BAB 18

46.3K 2.4K 886
                                    

~not-edited~

BAB 18

Iphone yang bergetar di atas meja itu aku pandang. Terhenti seketika aku yang sedang mengulangkaji untuk subjek Introduction to Economics itu. Tertera nama Dheo pada skrin besar telefon pintarku itu.

Macam tahu-tahu je aku perlukan rehat sekarang ini. Mata dah penat dan leher pun rasa lenguh. Memang kena sangat masanya untuk aku take five dulu. Tanpa membuang masa, nota kecil dari kertas A4 dilipat dua itu diletakkan di atas meja sebelum aku gesek ikon hijau. Telefon dilekapkan ke telinga. Kenapa dia telefon? Ni mesti pasal rancangan untuk open day nanti.

"Helo," sapaku sambil mengurut-ngurut belakang leher. Untuk hilangkan rasa lenguh.

"Belakang rumah ada biawak, hai awak."

Aku tak tahu nak buat apa. Nak tarik rambut ada. Nak high five dahi ke meja pun ada. Tapi yang pasti, kalau Dheo ada di depan mata, memang aku ketuk kepala dia dulu. Sejak dia tahu pasal wujudnya pantun dalam bahasa melayu ni, bukan main teruja dia. Tak habis-habis dia berpantun dua kerat dengan aku. Macam mana dia tahu, aku pun tak tahu!

"Ada apa awak call saya?" soalku terus. Suara tahan geram. Dia berpantun lagi dengan aku, memang aku bersyair dengan dia nanti!

Kedengaran Dheo ketawa macho. Hanya beberapa saat.

"I love to annoy you, tesoro." Itu jawapannya, tanpa rasa bersalah. Dapatku bayang mimik mukanya sekarang. Pasti senyum seksi sinis dia tersungging di bibir.

Aku juling mata ke atas. Memang dah termaktub dalam kromosom seorang Dheo Han, ada genetik spesial yang memang khas untuk jadi annoying. Lagi aku tak suka, lagi dia suka buat.

"Esok petang, free tak?"

"Kenapa? Nak ajak dating ke?" sinisku tanpa menjawab soalannya. Kalau dia suka menjengkelkan aku, aku pun buat benda sama.

"Oh, tesoro! Don't get your hope high. I hate to disappoint you." Dia buat-buat sedih.

"Dahlah. Malas saya nak layan awak. Esok petang saya free. Kenapa?" Aku mengalah. Lagipun aku tahu kalau aku layan, last-last aku juga yang kalah. Sebab mamat ni memang panjang akal dia. Ada saja idea nak balas balik. Anak siapalah agaknya? Sel-sel otak laju betul berhubung. Macam internet 10G.

"Saya nak jumpa awak. Nak bincang pasal open day nanti."

Aku dah agak dah! Mesti pasal hari terbuka yang bakal berlangsung pada hari Jumaat minggu depan. Cakap pasal hari terbuka ni pun boleh bikin huru-hara sistem limbik aku. Kenapa? Sebab mamat di hujung talian ni lah!

Alkisahnya, hari terbuka memang selalu diadakan di universitiku. Hari terbuka ini adalah hari di mana semua kampus di University of Nottingham terbuka untuk umum. Boleh datang menziarah setiap fakulti, bersoal jawab dengan pensyarah dan mengakses beberapa tempat secara percuma. Kebiasaannya hari terbuka ini bertujuan untuk mempromosi universiti kepada para pelajar high school yang baru tamat belajar supaya dapat melihat bagaimana kehidupan sebenar di universiti.

Untuk pihak Lakeside Arts Centre pula, setiap bahagian harus menyediakan wakil. Wakil-wakil ini bertanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar, mendemonstrasi dan menjawab segala mak nenek soalan yang bakal dilemparkan nanti.

Dan bagi fine arts pula, Mrs. Hartson memerlukan dua orang sukarelawan dari kelas kami untuk bertugas menjaga Arts Studio pada hari terbuka itu. Dan sesiapa yang terlibat memang akan dapat markah lebih nanti. Orang pertama yang paling pantas angkat tangan adalah Dheo. Mula-mula rasa kagum dan bangga dengan semangat dan keberaniannya.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now