BAB 8

50.6K 2.6K 540
                                    

~not-edited~

BAB 8

"Tesoro!"

Mujur tak masuk lubang hidung air cappuccino yang dibawa ke mulut itu. Tak jadi aku nak minum. Cawan putih itu kembali diletakkan di atas piringnya. Tenung lelaki itu dengan mulut sedikit ternganga.

Dheo Han.

Macam mana dia boleh ada kat sini?

Dheo dengan tak bersalahnya menarik kerusi yang bertentangan denganku itu. Sengih bila tajam mataku merenungnya.

Lelaki itu hanya berbaju kemeja biru muda yang dilapik oleh satu knit sweater berwarna kelabu gelap dan dipadankan dengan seluar jeans hitam. Sepasang ankle boots berwarna coklat tersarung di kakinya. Rambutnya nampak kusut-masai, bagaikan jemarinya dah lalu situ untuk beberapa kali. Tapi tetap buatkan dia kelihatan seksi. Tak peliklah bila tiba-tiba aku rasa meja ini menjadi tumpuan semua.

Tengok sajalah sekarang ini. Tak sampai lima saat dia duduk, dah berdesup datang pelayan perempuan yang mahu mengambil oder. Meliuk-lintuk tubuh ketika menulis pesanan Dheo bagaikan aku ni tak wujud. Dheo pun bukan main melayan. Siap kenyit mata dan hadiahkan senyum seksinya ketika memberitahu odernya. Dengan rasa tak bersalahnya walaupun dia dah menceroboh privasiku.

Geleng kepala aku melihat sisi Dheo yang yang berbeza ketika di Sicily dulu.

"Why are you here? Are you stalking me?" tuduhku selepas pelayan perempuan itu berlalu.

Dahlah sejak akhir-akhir ni aku rasa bagaikan diekori orang. Namun, selalu aku tepis perasaan itu. Sebab kalau ikutkan logik, siapa yang nak ekori aku? Aku bukannya Kate Middleton yang tengah seronok honeymoon dengan Putera William tu. Tapi, kita tak tahu apa-apa kemungkinan, kan? Jadi, aku hanya mampu berdoa semoga aku dilindungi Allah.

"What? Of course no. I saw you from the outside," jelasnya.

Spontan kepala ditolehkan ke arah luar. Sememangnya tiap kali aku ke kafe ini, meja inilah yang selalu aku pilih. Bersebelahan dengan dinding separa lutsinar. Bosan-bosan, boleh tengok apa yang jadi di luar.

Kereta lalu-lalang. Pasangan kekasih yang sedang beromantika di amor. Famili yang sedang berjalan-jalan. Kadang-kadang ada juga juruual-jurujual yang sedang gigih mencuri perhatian pelanggan. Gelagat mereka kadang-kadang boleh hilangkan stres aku.

"Then, why are you here?" soalku lagi. Pandangan dialihkan kembali pada wajah kacaknya itu.

Masih tak faham. Dan juga curiga. Kali terakhir pertemuan kami dulu, kepalanya bercium dengan buku tebalku. Buatnya dia kembali dengan misi membalas dendam, tak ke haru? Manalah tahu, dia ingat aku tak kenang diuntung lepas apa yang dilakukannya di Sicily dulu. Aku diumpamakan bagai kacang lupakan kulitnya yang sexy mexy itu.

"And how if I'm waiting for someone?" Tangan disilang ke dada ketika bertanya. Pandang dia dengan mata yang dikecilkan.

"They can join us," jawabnya selamba sambil mengangkat sebelah bahu.

Ewah.. mudah betul jawapan dia! Macam bukan dia pula yang tetamu tak diundang itu.

"Well.. are you?" tanyanya balik.

"What?"

"Waiting for someone?" Dia tunggu jawapan aku.

"No."

"Good." Dia senyum senget.

Aku julingkan mata ke atas. Kena pula masa dia datang ni memang aku tak punya janji dengan siapa-siapa.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now