20

8.6K 184 11
                                    

Heidi mengarahkan pekerjanya untuk mengemas meja yang bernombor 30.Restorannya kini sesak dengan ramai orang.Maklumlah lunch hour. Heidi sibuk memasak hidangan yang akan dihidangkan kepada pelanggan. Restorannya ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan, ada hidangan barat,hidangan melayu,dan juga hidangan Thailand.Heidi ada mengupah beberapa orang chef muda untuk menguruskan hal masakan memandangkan dia perlu menguruskan perkara lain.

Heidi keluar dari bahagian dapur untuk melihat anaknya yang sedang bermain dengan adiknya, Haider Aryan.Dia tidak menghantar izzat ke rumah ibunya kerana ibunya demam, tidak sampai hati heidi. Mujur Haider cuti sem, jadi dia minta tolong Haider untuk jagakan izzat sebentar. Kebetulan harini Heidi hanya kerja half day.

"sayang ibu"heidi menggomol pipi tembam anaknya.

"Upah arh angah orang jaga ijat"kata Haider Aryan meminta upah.

"eleh, jaga tak sampai sejam dah minta duit "Heidi tetap menghulurkan duit kepada adiknya.Niatnya untuk bersedekah.

"thank you Angah!!! Sayang Angah!! "Kata Haider Aryan.

"welcome"heidi mengangkat izzat.

"Angah nak balik dah ke?"tanya haider

"aah, nak spend time masa dengan izzat"

"Angah, orang nak tanya "

"Tanya apa? "

"Jadi ker Angah nak bukak cawangan baru restoran angah dekat hotel Dato Alif? "haider mengenali Dato Alif kerana anak ke 10 lelaki itu kawannya Di universiti.

Sebolehnya Heidi malas bercakap soal itu, tetapi dah adik lelaki kesayangannya yang tanya takkan mahu diabaikan pula kan?

"Entahlah dik... Angah tak tahu lagi, Akak dapat sainganlah"

"aik bukan haritu Angah bagitahu orang yang Dato tu memang dah pilih restoran angah ker? "

"Entahlah, ada anak kawan 'kesayangan' dia tiba tiba pulak menyebok nak bukak juga, dah kena beat each other"geram Heidi apabila teringatkan Tengku Izzham.

"sabarlah angah, orang selalu doakan Angah "

"yerlah, Akak balik dulu"heidi menyambut tangan adiknya yang ingin bersalaman dengannya.

"yerlah, orang pon nak kena jumpa kawan orang"

"elok elok bawak kereta haider"

"Angah pon"

---------------------------------------------

Tengku Izzham melawat Grace yang terlantar sakit.

"izz"susah payah Grace memanggil nama Tengku Izzham.

Tengku Izzham memandang Grace.

"tt tolong ppujuk Heidi jjumpa I"perit dirinya mahu bercakap

"bukan aku tak nak pujuk dia grace, kau tahukan relay aku dengan dia macam mana sekarang"

"I mminta mmaaf sangat ddekat dia,I bberdosa dengan ddia"

"takperlah Grace, Aku akan pujuk dia. Yang penting kau tu,jangan stress "

Sedih Tengku Izzham melihat Grace.Gadis itu muda lagi untuk menghidap penyakit yang mematikan itu. Nak buat macam mana, sudah takdirnya.

"Aku balik dulu grace, nanti aku cuba pujuk Naura "

Gadis itu angguk lemah.

Tengku Izzham keluar dari wad yang menempatkan Grace.

Kakinya laju ke kereta dan hatinya tergerak mahu ke pusat beli belah berdekatan untuk membeli hadiah untuk Heidi demi memujuk sekeping hati yang kian membeku itu.

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant