BAB 7

52.6K 2.7K 1K
                                    

~not-edited~

BAB 7

Baru seminggu kuliah bermula, aku dah rindu nak cuti. Jadual semester kali ini agak padat. Mungkin sebab hanya ada empat hari untuk memuatkan keseluruhan subjek. Dan hari Jumaat pula dah dikhaskan untuk short course.

Ketika aku mula mendaftar short course secara online, kelas hanya mempunyai empat belas orang. Rasa pelik juga tapi aku hanya persetankan semua. Mungkin aku yang mendaftar awal. Atau sebenarnya tak ramai yang minat seni. Tapi lepas aku membaca deskripsi kelas, aku baru tahu kenapa.

Sebab pihak universiti bekerjasama dengan Wimbledon Art Studio yang terletak di London. Jadi, kebanyakan kelas juga bakal diadakan di London. Nak terbuntang mataku ketika membacanya.

London? Perjalanan sahaja dah hampir tiga jam! Tak hairanlah ramai yang fikir dua tiga kali untuk memilih kelas ini. Banyak aspek yang perlu difikirkan seperti wang, masa dan tenaga. Tapi, tiada apa yang boleh aku lakukan sebab aku dah terlanjur mendaftar. Aku cuba melihat dari sisi yang lain. Mungkin peluang ini boleh digunakan untuk lebih mengenali bumi United Kingdom ini.

Dan hari ini merupakan kelas pertamaku. Berdebar juga aku. Mungkin sebab bakal bertemu dengan muka-muka yang tak pernah kulihat. Aku haraplah semuanya baik-baik belaka. Walaupun agak gabra, tapi aku tetap teruja untuk masuk ke kelas seni ini. Mungkin sebab kelas ini adalah sesuatu yang aku minat.

Kelas diadakan di Nottingham Lakeside Arts Centre yang terletak di kampus University Park. Aku tak biasa dengan kawasan kampus itu memandangkan kelasku berada di kampus Jubilee. Jarak di antara kedua-dua kampus ini dalam lebih kurang dua kilometer. Ini adalah kali kedua aku jejak kaki ke kampus University Park itu. Haraplah tak sesat nanti.

Aku pergi ke sana bersendirian. Lone ranger lagi! Berpandukan buku manual, semuanya menjadi mudah. Lagipun, aku hanya perlu menaiki bas atau naik trem dari perhentian yang berdekatan rumahku untuk ke sana. Dan kalau berada di kampus Jubilee, ada hopper bus peruma yang disediakan untuk menghubungkan kampus-kampus itu. Di sini semua senang. Servis pengangkutan awam sangatlah bagus.

Lega bila aku selamat sampai. Setelah bertanya kepada receptionist yang menjaga di situ, aku berjalan ke arah kelasku yang terletak di Arts Studio. Ketika sampai, kelihatan beberapa orang telah pun mengambil tempat masing-masing. Hanya beberapa orang. Tak pelik sebab yang mendaftar pun cuma empat belas orang.

Studio yang dicat putih itu agak luas juga. Ruang yang selesa kalau kami diberi tugasan nanti. Ada satu meja kayu dan satu projektor LCD di depan. Masih kosong. Maksudnya pensyarah masih belum sampai.

Aku mengambil tempat di bahagian paling kiri, bersebelahan dengan tingkap. Meja keempat dari depan. Meja itu masih kosong dan tak terlalu belakang. Di tepi tingkap pula tu. Memang akan jadi tempat kegemaranku nanti. Aku letakkan begku di atas meja sebelum tarik kerusi plastik itu.

Sekelilingku dipandang lagi. Kebanyakannya sedang membuat hal masing-masing. Ada yang sedang bermain dengan telefon. Ada yang sedang doodling pada kertas sementara menanti kelas bermula. Tak kurang juga ada yang ramah bertegur-sapa dengan rakan sekeliling.

Aku pula tak rasa nak buat apa-apa, hanya toleh ke luar tingkap. Dari tingkat satu ini, aku dapat melihat dengan jelas tasik besar yang menjadi sebahagian kawasan Highfields Park dan kini turut menjadi kawasan kampus ini. Itulah agaknya kenapa nama tempat ini 'Lakeside'.

"Hye." Aku mendengar ada yang menegur.

Sedikit tersentak aku yang mengelamun. Terus aku menoleh ke arah suara itu.

Ada seorang lelaki cina berkaca mata sedang tersenyum ke arahku. Duduk di depanku. Jadi, tubuhnya dipusingkan untuk menghadapku.

"Hye." Teragak-agak aku membalas. Tapi tetap senyum juga ke arahnya.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now