kencang.

Rafael Marcus  Where stories live. Discover now