17

7.1K 186 13
                                    

"Baby..... So suddenly... Kenapa you call I ni? "sapa Grace manja.

"Mana you dapat gambar wife I?Siapa lelaki tu"Tanya Tengku Izzham

Grace senyum sinis.Tak sia sia nampaknya kerja jahat dia.

"Entahlah baby.... Kebetulan I holiday dekat Langkawi ni, I ternampak wife you dengan lelaki tu. But I don't know lah who's that guy,maybe her ex boyfriend..upsss"

"what are you talking about Grace "agak geram sebenarnya Tengku Izzham dengan minah tak cukup kain ni.

"you rasa macam mana? Siap berpeluk tepi pantai. Lagi Teruk sampai check in hotel tu...tak curious ker? Wife you kot. Nak jadi husband dayus ke?"Grace berkata tanpa memikirkan perasaan Tengku Izzham.

Tengku Izzham berfikir panjang. Walaupun geram dengan perangai Grace tetapi ada betulnya dia cakap.

"Dahlah bye"kata Tengku Izzham seraya end call dengan Grace.

"rasanya macam dah masuk perangkap"monolog Grace lalu senyum dengan penuh bangga.

"Grace, why you look so happy? "sapa Jimmy yang baru keluar dari bilik air, Dia turut ikut grace ke Langkawi. Dia juga mengetahui segala rancangan jahat Grace walaupun tidak bersetuju dengan rancangan gadis pujaanya itu, tetapi sebab sayang Dia hanya ikut seperti orang bodoh.

Badan langsing Grace yang terbaring Di atas katil dipeluk erat.

"nothing"Grace memandang Jimmy.Pipi lelaki itu dicium sekilas sebelum bibirnya rapat ke telinga Jimmy.

"Jimmy, please remember this okay...Jangan mimpi you nak kahwin dengan I, I just love Tengku Izzham Arfaiz bin Tengku iddham okay. Understand? "bisik Grace pada telinga Jimmy .

Jimmy hanya angguk kecil.Sakit sebenarnya hati .Dia sangat mencintai Grace sampai sanggup membenarkan Grace menggugurkan anak mereka beberapa kali.Tapi apa yang dia dapat? Hanya tubuh langsing Grace sahaja yang dia dapat. Itu pun bukan anak dara lagi.

"I don't care Grace,yang penting I got your body"kata Jimmy untuk menutup rasa sebenar di hati.

Grace senyum gatal. Dada bidang Jimmy diusapnya lembut.

Jimmy turut tersenyum.

-------------------------------------------------

Tok Tok tok Tok.......

Heidi perlahan lahan membuka matanya. Jam di telefon pintar dilihat.

"4.30 pagi?siapa yang datang pagi pagi buta ni? "pelik Heidi apabila jam sebegini ada orang yang ketuk bertalu talu pintu biliknya.

Dengan malas Heidi turun dari katil dan mendekati pintu.

Heidi terpempam.

Tengku Izzham menarik Heidi masuk semula ke dalam biliknya.Lelaki itu sempat mengunci pintu sebelum menolak Heidi ke atas katil.

"awak ni kenapa!?"heidi memarahi Tengku Izzham.

Tengku Izzham menghulurkan telefon pintarnya pada Heidi.

Heidi menyambut telefon itu.

"mana awak dapat gambar ni?"soal Heidi apabila beberapa keping gambar dirinya dengan Haziq yang mungkin orang akan salah faham jika tidak mengetahui perkara sebenar.

"Kau tak payah tanya soalan bodoh tu! Kau pura pura merajuk dengan aku sebab kau nak bermaksiat dengan jantan keparat tu kan! Kau ni memang perempuan tak gunalah! "tengking Tengku Izzham pada Heidi.

"Awak!!! "Terkejut Heidi mendengar Kata Kata Tengku Izzham

"awak sedar tak apa yang awak cakap ni! Saya kena fitnah tahu tak! FITNAH! "Heidi sedaya upaya mengawal suaranya agar tidak meninggi.

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now