BAB 19

45.6K 2.4K 657
                                    

~not-edited~

BAB 19

Dada berdebar laju. Tak sanggup aku nak pusing kepala untuk melihatnya. Sebab aku tahu yang terlintas dalam kepalaku pasti wajahnya pada malam lebih kurang tiga minggu yang lepas dulu. Ya.. hampir sebulan. Aku pun tak sangka aku boleh mengelak selama ini.

Tapi, kenapa dia ada kat sini lagi? Bukan ke dia dah pergi ke Hatfield?

Dheo turut mati senyum. Wajahnya nampak blur pada awalnya. Tapi bila dia pusing kepala dan melihat wajah merah Shahril dan aku pula macam lepas si tanggang kena sumpah jadi batu, aku rasa Dheo terlebih cerdik untuk menghubungkan semuanya. Pasti dia tahu siapa gerangan lelaki yang baru muncul itu.

Apatah lagi bila melihat mata Dheo tiba-tiba berubah dingin. Aku geleng kepala ke arahnya bila nampak dia laju nak berdiri. Merayu supaya dia tak buat kerja gila. Dia hanya pandang aku lama-lama. Muka ketat mungkin sebab tak puas hati. Tapi aku lega bila dia masih diam di tempat duduknya. Takut aku kalau dia bangun. Tak pasal-pasal hilang gigi si Shahril itu.

"Yes? Who are you, dude?" Yang menjawab dah tentulah Dheo. Buat-buat tanya. Tapi secara teknikalnya memang dia tak kenal Shahril. Aku masih kejung di tempat dudukku.

Aku rasa Shahril dah berdiri di sebelah meja aku dan Dheo. Tapi aku masih enggan untuk memandangnya. Jantung macam nak tercabut. Dan aku pula berdoa banyak-banyak supaya lebih bertenang.

"Me? I should ask you instead. Who are you? And what are you doing with my girlfriend?" Keras suara Shahril.

Meskipun aku tak pandang dia, tapi aku dapat rasa macam nak kasi tembus kepalaku ditenungnya. Dia marah. Walaupun aku tak tahu kenapa dia harus marah. Mengenangkannya, naik pulak darah aku ni! Siapa yang patut marah siapa sekarang ni?

Dheo pula terangkat sebelah keningnya ketika memandangku. Pasti tertanya-tanya kenapa Shahril masih menganggapku sebagai girlfriend dia. Dan aku tahu Dheo tahu. Dia tahu yang aku masih belum bersemuka dengan Shahril sejak kejadian itu. Dia tahu yang Shahril masih belum tahu yang aku dah saksikan kecurangannya dulu.

Tiba-tiba Dheo senyum sinis dan misteri. Nampak menakutkan. Aku tak tahu apa yang sedang bermain dalam kepalanya itu. Dadaku pula berdebar-debar entah kenapa. Patut ke aku risau?

"Your girlfriend? Nah.. I don't think so. She told me she's single before we start dating." Dheo menjawab.

Aku hampir ternganga. What the...

Ooh, mungkin Dheo hanya berlakon untuk mengajar Shahril! Walaupun aku tak tahu apa yang sedang bermain dalam kepala genius lelaki itu.

"Rissa? Apa semua ni?" Jelas kedengaran rapuh dalam suaranya. Penuh kekecewaan. Seolah-olah rasa dikhianati.

Rasa dikhianati kaki dia!

Aku tarik nafas dalam-dalam untuk kumpul kekuatan. Kemudian panggung kepala untuk melihat Shahril. Kami bertentang mata. Hampir sebulan kami tak berjumpa, dia masih sama macam dulu. Cuma wajahnya nampak sedikit penat.

Tapi aku tak menjawab. Tayang muka tak bersalah sambil pandang dia. Lantaklah dia nak fikir apa pun. Tika ini hati dah berjaya ditawan syaitan. Sedikit rasa mahu membalas dendam kepadanya. Terngiang-ngiang idea gila Sharifah dulu.

Hold your chin high, baby and go straight to him and dump him.

Heret Dheo dan putuskan hubungan dengan Shahril. Walaupun aku tak berniat untuk gunakan Dheo dulu, tapi sekarang... kenapa tidak? Peluang dah di depan mata.

Play along then..

"If you still don't get it, here I tell you. You're now her ex. You know.. before Y there's X, they sound the same. According to Oxford Dictionary, ex means a former husband, wife or other partner in relationship. You understand me, dude?" Dheo saja nak naikkan skala kemarahan Shahril.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin