PART 39

15.4K 527 23
                                    

"Amboi, lewatnya turun pengantin baru ini." Ujar Dato' Khairi yang sudah bersiap di atas meja makan.

"Adik penatlah papa."

"Apa yang dipenatkan kamu? Kamu buat benda itu ke? Oh, papa faham."

Membulat mata Liya, lantas tangannya mengibas bukan. Danil di sebelahnya tersenyum sinis.

"Ee, mana ada. Papa ni! Liya penat sangat dahlah layan tetamu, bangun awal pula itu. Habis hancur muka Liya macam orang gila ini."

Ketawa mengisi ruang dapur itu. Ketawa Dato' Khairi diiringi ketawa Danil dengan suaranya yang garau itu.

Panas hati Liya. Sudahlah tidurnya pagi tadi diganggu oleh makhluk bernama sang suami. Habis mukanya dijalani oleh tangan Danil. Awal pagi sudah masam mencuka mukanya.

Tambahan pula dia menjadi bahan ejekan pagi ini. Makin masam muka Liya semasa makan pagi mereka.
Petang itu Liya dan Danil terpaksa berpindah ke banglo milik Danil. Katanya lebih dekat ke pejabatnya nanti. Liya tidak dapat membantah.

"Papa kita orang gerak dulu ya. Papa jaga diri, jaga kesihatan. Nanti papa sakit siapa nak jaga papa."
Air matanya yang bertakung itu turun dengan perlahan. Papanya tersenyum sahaja. Rambut anaknya diusap lembut.

"Ya sayang. Kamu itu jaga diri itu, perangai ubah, kamu itu dah ada suami. Jaga suami itu elok-elok. Insya-Allah, papa okey."

Buat kali terakhir Liya memeluk erat tubuh badan papanya. Badan itu akan dirindunya. Danil turut menyalami tangan bapa mertuanya . Mereka meninggalkan perkarangan vila milik keluarga Liya dengan tangisan Liya yang tidak berhenti.

Danil hanya membiarkan sahaja. Belum lama kemudian, tangisan Liya reda. Dengkuran halus kedengaran. Danil hanya menggelengkan kepalanya.

_____________

"KAU letak otak kau kat mana?! Berapa kali aku pesan ketatkan lagi keselamatan bilik bawahan! Jangan lepas dari pandangan! itu tugas kau untuk jaga bilik bawahan. Kau bodoh! Kau ingat kalau orang Shark terlepas aku nak rilek- rilek aje? Sial jahanam! Aku tak kisah, aku nak kau cari bangsat itu sekarang!"

Rafael Marcus naik angin apabila mendapat tahu daripada anak buahnya yang salah satu konco Shark telah terlepas dari pada bilik tahanan.

"Baik bos." Tergetar sahaja suara anak buahnya.

"Mangan cakap mulut saja! Kalau apa-apa terjadi dengan bini aku siap kau! Aku bunuh kau sial!"

Tumbukan Rafael Marcus terlekat di pipi salah seorang anak buahnya. Hatinya sungguh panas. Lantas Rayyan menahan tubuh tegap Rafael Marcus. Ada pula orang mati akibat tumbukan maut Rafael Marcus nanti.

"Pael kau tak boleh macam ini, mati pula budak itu nanti."

"Macam mana aku tak risau, kalau bangsat itu dah terlepas automatik nyawa isteri aku bahaya!"
Kemarahannya terhambur.

"Ya aku tahu. kau jangan risau aku akan detect tempat budak itu. Takkan kau lupa, setiap musuh dah diletak cip kat badan. Kau tak perlu risau, aku uruskan semua itu. Baik kau balik rumah jaga bini kau."

Redup sedikit kemerahan mata Rafael Marcus. Nafasnya dihela sedikit untuk mengurangkan rasa marahnya.

"Kau aje harapan aku."

Rayyan hanya mengangguk kepalanya. Bahu Rafael Marcus ditepuk perlahan, sebelum ekoran matanya menghantar Rafael Marcus keluar dari Markas mereka.
____________

"SO HOW, Zouni? Macam mana dengan rancangan kita? You ini slowlah."

"Kau buat ajelah kerja kau... Aku tahu apa aku nak buat, kau jangan nak masuk campur hal aku. Kau buat hal kau, aku buat hal aku."

Wildya Elsya menjeling tajam muka Zouni. Mulutnya tidak berhenti mengutuk Zouni.

"Kau ingat cantik sangat ke kau buat macam itu? Dahlah muka tak berapa nak cantik, mengada pula itu. Patutlah Rafael buang kau." Kutuk Zouni

"Mestilah cantik. Model antarabangsa macam I ini tak pernah tak cantik tau! Macam you itu? Ingat handsome sangat ke? Muka macam kaca pecah adalah."
Zouni naik bibir mendengar kutukan Wildya Elsya terhadapnya.

"Isy, you ni! I cakap dengan youkan! Tengoklah sini, tak habis-habis dengan phone itu. Ingat cantik sangat ke phone itu berbanding dengan muka I ni!"

Wildya Elsya merengus kasar apabila melihat dirinya tidak dilayan oleh Zouni. Panas sahaja hatinya, tidak pernah lagi orang melayan dirinya seperti Zouni melayannya

Zouni mendengar bebelan Wildya Elsya tadi terus menyimpan handphone di dalam poket seluar.

"Dah puas. Memang phone aku lebih cantik dari muka kau. Kau itu kalau nak harapkan make-up tebal, baik jangan. Takut nanti disamakan dengan hantu pula."
Wildya Elsya menahan geram. Lantas tangan Zouni di atas meja itu dicubitnya sedikit.

"Gila apa kau ini. Kalau nak cubit aku kuatlah sikit, ini tak... Aku rasa semut gigit lagi kuat kot."

Bebola mata milik Wildya Elsya naik ke atas. Menyampah dia mendengar bebelan Zouni.

"Apa, you nak I cubit you kuat-kuat? Tak padan dengan muka! You tahu tak, mulut you ini memang mengalahkan perempuan eh? Patutlah tak ada siapa nak? Muka aje not bad tapi perangai Terlalu bad!"
Bebel Si gadis di hadapannya itu.

"Aku memang handsome pun. Tak payah nak cakap not bad ke kacak ke, aku memang tampan dari dalam perut mak aku lagi. Aku tahu kau suka dengan akukan?" tanya Zouni mendatar menyebabkan Wildya tersedak sedikit.

"I? I nak suka dengan you? Helo! Kalau I suka dengan you kenapa dari dulu aje I tak nak usya you. Menyampahlah I tengok you ini Zouni!"

Dia mengelap sedikit sisa baki air di atas meja mereka. Mulut ada sahaja ingin mengutuk lelaki bernama Zouni.

"For your information, aku pun tak minatlah dengan kau. Dahlah baju singkat macam apa, make up tebal. Mulut mengalahkan murai. Apa kau ingat orang lelaki suka ke?
Dahlah gedik tak ingat dunia. Memang bagus Rafael tinggalkan kau."

"Melampaulah you ni! Ada aje laki suka, mata itu nak letak kat mana? Kat lutut. itulah orang cakap. You itu, I tengok tak ada pun perempuan nak. Tak laku ke? You nak I melariskan tak?"

Dia ketawa sedikit. Zouni masih cool. Baginya bertikam mulut dengan perempuan, semuanya perempuan akan memang terlebih dahulu.

"Ada aje nak. Aku ini tak nak layan spesis ulat bulu. Sama aje macam kau, spesies kau. Ulat bulu."

"Kalau kita orang ulat bulu, you guys itu, buaya darat. Perempuan keliling pinggang aje. Tak ada kerja lain. Nanti kahwin, ambil satu kahwin satu. Curang nombor satu. itulah lelaki. Lumrah hidup."

"Tak semua macam itu. Tapi kalau jodoh kau nanti, memang macam tulah. Sebab apa kau punya skandal mengalahkan apa dah," ujar Zouni dengan nada yang sederhana.

Kelihatan muka putih Wildya kemerah-merahan akibat menahan marah bukannya menahan malu!

Kurang asam!

"Ee, mata you kat mana? Or you ini buta? Kalau I skandal sini sana, I tak nak dekat Rafael. Isy, mulut itu jaga!"

"Koyaklah itu, normal perempuan, kan cepat terasa." omel Zouni di dalam hati.

Semakin jawab semakin itu perang mulut takkan habis. Sebab itu orang cakap, perempuan aje selalu menang.

Rafael Marcus  Where stories live. Discover now