BAB 12

50.1K 2.4K 317
                                    

~not-edited~

BAB 12

Seawal empat pagi aku dah bangun dan bersiap. Bertukang di dapur dengan menu yang ringkas. Hanya siapkan sadwic telur untuk sarapan dan juga sedikit spageti Bolognese untuk makanan tengah hari. Aku masak lebih juga untuk Sharifah.

Sebaik sahaja masuk waktu solat subuh jam lima setengah pagi, terus aku solat dulu. Kemudian, dengan perlahan dan penuh berhati-hati segala pergerakanku, aku menapak keluar. Meskipun dengki melihat Sharifah yang berdengkur sambil air liur basi meleleh itu, aku tetap taknak kacau tidur dia.

Aku susuri tangga untuk ke tingkat bawah sebelum keluar dari pintu utama. Perlahan-lahan. Rasa macam perompak pun ada sebab taknak kacau penyewa-penyewa bilik lain. Rumah ini punya tiga bilik yang disewa oleh empat wanita termasuk aku dan Sharifah. Aku tak kenal sangat dengan mereka memandangkan mereka semua warga tempatan. Gara-gara lewat mendaftar, hanya rumah ini yang tinggal ketika disenaraikan oleh NMS. Jadi, aku tak dapat tinggal bersama pelajar Malaysia yang lain.

Tapi, undang-undang dari tuan rumah yang menyatakan 'No Boys', 'No Party' dan beberapa pantang larang lain dah cukup melegakan aku. Sekurang-kurangnya tak berlaku benda yang pelik-pelik. Lagipun, semua rakan serumahku memang baik-baik dan saling hormatkan orang lain. Alhamdulillah!

Hari ini hari Jumaat. Kelas seni bakal diadakan di London dan sebab itulah aku terpaksa bangun awal dan sediakan bekal untuk sebarang kemungkinan. Takut susah nak jumpa makanan halal di tempat yang aku tak biasa itu. Kami semua dikehendaki untuk berkumpul di depan Lakesides Arts Centre untuk menaiki bas yang bakal bertolak tepat jam enam suku pagi.

Di sini, masa itu emas. Dah tak wujud perumpamaan 'janji melayu'. Disiplin masa amatlah ditekankan di sini. Sebab itulah aku terpaksa keluar awal-awal pagi lagi. Aku tak mahu lewat dan mencatat rekod kehadiran buruk.

Kawasan kejiranan itu sunyi-sepi. Langit masih hitam walaupun disimbahi oleh beberapa lampu jalan. Satu bayang manusia pun tak kelihatan. Hanya kereta-kereta daripada pelbagai jenama yang diparkir di bahu jalan. Dan aku haraplah tiada anjing yang berkeliaran atau orang mabuk yang sesat.

Aku tarik nafas dalam-dalam sambil betulkan beg galasku. Kumpul kekuatan. Dalam hati takut juga. Maklumlah, kali pertama aku keluar rumah ketika matahari belum memunculkan diri. Walaupun aku tahu hari makin terang, aku tak tahu sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Lima minit sudah cukup untuk terjadi macam-macam.

Macam-macam aku fikir. Aku pun tak tahu bas ke kampus University Park ada pukul berapa. Tapi aku tahu bermula pukul dua belas tengah malam, bas memang jarang. Hanya sebuah bas untuk setiap jam. Itu pun kalau nasib baik ada. Sehinggalah pukul lima setengah pagi, barulah bas makin kerap.

Tanpa membuang masa, aku kuatkan hati untuk melawan rasa takut dan mula berjalan. Pedulikan kesejukan yang menggigit kulit. Walaupun dengan jaket yang tebal, masih terasa sejuknya. Sampai terketap-ketap gigiku sementara menanti suhu tubuh menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta dihon. Di persekitaran yang sunyi lagi sepi ini, bayangkanlah apa yang aku rasa? Mujur tak berpencak silat aku di laluan pejalan kaki ini. Dari hujung mata, dapatku lihat sebuah kereta sedang bergerak dengan kelajuan siput sedut berada di belakangku.

Dada mula berubah rentak. Takut. Mulalah kepala fikir yang bukan-bukan. Aku haraplah semua ini hanyalah permainan perasaanku. Mungkin itu hanya kereta anak muda yang baru balik dari berparti. Sesetengah daripada mereka memang spesis tak boleh tengok hidup orang tenang. Ada je yang nak kacau.

Jangan peduli, Rissa! Jangan peduli! Sikit je lagi nak sampai bus stop.

Aku pujuk diri sendiri sebelum lajukan langkah. Buat tak nampak dengan kereta yang masih berada beberapa meter di belakangku itu. Dia ikut aku ke?

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now