15

7.9K 174 18
                                    

Setitis demi setitis air mata Heidi jatuh.

"sanggup Abang tipu naura"

Dibelek Lagi chat Tengku Izzham dengan Grace. Dengan wallpaper gambar grace yang hanya mengenakan baju tiada lengan dan seluar pendek separas peha. Cukup seksi.

"Jadi selama ni dia kahwin dengan aku sebab dia nak sorok hubungan dia dengan betina no rupanya! "

Heidi menarik nafas sedalam yang boleh.

"sayang, Abang dah balik"

Tengku Izzham lihat isterinya duduk di sofa

"sayang buat apa tu? "

Heidi tidak membalas.

"sayang"

Tengku Izzham mengambil tempat di sebelah isterinya. Bahu Heidi dipeluk.

Heidi menepis pelukan suaminya.

"explain this" Heidi menunjukkan telefon pintar lama suaminya.

Tengku Izzham Terkejut melihat telefon pintar yang menyimpan "memori indah" dirinya bersama grace dan tujuannya berkahwin dengan Heidi.

"what's your reason sebenarnya ha Tengku Izzham Arfaiz? "Heidi menaikkan oktaf suaranya.

"Naura... Naura dengar penjelasan abang"

"nak jelaskan apa Lagi abang? Nak jelaskan apa Lagi kalau bukti dah Ada depan mata? Naura nampak sendirilah betina dalam handphone abang ni peluk tangan Abang keluar dari office abang masa lunch hour tadi? Then chat abang dengan betina ni pun tak delete Lagi! Nak jelaskan apa? "dada Heidi turun naik menahan marah.

Tengku Izzham melepaskan nafasnya yang berat.

"Sayang.... Tu kisah lama, sekarang abang dah sayang naura. Abang sayang sangat kat naura "

"Tipu!!! "

"sayang, betul"

Heidi tak sanggup memandang wajah Tengku Izzham. Dia Jijik memandang lelaki yang telah mempermainkannya.

"sayang.... "

Dingggg dongggg

Loceng berbunyi.

Heidi bangun untuk melihat siapa yang datang ketika mereka sedang berperang besar.

"sayang duduk, biar Abang pergi tengok"

Heidi memandang tajam suaminya apabila Tengku Izzham memegang bahunya suruh duduk.

Tengku Izzham membuka pintu.

"surprise baby!!! "

Grace memeluk erat tubuh Tengku Izzham.

Tengku Izzham kaget,ditolaknya tubuh langsing Grace.

Heidi terkejut melihat adegan tersebut.

"you.... You buat apa Kat sini grace? "Kata Tengku Izzham dengan suara yang sedikit tinggi.

"I datang melawat you lah baby. Why??? Before this kan I selalu melawat you... Bukan setakat Kat sini, bilik you tu pun I pernah melawat"kata grace dengan suara yang kuat. Dia tahu Heidi berada Di dalam.

"what are you talking about Emylin Grace Gilbert!!! " keras suara Tengku Izzham.

"I cakap macam mana hubungan kita sebelum you kahwin"

Grace memeluk Tengku Izzham dan jarinya bermain main Di dada Tengku Izzham.

Tengku Izzham menolak Grace.

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora