BAB 3

60.9K 2.8K 881
                                    

~not-edited~

From previous ep: 

Bella. Mia bella- Beautiful. My beautiful.


BAB 3

"Sorry.. I don't know Italian. What did you say?" soalku kembali. Minta dia ulang dalam bahasa Inggeris. Walaupun seksi bila digulungkan oleh lidah lelaki di depanku itu, tapi aku dah penat dengar bahasa Itali yang aku tak faham itu.

Wajah lelaki itu bertukar selamba. Dia tegakkan tubuhnya lalu jatuhkan kedua-dua tangannya. Menambah jarak antara kami, buatkan paru-paru mampu diisi penuh oleh oksigen.

"Name. What's your name?" Suara sedap dia berbunyi lagi. Berbahasa Inggeris kini.

Oh, itukah maksudnya? Aku teragak-agak.

"Nurissa Rose. People call me Rissa." Aku perkenalkan diri memandangkan dia dah selamatkan aku.

"Rose," katanya sambil tepat memandang wajah berpeluhku.

Aku hanya diam. Tak tahu nak komen apa. Agak janggal juga. Orang pertama yang memanggilku dengan nama Rose.

"You? What's your name?" Aku juga mahu tahu pemilik nama penyelamatku itu.

Dia diam dulu. Pandang aku lagi. Ekspresi wajahnya cuma selamba tapi kenapa aku rasa sangat misteri? Intimidating. Dia bagaikan punya satu aura yang tak mampu aku ucapkan dengan kata-kata. Entahlah.

Alpha male?

"Dheo. Dheo Han."

Han? Namanya tak macam orang Itali pun? Aku sedikit pelik.

"Theo?"

"Dheo, Tesoro. Dheo with D, Denmark. D.H.E.O. Dheo." Dia eja lambat-lambat. Macam nak perli aku pun ya walaupun mukanya hanya selamba.

Tapi, nama dia unik. Tak pernah seumur hidupku mendengar namanya. Atau mungkin sebab dia Itali, jadi ada kelainannya?

"With H? Why not D.E.O?" Sibuk aku bertanya.

Dia hanya diam. Hujung bibir naik sikit. Lirikan matanya juga nampak nakal tapi pada masa yang sama membawa maksud 'Don't mess with me!'.

Okey, aku diam!

Kedengaran bunyi guruh berdentum di langit, menyelamatkan aku dari situasi ini. Lelaki itu terus mendongak ke langit. Mungkin sedar dengan keberadaan kami, wajahnya berubah dingin.

"You shouldn't be here! This place isn't for you!" Tegas suaranya. Matanya bertukar helang.

"I'm lost. I don't know my friends' whereabouts right now." Ingat aku ni seriang kanak-kanak ribena ke nak lalu tempat ni? Rasa kembali nak nangis bila ingat balik.

"Your friends from Nottingham?" soalnya lagi.

Maksudnya dia ingat aku. Aku angguk.

"You remember me?" Agak terkejut. Yalah.. kami hanya bertemu sekali. Itu pun sekejap.

"You remember me?" Dia ulang soalan yang sama kepadaku. Mengujiku. Atau lebih kepada berbangga sebab aku masih cam dia.

"Of course. You're Mr. French Kiss." Terus aku tutup mulutku bila sedar aku terlepas kata. Alamak!

Dheo ketawa pendek. Macho.

"I'm Italian. Italian kisses better. I can guarantee you that," katanya dengan senyum senget.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now