BAB 16

46.9K 2.5K 570
                                    

~not-edited~

BAB 16

Sayup-sayup aku dengar ada suara menggumam, buatkan lenaku mula terganggu. Tak jelas. Aku pula bagaikan berada dalam dunia sendiri. Masih enggan buka mata. Rasa sangat penat. Berat. Kepala pun rasa berkabus, membuai-buai agar aku kembali lelap.

"No!!" Pekikan kuat itu automatik bikin mataku terbuntang. Terus sembilan puluh darjah dudukku. Terkejut! Hilang terus segala rasa mengantukku.

Lantas aku pandang ke sebelah. Punca suara kuat itu. Dalam kegelapan, aku melihat Sharifah yang sedang terbaring itu sedang meronta-ronta. Terus aku cari suis lampu meja di sebelahku. Bilik yang gelap itu sedikit terang.

"Sharifah. Sharifah," panggilku. Bersama itu, aku menggoncang bahunya. Cuba kejut dia.

"Bangun, Sharifah. It's just a nightmare!" Aku kuatkan suara dan kuatkan goncanganku. Sharifah masih membebel-bebel sambil merayu. Aku rasa apa yang jadi semalam menghantui tidurnya. Dia trauma.

Tiba-tiba rayuan bertukar pekikan. Dan rontaannya juga menjadi agresif. Bagaikan tak mahu keluar dari mimpi ngeri itu, dia menepis segala pergerakanku. Tiba-tiba terasa penumbuknya singgah ke wajahku. Terus terjelopok aku jatuh. Biul rasa kepala gara-gara penangan tanpa sedar Sharifah itu. Sangat kuat! Tapi itu semua tak penting. Sebab sekarang ni aku mula rasa cemas dengan reaksi Sharifah yang bagaikan dirasuk itu.

Aku tak tahu apa yang harus dilakukan sekarang ini. Nak dekat pun rasa takut. Serik kena penumbuk. Lagipun, aku tak rasa aku mampu mengekangnya dengan tenaga wanitaku. Apa aku nak buat ni? Lantas wajah kacak Dheo terlintas dalam kepala. Terus aku mencari telefon untuk menelefon lelaki itu.

Tolonglah dengar! Tolonglah jawab! Aku berdoa dalam hati. Berharap supaya Dheo tak tidur mati. Dan bagaikan Allah mendengar doaku, hanya tiga kali deringan, kedengaran suara serak Dheo bekata 'Hello'. Jelas petanda aku dah ganggu tidurnya.

"Ya, Tesoro! Ada apa?" soalnya.

"Dheo, saya takut!" aduku.

"Kenapa? Apa jadi?" Cepat Dheo bertanya. Alert. Aku dah dapat bayangkan kalau dia di depan mataku. Mesti muka mengantuknya tadi terus bertukar serius.

Aku pandang Sharifah yang masih belum sedar itu.

"Sharifah jerit-jerit dalam tidur. Dah puas saya kejutkan dia, tapi dia tak bangun!"

Tiba-tiba Sharifah menjerit kuat. Aku pasti Dheo juga turut mendengarnya.

"I'm coming!" Dan setelah itu, talian putus.

Aku pula turut mencampak kembali telefon ke atas meja di tepi katil itu. Getah rambut yang berada di situ aku capai untuk mengikat rambut panjangku itu. Kemudian buka lampu bilik sebelum mencari tudung untuk menutup kepalaku. Sangat pantas pergerakanku. Lantaklah lilit tudung ala-ala mak cik Joyah sekali pun. Kalau muka ada air liur basi pun aku dah tak peduli sekarang ni. Laju kaki berlari ke arah pintu utama rumah.

Sebaik sahaja pintu dibuka, ternyata Dheo dah berdiri di luar. Dheo hanya berseluar sweatspants kelabu tanpa baju, mendedahkan abs berketul-ketul dan dada bidangnya itu. Berkaki ayam. Rambut hitam pekatnya pula menghala ke pelbagai arah. Jelas menunjukkan dia baru turun dari katil.

Takde masa nak kagum dengan susuk seksi Dheo itu, aku akhirnya buka laluan untuk dia masuk. Tanpa membuang masa, kami terus mencari Sharifah. Sharifah masih sama seperti tadi. Masih meronta-ronta. Kadang-kadang merayu. Kadang-kadang menjerit.

Dheo cuba kejutkan Sharifah. Seperti tadi, Sharifah cuba menepis. Dan bila ayunan tangan Sharifah hampir kena wajah Dheo, Dheo lebih tangkas mengelak. Rontaan Sharifah cuba dimatikan. Badan Sharifah digoncang kuat seraya menyeru Sharifah supaya bangun. Sangat kuat!

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now