22

6.9K 159 16
                                    

"Hailahhh Datuk tua ni, malam malam baru nak jumpa"heidi pandang jam di tangannya.

Heidi telah menolak untuk berjumpa malam tapi berbagai bagai alasan yang Datuk Alif beri.

Siang banyak kerjalah
Siang kena teman bini first shoppinglah
Tengah hari kena ambil anak bongsu dari sekolah lah.
Petang pulak ada meeting penting.

Minta jumpa lain hari katanya dia akan pergi outstation selama sebulan di Amsterdam.

Malam baru dia free. Katanya penting dan Tengku Izzham pun ada. Heidi rasa selamat sikit jika Ada Tengku Izzham.

Selamat?

Ape kau mengarut ni heidi.Heidi menampar lembut pipinya sendiri. Tengku Izzham tu tetap lelaki. Ada nafsu.

Jadi Heidi mengambil keputusan suruh adiknya teman.

"Angah,orang tunggu dalam kereta jer tau! Apa apa angah call orang"kata haider apabila Heidi keluar dari kereta.

"Iyaaa, tak per ker adik duduk dalam kereta ni? "

"takper, adik nak habiskan drama Korea yang adik tengok "

"Amboiii terjebak dengan Ibu lah tu! Cerita apa? "

"Itaewon class"

Heidi hanya senyum sambil menggeleng kepala sebelum berlalu ke pintu masuk bangunan tinggi yang menempatkan pejabat Datuk.Bangunan tinggi tersebut tak lain tak bukan Datuk Alif punya hotellah. Memang perempuan gold digger sukalah lelaki macam Datuk Alif yang mempunyai poket tebal itu.

Heidi pergi ke kaunter pertanyaan untuk berjumpa dengan Datuk Alif.

"ermmm, maaf kat mana pejabat Datuk Alif? "Tanya Heidi pada gadis muda yang bernama may itu.

"ni Cik Heidi ya? "

"ya saya"

"Cik boleh pergi ke tingkat paling atas sekali, Kat situ terletaknya bilik Datuk Alif. Cik Heidi guna lif itu ya"

"Terima kasih"heidi senyum.Mungkin lif itu istimewa kot. Takkanlah penginap hotel nak pergi ke pejabat pula.

Gadis di kaunter pertanyaan itu mengangguk dan senyum.

Heidi menuju ke lif dan naik ke tingkat atas sekali.

Terbuka sahaja pintu lif Heidi terus ke pintu bilik yang bertulis nama Datuk Alif. Pintu diketuk.

"kejap kejap"kata Datuk Alif.

"baik"

Kenapa Datuk tua itu kedengaran seperti mengah sahaja? Mungkin penat bekerja. Heidi tunggu di luar.
3 minit kemudian baru pintu terbuka. Tapi bukan Datuk Alif yang keluar tetapi seorang gadis yang kelihatan lebih muda dari Heidi yang keluar.

Heidi pandang perempuan itu dari atas ke bawah apabila perempuan itu melintasi Heidi tanpa memandang Heidi sebelah mata pon.

"Mak aihhh seksinya "Terbeliak mata Heidi memandang perempuan itu. Skirt pendek betul betul bawah punggung dengan baju jarang sehingga menampakkan baju "kecil"

"heidi"panggil Datuk Alif. Dibetulkan tali leher dan rambutnya.

Ya Allah Datuk Alif, dalam pejabat pon jadi buat maksiat. Tak cukup lagi ke bini 4 orang? Nafsu kuda betul orang tua ni. Takutlah pulak. Kaw kaw heidi
kutuk Datuk Alif.

"heidi"panggil Datuk Alif lagi sekali apabila nampak heidi termenung.

"siapa tu Datuk "Tanya Heidi sekadar ingin tahu.

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now