33

6.5K 176 5
                                    

Heidi ambil keputusan untuk keluar menenangkan fikiran. Serabut betul dengan masalah hidupnya sekarang.

"Adik, Angah nak pinjam motor"kata Heidi pada adiknya.

"aik? Bukan Angah fobia ker bawak motor? "Setahunya kakaknya itu fobia untuk bawa selepas excident motor beberapa tahun yang lepas.

"Saja nak atasi fobia and nak tenangkan fikiran. Naik motorkan dapat rasa angin"kata Heidi.

"Bahayalah angah. Angah tu kan dah lama gila tak bawa motor. Entah entah nak tukar gear pun tak pandai"

"ek eleh kau ni dik "

"ha yerlah, hati hati.Apa apa jadi orang tak bertangungjawab "gurau Haider.

"Tq. Tolong tengok tengokkan izzat dengan ibu tau"

"Yaaaa angah"

Heidi keluar ke arah motor y suku milik adiknya.

Dengan bacaan bismillah Heidi start motor. Doa naik kenderaan kenderaan dibacanya.

Heidi memulakan perjalanan. Walaupun masih kekok tetapi perjalanannya yang tiada hala tuju dapat diteruskan.

Sedang menaiki motor, lampu kereta yang tinggi di arah bertentangan menyebabkan Heidi tidak nampak apa di hadapannya. Sedaya upaya Heidi berusaha untuk tidak menutup matanya.

Tetapi Heidi hilang keseimbangan. Motosikal yang ditunganginya itu terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan.Akhirnya motosikal yang ditungangi Heidi merempuh divider jalan menyebabkan Heidi terhentak dan dirinya seperti dilambung menjauhi motor.

Pandangan Heidi menjadi kabur. Heidi memegang kepalanya.Dapat dirasa darah yang hangat mengalir keluar dari kepalanya. Kaki kirinya tidak dapat rasa apa apa. Perlahan lahan Heidi menutup matanya kerana sakit di kepala semakin mencucuk.

---------------------------

Heidi membuka matanya. Peristiwa beberapa tahun yang lepas kembali terlayar di matanya. Heidi menggelengkan kepala. Tidak mahu ingat perkara lama. Perkara yang sudah lepas biarlah lepas.

Ya Heidi tahu dirinya di hospital. Dia tahu dia mengalami kemalangan.

"Ya Allah Heidi dah sedar sayang. Alhamdullilah. "Puan Sarima memeluk Heidi yang terlantar di katil hospital. Dia memanggil doktor untuk melihat keadaan Heidi. Alhamdullilah semuanya okay kata doktor. Cuma luka die bahagian Kepala dan kaki kirinya patah.

"Alhamdullilah angah"kata haider. Izzat di dukungannya dibawa ke arah Heidi.

"ibuuuu.. "panggil izzat.

"ya anak ibu... "heidi membelai rambut anaknya.

"tulah angah orang dah kata yang angah tu fobia lagi. Taknak dengar"kata haider pada kakaknya.

Heidi sengih.

"Nasiblah tak teruk sangat kamu excident Angah.Ibu ni risau sangat bila ada orang call kata kamu excident "kata Puan Sarima.

"Angah minta maaf ibu"kata Heidi .

"ha yerlah, lain kali jangan buat lagi.Risau semua orang tau bila tahu kamu excident. Dato Tengku Iddham,Datin Nora pun risau.Waktu kamu tak sedar lagi dia orang suami isteri datang. Risau sangat dengan keadaan kamu"kata Puan Sarima.

Heidi angguk. Sebenarnya dia ingin tahu reaksi Tengku Izzham.

"Izz tu pula, sanggup fly Dari Thailand ke sini walaupun dia tak habis outstation lagi tau lepas tahu kamu kemalangan "seperti tahu reaksi anaknya, Puan Sarima cerita tentang reaksi Tengku Izzham.

Second Chance,Mon Amour? [Completed]Onde histórias criam vida. Descubra agora