21

7.4K 180 6
                                    

Harini macam biasa Heidi akan bersiap siap untuk ke restoran. Si kecilnya yang comel akan dihantar ke pengasuh.Sejak ibunya demam beberapa hari yang lepas Heidi memang Heidi nekad untuk menghantar izzat ke pengasuh sahaja. Myvi miliknya laju meninggalkan perkarangan rumah untuk ke rumah pengasuh izzat.

Sesampai sahaja Heidi di restoran,semua pekerja telah menyiapkan apa yang Heidi suruh.

Heidi tersenyum lebar apabila melihat dua orang yang amat dikenalinya.Siapa lagi kalau bukan Dr Aini Zulaikha dengan suaminya si Dr Iman ekmalsyah.

"Zuuuuuuuuuuu"jerit heidi dengan lembut.

"Heidiiiiiiii"

"korang ni macam lama sangat tak jumpa. Baru seminggu kot korang tak jumpa"kata iman.

"eleh,biarlah sayang rindu kat heidi,baby jeleslah tu"kata Aini Zulaikha pada suaminya.

Iman ekmalsyah hanya gelak.

"Amboiii pengantin baru dua orang ni, soooooooo.....how was your honeymoon babe? "Tanya Heidi pada Aini Zulaikha.

"kau rasa"aini Zulaikha angkat kening sambil senyum gatal.

"Aku boleh dapat anak sedaralah ni ha? "

"rilek lu do Heidi, aku tak habis nak bermanja dengan bini aku! "Kata iman sambil menmicit micit pipi isterinya.

"baby.... Don't squeeze my cheek! I will stab you with scapel! "aini Zulaikha warning manja suaminya. Dia pantang orang main pipi chubby miliknya! Termasuk suami kesayangan.

"okay okay sorry"

Heidi memandang bahagia sahabat baiknya dan sepupunya itu. Heidi tumpang gembira atas kegembiraan mereka. Bergaduh pon libatkan peralatan bedah. Eloklah dua dua doktor bedah.

"Heidi,aku nak tanya ni... "Tanya Aini Zulaikha

"Tanyalah.. Kenapa? "

"kau bila nak tamatkan zaman janda kau? Carilah seseorang yang kau cintai dan boleh buat teman hidup"kata Aini Zulaikha.

"Aku tak terbuka hati lagilah nak bercinta ke apa semua...Cukuplah izzat jer yang menemani hari hari aku"

"Tapi heidi, izzat perlukan kasih sayang seorang ayah... Kau sanggup ke tengok anak kau membesar tanpa kasih sayang seorang ayah? Kau sanggup? "

"zuu.. "meleret sahaja Heidi memanggil nama rakannya itu.

Iman ekmalsyah hanya dengar sahaja perbualan dua orang sahabat itu. Dia malas menyampuk.

"Aku cakap ni demi kebaikan Kau Heidi Naura. Bukan setakat kau jer,izzat pun sama"

"dah lah Zu... Malas dah aku nak fikir apa apa. Aku dah bahagia dengan anak aku. "

"Ya lah heidi. Ni aku nak pesan. Setiap manusia wajar diberikan peluang kedua. Semua manusia tak sempurna. Kau kena ingat tu"kata Aini Zulaikha.

"yerlah yerlah... Ni korang nak makan ape? "tanya Heidi.

"aku nak chicken chop dgn fresh orange"kata iman.

"bagi aku nasi goreng tomyam dengan limau ais"kata aini.

Heidi mengangguk.

-----------------------------------

Tengku Izzham ambil keputusan untuk berjumpa dengan Haziq. Dia ingin tahu apa perasaan lelaki itu terhadap bekas isterinya. Restoran Itali dipilih sebagai tempat perjumpaan.

Tengku Izzham melirik jam Rolex Di tangannya.

Sekarang waktu brunch. Cikgu muda itu tiada kelas agaknya teka Tengku Izzham. Tengku Izzham sudah selidik mengenai latar belakang Haziq azham itu. Merupakan guru mata pelajaran add math dan berasal dari Pahang kemudian pindah ke Kuala Lumpur.

Tiada apa yang menarik.

"Assalamualaikum Tengku "tegur Haziq.Tangan dihulurkan seperti biasa.

"Waalaikumsalam "Tengku Izzham menyambut huluran salam Haziq.

"duduklah"jemput Tengku Izzham.

"Kenapa Tengku nak jumpa saya"pelik juga Haziq apabila lelaki di hadapannya ini menelefon dia semalam kata mahu berjumpa.

"aku nak tanya kau sebenarnya ni"tengku Izzham memulakan kata.

"apa dia"

"kau sukakan Heidi Naura ke? " Tengku Izzham berterus terang, malas berkias.

"apa yang Tengku merepek ni"haziq gelak dalam keterpaksaan. Dia Sudah agak yang soalan itu akan keluar.

"aku tanya kau sekali lagi haziq,kau suka Heidi Naura bt Martin Abdullah ke? "

Haziq memandang tepat ke dalam mata Tengku Izzham. Dia nampak yang lelaki itu kelihatan seperti gelisah. Sebab apa? Mungkin berdebar menanti jawapan dari dirinya.

"Kalau saya suka heidi sekalipun apa hak Tengku? "Haziq cuba bermain dengan api.

"Heidi sukakan kau jugak ker"

"Itu saya tak tahu, saya bukan boleh baca perasaan dia"

"Kau pernah bercuti dengan dia dekat Langkawi"tanya Tengku Izzham.Dia saja mahu menguji lelaki itu, bukan die tidak mempercayai Grace tetapi dia inginkan kepastian.

"Tak pernah tapi kitorang pernah berjumpa dekat Langkawi secara kebetulan 3 tahun lepas"cerita jujur Haziq.

Dia tahu punca penceraian Heidi kerana fitnah. Tetapi selebihnya dia tidak tahu.

"kau.. "Tengku Izzham teragak agak mahu bertanya.

"saya kenapa Tengku."

"Kau betul betul ker suka dekat Heidi"

"yes Tengku.saya memang suka dan cintakan dia. Tapi saya dapat rasakan dia tak suka saya. Dia hanya anggap saya ni tak lebih dari seorang abang"

Tengku Izzham lega dan gelisah pada masa yang sama.Gelisah memikirkan yang Haziq masih mencintai bekas isterinya dan lega kerana Heidi tidak membalas rasa yang sama seperti Haziq.

"aku masih sayangkan heidi naura"berat untuk Tengku Izzham kata perkataan itu di hadapan Haziq. Dia malu kerana dia yang menceraikan heidi sesuka hati dan kini dia yang gila talak.

"Kenapa Tengku bagitahu saya"

"sebab aku nak kau padamkan perasaan kau dekat dia"tenang Tengku Izzham berkata.

"Perasaan bukan boleh dipadam senang sebegitu saja Tengku. "

"Tolonglah Haziq, aku betul betul tak boleh hidup tanpa naura. Aku perlukan dia dalam hidup aku"

"Kalau Tengku perlukan dia dalam hidup Tengku kenapa Tengku mudah terpengaruh dengan cerita tolong orang lain,kenapa mudah sangat Tengku lepaskan dia waktu Dia tengah mengandungkan anak Tengku ! Tengku tahu tak betapa terseksanya Heidi lepas Tengku ceraikan dia.Dia hampir kemurungan lepas bersalinkan Izzat. Nasib baik Heidi ada keluarga dia, keluarga dia banyak bantu dia.Tengku pergi mana? Sikit pun Tengku tak jenguk dia waktu lepas bersalin."Kata Haziq penuh emosi. Dia geram apabila wanita yang dicintainya diperlakukan begitu.

"macam nilah Tengku. Mencintai bukan bermakna untuk memiliki, saya pergi dulu assalamualaikum "sebenarnya nasihat itu ditujukan pada dirinya sendiri. Tak mungkin cinta Heidi terhadap dirinya. Cinta wanita itu hanya untuk Tengku Izzham walaupun Heidi berkali kali menepisnya ketika mereka bersembang.

Tengku Izzham memandang makanan yang tak terusik Di depannya. Haziq tetap meninggalkan not 100 di meja makan walaupun tidak menjamah langsung makanan yang dipesannya itu. Dia tahu Haziq seorang lelaki yang baik. Sebab itu dia berjumpa dengan lelaki itu. Dia tahu lelaki itu yang bawa Heidi ke hospital ketika di Langkawi. Dia telah ikut kereta lelaki itu apabila terlihat kelibat lelaki itu mencempung Heidi ketika dia mahu masuk ke kereta.Tengku Izzham mengekori Audi milik Haziq

Sungguh Tengku Izzham cemas ketika itu apabila melihat keadaan heidi sebegitu namun di pertengahan jalan dia berpatah semula ke hotelnya kerana terlalu sakit hati dengan Heidi. Kejamnya dirinya ketika itu.Tidak ubah seperti binatang. Sanggup membiarkan isteri sakit kerana perasaan sakit hati.

Bersambung

Jgn lupa vote and follow vie gais

Lots of love, vie
gamsahamnida yeoreobun... Anyeonggg💓💓



Second Chance,Mon Amour? [Completed]Where stories live. Discover now