BAB 5

60K 2.6K 557
                                    

~not-edited~

Prev:

Mi uccidera- He's going to kill me.

Vattene adesso- Get out now.


BAB 5

Seawal pagi lagi pintu bilikku dah diketuk. Sebaik sahaja aku membukanya, muncul seorang gadis beruniform orang gaji. Tapi kali ini orangnya berbeza dengan perempuan semalam. Dia muncul bersama pakaianku yang siap dibasuh dan digosok. Aku hanya mengucapkan terima kasih kepadanya.

Berada di bilik tetamu itu mengalahkan tinggal di hotel lima bintang. Sangat luas dan selesa. Tapi aku tetap tak dapat tidur yang lena. Kejap-kejap aku terjaga meskipun badanku penat. Mungkin tempat baru. Mungkin juga sebab aku masih berjaga-jaga. Tak boleh nak salahkan aku kalau menginap di rumah lelaki yang baru aku kenal. Orang asing pula tu. Apa orang cakap? Rambut sama hitam. Dan aku cuma mampu harap hati tak hitam sama.

Sekali lagi kedengaran pintu bilik diketuk. Kali ini aku dah bersiap sepenuhnya. Tiada apa-apa kelainan pun padaku. Pakaian pun sarung semalam punya. Hanya dilapisi oleh hoodie Dheo memandangkan pagi ini masih sejuk. Muka pula aku biarkan tanpa mekap.

Aku berlalu ke arah pintu untuk membukanya. Mula-mula aku ingat Dheo. Tapi rupa-rupanya Lucca. Aku hela nafas lega. Senang hati bila nampak Lucca. Tapi pada masa yang sama, secebis hatiku agak kecewa sebab bukan wajah kacak Dheo yang aku dapat lihat sebaik sahaja aku buka pintu tadi.

Tapi aku tetap senyum ramah kepada Lucca. Lelaki itu sedang berdiri di depan bilikku. Berbeza denganku, wajahnya kelihatan segar. Tapi plaster semalam masih tertampal di tempat lukanya.

"Buongiorno. Good morning, signorina," sapa Lucca.

"Good morning too, Lucca." Aku senyum sebaris.

"How's your sleep?" soalnya lagi.

"Good." Hanya itu jawapanku walaupun aku tahu dia tak percaya. Aku tahu sebab wajahku kelihatan masih penat. Entah-entah sewa mata panda. Apatah lagi tanpa secalit lip balm, wajahku kelihatan sedikit pucat. Mesti aku sekarang ni lawa sikit je dari pontianak.

Tapi Lucca cuma terima jawapanku itu.

"Signor asked me to escort you down. He's waiting in the dining room," lapor Lucca lagi.

Aku angguk. Haruslah hantar Lucca. Kalau tak, sah-sah Dheo kena kerahkan pasukan penyelamat untuk mencari aku yang sesat di dalam rumahnya. Hiperbola tapi memang itulah kenyataannya.

Aku hanya mengikut Lucca untuk ke ruang makan. Kali ini untuk bersarapan. Ketika aku tiba, Dheo dah ada. Sedang duduk di tempatnya semalam. Sekilas dia memandangku bila aku tiba. Dan Lucca pula bagaikan tahu-tahu arahan Dheo, terus menghilang tanpa disuruh. Tinggal aku berkrik-krik dengan Dheo.

Hari ini Dheo tampil kacak dengan baju t-shirt putih dan seluar jeans biru gelapnya. Santai. Rambut hitamnya kelihatan basah, menunjukkan dia pun baru lepas mandi. Wajahnya terlindung dari sebarang emosi ketika dia menilikku dari atas sampai bawah.

"Morning, Tesoro. Have a seat." Terselit arahan dalam pelawaannya.

Banyak kali aku mendengar perkataan Tesoro itu. Apakah maksudnya agaknya?

Aku terus patuh. Tarik kerusi dan duduk. Sama macam semalam, hanya kami berdua di meja makan itu. Orang gajinya hanya muncul untuk menghidangkan makanan kepada kami. Buatku tertanya-tanya. Di rumah bagaikan istana dia ni, hanya dia seorangkah yang tinggal? Mana ahli keluarga yang lain?

Tapi tak pula aku sibuk bertanya. Aku masih sedar kedudukanku. Kami bukanlah geng kamceng dari zaman tadika untuk bertukar cerita. Dia hanya tumpangkan aku. Dan lepas ni, mungkin kami takkan bertemu lagi. Jumpa di tengah jalan pun entah-entah dia buat tak kenal aku.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now