BAB 11

49.8K 2.3K 635
                                    

~not edited~

BAB 11

Persekitaran taman rekreasi itu dipandang. Kelihatan hampir kesemua daun pokok kini bertukar keemasan. Dan bila angin bertiup kuat, ada saja yang berterbangan jatuh ke bumi. Entah kenapa, aku rasa sangat cantik. Dalam hatiku memuji kebesaran Allah. Bagaimana dedaun yang dulunya semua menghijau kini perlahan-lahan bertukar layu gara-gara perubahan musim.

Aku duduk di atas sebuah bangku kayu yang terletak di laluan yang dipenuhi pokok-pokok itu. Taman itu meriah dengan suara dan jeritan dari pelbagai pihak. Ada kanak-kanak sedang berkejaran-kejaran. Ada juga yang sedang membawa anjing berjalan. Wajah masing-masing penuh kegembiraan.

Jam di tangan dikerling. Geleng kepala beberapa kali sebelum tangan kembali menggenggam pensil. Kembali fokus dengan setelah berehat sekejap tadi. Perlahan-lahan tangan dilayangkan di atas kertas lukisan bersaiz A3 itu. Sejukkan hati untuk menunggu Shahril yang tak kunjung tiba.

Nasib baik boleh melukis. Tapi bila tengok lukisan aku ni, jadi sakit hati balik. Sebab apa? Sebab makin sempurna lukisan aku, maksudnya makin lama masa aku menunggu. Dan kalau Shahril tak muncul-muncul juga lepas aku siapkan lukisan ni, memang dia kena berdoa banyak-banyaklah! Memang aku merajuk sebulan.

Sedang aku khusyuk melukis, tiba-tiba muncul satu tangan yang sedang memegang bunga di depan mukaku. Tergamam aku seketika. Namun, bila melihat jam yang sangat familiar pada pergelangan tangan itu, aku tarik nafas lega.

Terus aku dongak kepala untuk melihat tuan tangan itu. Dia kini beralih untuk duduk di sebelahku. Bila aku pusingkan kepala ke arahnya, dia sedang tersengih-sengih menampakkan giginya yang cantik berbaris itu.

Shahril hari ini tampil segak dengan baju turtle neck berwarna army green dan jaket kulit berwarna coklat gelap yang dipadankan bersama seluar jeans biru.

"Sorry, sayang. Saya lambat sebab ada discussion tadi. Lepas habis tadi, saya terus ke sini." Shahril beralasan.

Kemudian bunga di tangan kembali disua ke arahku.

"Untuk kesayangan saya. Ambillah," kata Shahril lagi.

Aku pandang bunga itu lagi. Ada tiga kuntum bunga daisi berwarna merah yang digubah cantik. Teragak-agak aku mengambilnya. Lembut jariku menguis kelopak bunga itu. Mana dia dapat bunga di tengah-tengah musim luruh ni?

"Kenapa tiba-tiba bagi bunga?" Berkerut sedikit dahiku ketika bertanya. Kepala cuba mengingat. Hari ini ada sempena apa-apakah? Hari jadi aku dah lepas. Hari ulang tahun perkenalan kami juga dah lepas.

"Laa.. nak bagi bunga untuk orang yang saya sayang, tak boleh ke?" Dia tanya aku balik.

Shahril hulurkan pula satu cawan kertas yang berlambangkan kafe kegemaranku itu kepadaku. Dia beli dua. Satu untuk aku, satu untuknya. Memang sedap kalau pekena tengah-tengah sejuk ni. Shahril ni tahu-tahu aje macam mana nak sejukkan hati aku ni.

"Bukan tak boleh. Tapi, pelik," jawabku seraya menyambut hulurannya. Sedut baunya.

Hmm.. cappuccino!

"Biasanya kalau lelaki tiba-tiba bagi sesuatu mesti dia ada buat salah. To compensate his wrongdoings. Awak ada buat hal belakang saya ke?" tembakku. Saja nak test teori yang selalu aku dengar itu.

Kena pula Shahril tengah teguk kopinya. Terus tersedak dia. Terbatuk-batuk sampai merah mukanya. Risau juga aku. Sempat aku membebel supaya berhati-hati bila minum sambil hulurkan tisu kepadanya.

"Well.. technically you're not wrong. Saya mengaku. Saya bagi bunga sebab saya rasa bersalah. Saya selalu buat awak tertunggu-tunggu. Tak salah rasanya saya rasuah pakai bunga dan cappuccino kegemaran awak tu. Sesekali apa salahnya saya nak romantik dengan awak, kan?" hujah Shahril. Kemudian sengih lagi.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now