BAB 13

50.2K 2.4K 636
                                    

A/N: awal sikit entry ni sebab next entry akan lamba. Sorry fellas 😆
—-
~not-edited~

BAB 13

Kami kembali meneruskan misi kami untuk melihat lukisan-lukisan itu. Dari satu bilik ke satu bilik pameran kami masuk. Dheo masih ada bersamaku, berjalan bersebelahan denganku. Tak pula aku halau dia. Sekurang-kurangnya ada juga teman berborak memandangkan kawan-kawan yang lain aku dah tak tahu ke mana.

Dheo ini pun kebetulan bertemu gara-gara kejadian tadi. Aku pun tak tahu dari celah mana dia muncul. Macam biasa. Kami tak banyak bercakap pun hari ini. Lepas keluar dari kereta dia pagi tadi, kami ikut haluan masing-masing. Di dalam bas tadi pun dia asyik membuta.

Gelagat pengunjung-pengunjung di situ diperhatikan. Kebanyakan mereka sedang memegang kamera atau telefon pintar untuk mengambil gambar atau merakam video. Memang galeri ini membenarkannya. Tak seperti sesetengah galeri yang peraturannya ketat.

"Awak dah jumpa lukisan untuk presentation nanti?" Kepalaku didongakkan ke sebelah untuk memandang Dheo.

Gaya dia relaks sungguh. Macam keluar berjalan-jalan. Macam tak mahu ambil pusing langsung.

"Mestilah dah."

"Wah, awak dah tengok semua lukisan kat sini? Cepatnya!" pujiku kagum. Kalau Dheo dah ada lukisan pilihannya, pasti dia dah tengok semua.

"Ini bukan kali pertama saya ke sini. Jadi saya dah tahu lukisan mana yang saya harus pilih," jawabnya mudah.

"Awak dah pernah datang sini?" Aku bertanyanya.

"Yup. Tugasan tahun lepas pun sama." Penuh kebosanan mukanya sewaktu bercerita.

Terus aku ingat balik apa yang pernah diceritakan Shahril dulu. Ini bukan kali pertama Dheo masuk ke kelas ini. Subjek ini dia pernah gagal.

"Tahun lepas? Awak pernah ambil kelas ni ke?" soalku lagi.

Dheo angguk.

"Then, why are you here again?"

"I failed," jawabnya bersahaja.

Aku hanya memandangnya. Kemudian senyum.

"It's okay. Second chance exists. When something happened, there must be silver linings. Mungkin kali ini awak akan berjaya." Aku bagi kata-kata semangat kepadanya.

Terbias sesuatu pada anak mata hitamnya itu. Bagaikan tak percaya dengan kata-kataku. Kenapa? Aku ada tersalah cakap ke? Atau dia rasa kata-kataku itu hanya manis di bibir sahaja? Tapi, aku memang ikhlas.

"Awak pula macam mana?" Dheo tanya aku.

"Saya macam mana apa?" Aku tak mengerti maksudnya.

"Dah jumpa lukisan?"

Aku geleng. Buat masa sekarang tiada lagi yang berkenan di hatiku.

Ketika itu kaki kami berhenti di hadapan lukisan terkenal dari Vincent Van Gogh. Sunflowers. Lukisan serba kuning itu menarik minatku. Hanya bertemakan bunga matahari, tapi kenapa aku tertarik? Mungkin sebab acuan warnanya. Sebab itu agaknya lukisan ini terkenal. Lagipun, lukisan ini lebih elok berbanding ratusan lukisan yang aku dah lihat tadi.

"Suka lukisan ni?" Orang sebelahku berbunyi. Mungkin perasan mataku tertancap hampir seminit pada lukisan itu.

Tanpa ragu aku angguk.

"Awak rasa lukisan ni dah ada orang pilih?" soalku sambil memandang Dheo. Dia juga sedang menilik lukisan itu. Wajahnya ditolehkan ke arahku selepas soalan itu keluar dari bibirku.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now