31

6.5K 177 12
                                    

"Tengku.... "panggil Heidi.

Mereka kini di tepi Taman Tasik Titiwangsa. Saja bawa izzat jalan-jalan.

"yes"tengku Izzham memandang Heidi.

Heidi membalas pandangan Tengku Izzham.

Heidi geleng kepala.

"nothing"dia masih fikir mahu memberitahu Tengku Izzham atau tidak yang hatinya sudah mula menerima lelaki itu semula. Lelaki itu sudah berubah,heidi yakin.

Hati suruh beritahu tapi minda mencegahnya. Hailahhhh pening betul.

"Naura...better you tell me apa yang naura nak beritahu. "

"takdek apelah Tengku, saya nak cakap take care Tengku outstation nanti. Tak dapatlah Izzat jumpa ayah dia seminggu. Mesti dia rindu Tengku"kata Heidi. Padahal dirinya yang rindu bapa izzat.

"eleh, sebenarya Naura yang rindu Abang kan....cakap jer"usik Tengku Izzham.

Merah pipi Heidi apabila Tengku Izzham mengusiknya begitu. Teringat ketika mereka masih bersama. Heidi tidak nafikan yang Tengku Izzham seorang yang romantik.

"Tengku ni dah dahlah mengarut"kata Heidi.

Tengku Izzham hanya gelak.

"Tengku outstation dekat mana? "tanya Heidi sambil menyapu pasir pada punggung Izzat .Anaknya itu manja betul, jatuh sikit pun sudah menangis. Hailahhhh anak ibu.

"not too far, Thailand "Kata Tengku Izzham.

"Thailand... Banyaklah jumpa awek Thai yang cun cun kan"kata Heidi .

"Hahahahahahahah banyak tu memang banyak sayang, tapi still tak boleh lawan Mon amour Abang, Heidi Naura. "kata Tengku Izzham.

Heidi senyum nipis. Nilah salah satu sebab dia cair dengan Tengku Izzham. Romantik habis!

"Nanti abang rindu Naura"ucap Tengku Izzham.

"Abang rindukan izzat juga"sambung Tengku Izzham.

"Call jerlah saya"kata Heidi.

"Betul? "

"Ish Tengku ni, macam tak biasa pulak. Bukan ke sebelum ni Tengku biasa call saya setiap malam? Alasannya nak tanya Izzat dah tidur ke belum. Mengada betul"

Tengku Izzham gelak lagi. Sejak jumpa Heidi hidupnya dipenuhi gelak tawa.

"Jomlah balik Tengku.Dah nak hujan ni"ajak Heidi.

"Jomlah"jawab Tengku Izzham.

"Izzat jom balik sayang"ajak Heidi.

"nanak"jawab izzat pelat.Kepalanya digeleng.

"Izzat, dah nak hujan ni. Nanti awak demam. Jom balik"ajak Heidi lagi.

Izzat sudah memuncungkan bibirnya.

"Izzat, Jom balik sayang anak ayah. Sebelum kita balik kita beli ais krim eh"pujuk Tengku Izzham.

"aicekerim.... Nyam nyam"kata Izzat teruja.

"yess...jom balik "

Izzat angguk.

"Amboiii ayah pujuk bukan main lagi eh dia! Kena umpan aiskrim laju jer"kata Heidi. Pipi anaknya yang berada di dukungan Tengku Izzham dicubit.

Izzat gelak.

Heidi senyum.

Tengku Izzham singgah di seven eleven sebelum menghantar Heidi pulang.Biasalah nak beli ais krim untuk anaknya kesayangannya.

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now